"

Apapal saya pula dicari-cari, siapa batuapi firestone? Tanyalah Tulang Besi, diakan pakar tudung menuduh. Songkok Putihlah tu, lagipun saya tak pernah bersumpah menafikannya, buat apa cari lagi!!! Tergolek aku, pakar motivasi menulis TF13, Zainulfaqar pun tergaru kepala! (Selepas ini setiap orang kena tukar kupiah dengan songkok, tapi pastikan yang putih!!)
Ok, itu selingan sahaja, pokok yang nak dibincangkan ialah ada usaha-usaha memburukkan laman-laman dan blog yang membela kepimpinan ulama. Blog yang berhujah dengan dengan fakta menepikan fitnah yang disebarkan, akan diburuk-buruk imejnya. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan boleh memberikan manafaat dan natijah dalam usaha jahat mereka.
Saya tertarik dengan tulisan webmaster TranungKite (TKO) yang ada menyebut bagaimana kenyataan-kenyataan lama Presiden PAS dimanipulasikan. (Sila baca di sini untuk maksud penuh penulisan Songkok Putih, webmaster TKO http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3258 )
Bayangkan TKO adalah portal yang sudah pasti setiap artikel perlukan penapisan oleh webmaster barulah boleh keluar, tapi mereka ini sanggup melakukan mungkin mereka berfikir, jika songkok putih keletihan dan alfa artikel itu boleh keluar dan boleh mengaibkan Songkok Putih sendiri.
Saya juga diberikan links satu blog baru iaitu Anti-Bakistani (http://anti-bakistani.blogspot.com/) yang mana nampak perancangan Task Force 13 serentak menyerang laman atau blog-blog yang mengganggu gugat kerja-kerja jahat mereka.
Satu prinsip yang perlu kita kenalpasti laman-laman pembela ulama PAS tidak sekali menghukum seseorang kerana pendakwah bukan penghukum. Jauh sekali menghina dan mencerca.
Kita berhujah dengan mereka mengikut rentak dan cara mereka. Kita sekadar memperbetulkan matlamat mereka. Senjata mereka sepatut diajukan kepada musuh bukan kepada rakan seperjuangan. Jangan basirkan masa dengan kerja-kerja bodoh ini.
Mencipta laman (Anti-Bakistani), mengkafirkan Wan Ji bin Wan Hussin, meletakkan beberapa orang kepimpinan ulama PAS, misal Tuan Guru Haji Abdul, Dr Haron Din, Dato' Haruin Taib dan Ustaz Nasha bagi mengambar kononnya geng ulama (geng UGlah tu) adalah golongan taksud satu kerja jahat Task Force 13.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan