ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Khamis, 31 Disember 2009
Rabu, 30 Disember 2009
PAS Bohongi Umat Islam, Ketepi Hudud ????
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (ali imran 60 )".bacaan sumber di bawah
Saya merujuk kepada berita Sinar di mukasurat T2 hari ini (30 Disember 2009), yang bertajuk 'Pas bohongi umat Islam, ketepi Hudud". Kenyataan yang dkeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu, Razali Idris itu seolah-olah menggambarkan merekalah yang paling cakna terhadap hukum Islam. Ini samalah dengan kaedah Umno di negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, mereka seolah-olah berjuang untuk menegakkan Islam di negeri terbabit.
Nampaknya kaedah menyerang tindak tanduk Pas dan melagakan dengan dasar parti sudah disepakati di seluruh negara. Tujuannya satu sahaja iaitu cuba mendatangkan syak dalam hati penyokong dan ahli Pas tentang keikhlasan Pimpinan Pas memperjuangkan Islam. Kerja buat orang rasa syak wasangka ini asalnya kerja syaitan dan iblis. Nampaknya Umno mewarisi kerja-kerja syaitan ni. Kalau benar mereka yang mahu membela Islam, sudah lama mereka laksanakan hudud dan qisas. Sepanjang 52 tahun merdeka, pernahkah nampak Umno bersungguh nak laksanakan Islam? Daripada undang-undang tertinggi dalam negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, hinggalah kepada pelaksanaannya, amalan kehakimannya, pentadbirannya, sistem pendidikannya, sistem ekonominya, adakah ia melambangkan jiwa yang cintakan Islam? Inilah tandanya Umno sangat tebal dengan sikap HIPOKRITnya.
Tajuk di bawah pula, "Pemuda UMNO cabar DAP terima negara Islam" merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Apli Yusof, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu. Nampak sangat kebimbangan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin utuh dan mendapat tempat di hati rakyat.
Soal DAP menerima negara Islam atau tidak sudah tidak timbul lagi apabila masing-masing sudah boleh duduk sebaris untuk membentuk sebuah Pakatan Rakyat yang utuh dengan resolusi yang disepakati bersama. Cuba selidiki resolusi yang dibuat, adakah mana-mana bahagian yang bercanggah dengan Islam?
4 Resolusi tersebut ialah:
1)Demokrasi yang telus dan tulen,
2)Memacu ekonomi berprestasi tinggi,
3)Keadilan sosial dan pembangunan insan dan
4)Hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.
Tidak ada sama sekali yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Bahkan pernyataan resolusi itulah yang menjadi tuntutan Islam sebagaimana yang difirman oleh Allah dalam ayat ان الله يأمر بالعدل و الاحسانyang bermaksud,"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan berbuat baik.." Titik persamaan antara parti dalam Pakatan Rakyat ialah mahukan keadilan, dengan menolak kezaliman yang diamalkan dalam kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN.
Soal slogan "Membangun Bersama Islam" yang ditukar dengan "Pas for All," ini merupakan soal pendekatan melalui istilah. Ia sekali-kali tidak merubah dasar Pas.
Soal hudud yang ditimbulkan Razali adalah isu lapuk. Umum sudah tahu bahawa Pas adalah 'PARTI ISLAM SEMALAYSIA'. Satu Malaysia sudah tahu perkataan Islam ada dalam nama PAS. Ia tidak mungkin dibuang. Ia bukan Parti Melayu, bukan juga parti mana-mana bangsa lain. Ia parti Islam yang menerima semua bangsa. Ini yang tidak ada pada Umno. Umno tidak syaratkan ahlinya mesti Islam tapi wajib Melayu! Dalam Islam pula, hukum Hudud adalah sebahagian daripada elemen perundangan Islam. Banyak lagi elemen lain seperti Qisas dan Ta'zir. Penggunaan ta'zir sangat luas skopnya apabila gugur syarat penggunaan hudud dan qisas dek kerana sukarnya memenuhi syarat itu. Kalau tidak menyebut perkataan hudud sekalipun dalam mana-mana ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat, PAS tetap bawa Islam. Kalau DAP dan penyokong PAS yang bukan Islam sudah boleh menerima Islam yang dibawa oleh PAS, kenapa perlu bimbang lagi sebab Islam itu sendiri lebih luas daripada Hudud.
Inilah pendekatan yang baik dalam dakwah Islam yang dibawa PAS. Menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding dahulu bukan bermakna menggadai prinsip. Bahkan ia lebih menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Itu adalah perkara biasa. Ini menandakan Pimpinan PAS berjiwa besar dan boleh bertolak ansur dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Semangat inilah yang diperlukan untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional yang tidak mahu berhijrah meninggalkan kezaliman, penyelewengan dan segala yang busuk dalam Umno."
"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)". Al-An'aam :152
sumber
Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?
Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal)
Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …
apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus. Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.
Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong. Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’ Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’
Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW: ‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati. Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya. Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’ Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’
Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)
Komentar:
1. Lelaki yang dikatakan dibunuh oleh Dajjal sebagai lelaki terakhir itu keluar dari Madinah, bukannya Palestin. Adakah ini bermakna bayi yang baru lahir ini sampai masanya ia akan tinggal atau berada di Madinah? Madinah pula dikatakan sudah mempunyai 7 terowong sebagai jalan masuk seperti dalam beberapa riwayat hadis. Inikah terowong-terowongnya yang disebut hadis itu?
2. Lelaki yang bakal dibunuh Dajjal ini bukan Imam Mahdi. Seingat saya ketika mempelajari hadis akhir zaman daripada arwah Dr Walid al-Aani, pakar hadis berasal dari Iraq yang pernah mengajar di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum kematiannya mengatakan Imam Mahdi muncul di Mekah. Orangramai akan berbaiah kepadanya ketika musim haji.
3. Jika benar bayi yang dikatakan bercakap itu lelaki tersebut, bererti kemunculan Dajjal juga begitu hampir. Menurut beberapa riwayat, Dajjal sudah ada di sebuah pulau seperti hadis Tamim ad-Dari semenjak zaman Nabi SAW. Cuma dalam beberapa riwayat Dajjal akan muncul di Isfahan, Iran atau Khurasan. Pengikutnya yang paling ramai pula di kalangan orang Yahudi.
Kata arwah guru saya itu: ‘Orang Yahudi akan beramai-ramai pada akhir zaman nanti berkumpul di Isfahan, Iran.’ Soalnya, polisi luarnegeri Iran sekarang cukup anti-Yahudi. Bilakah sebenarnya peristiwa ini, dan benarkah tentang bayi ini? Wallahua’lam bissawab.
oleh ust nik nasri...
Isnin, 28 Disember 2009
Pesanan Perjuangan
1. Semua pejuang Islam perlu mengingati pesan As-syahid Hassan Al-Banna bahawa Al-wajibu Aktharu minal al-awqat (Kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada). Justeru janganlah terlalu sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh dan mencari perkara-perkara yang boleh menyusahkan jamaah.
2. Umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Ini kerana kita telah dijuzuk-juzuk atau dipecahkan oleh musuh Islam. Lebih malang lagi, orang Islam sendiri turut terlibat dengan perpecahan itu. Carilah persamaan dan murnikan perbezaan.
3. Kebangkitan ISLAM akan berlaku setiap 100 tahun. Pasti apabila sampai waktunya akan ada orang atau jamaah yang akan membangkitkan kegemilangan ISLAM.
4. Pejuang Islam atau pendokong jemaah akan berdepan dengan 4 golongan:
i. Al-Mukmin - golongan yang percaya kepada perjuangan ISLAM
ii. Al-Mutashakik - golongan yang menyimpan syak kepada perjuangan ISLAM
iii. An-Nafa'iyun - golongan yang ada kepentingan tertentu di dalam perjuangan ISLAM
iv. Al-Mutahamil - golongan yang benci kepada perjuangan ISLAM.
5. Meneguhkan ukhuwah sesama ahli seperjuangan. Guna tiga kaedah seperti yang dicadangakan iaitu ziarah, beri hadiah/penghargaan dan akhirnya berdoa kepada Allah agar sahabat itu kembali dan terus kekal di dalam perjuangan.
6. Kita yang menerima tarbiyah jangan terleka dengan jawatan, keselesaan, keluarga dan kebendaan yang dimiliki sekarang. Turunlah ke medan perjuangan yang menjamin kesejahteraan AKHIIRAT.
Wassalam..
Ahad, 27 Disember 2009
Imam Nawawi: haloba ilmu, ahli tasauf hebat, penegur pemerintah
Imam Nawawi belajar ketika usianya agak lewat, iaitu 19 tahun. Namun kecekalan, ketabahan dan kesungguhan luarbiasa menuntut ilmu menjadikan gurunya kagum dan sayang kepadanya. ‘2 tahun aku belajar, rusukku tidak pernah jatuh ke bumi…’. Beliau belajar dari pagi , petang sehingga malam. Beliau belajar 12 subjek sehari dalam pelbagai disiplin ilmu dengan ramai guru. Kebetulan ramai ulama masyhur di zamannya.
Masa Imam Nawawi banyak dihabiskan samada untuk belajar, mengarang, menulis, memberi komentar, menghurai atau beribadat di tengah malam. Tiada masa berkaraoke, tiada masa menonton tv, tiada masa berpesta, tiada masa untuk segala aktiviti dunia, bahkan untuk anak isteri kerana beliau tidak berkahwin. Seorang sahabatnya pernah ‘putus asa’ untuk menurut Imam Nawawi dari segi disiplinnya belajar dan ‘bertasauf’. Beliau hanya makan sekali selepas Isyak dan minum di waktu dinihari. Badannya menjadi ‘kering’ disebabkan cara hidupnya seperti itu. Halobanya kepada ilmu mengatasi yang lain. Justru, tidak pelik, dalam jangka waktu sekitar 6 tahun sahaja belajar Imam Nawawi sudah menguasai pelbagai disiplin ilmu.
klik tajuk diatas untuk selanjutnya..
Imam Nawawi terkenal dengan sifat zuhudnya. Ia tidak berbicara tentang zuhud, tidak pula menentang ahli tasauf tetapi beliau mempraktikkan zuhud dan tasauf. Makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kehidupannya mungkin begitu rigid dan sangat tidak selesa bagi sesetengah orang, tetapi itulah jihad bagi seorang bernama Imam Nawawi. Banyak perkara karamah berlaku dalam hidupnya. Muridnya yang terkenal, Ibn al-Attar menyebut beberapa kisah ‘pelik’ bersama Imam Nawawi. Katanya: ‘Saya pernah bersama guru saya itu dan kalau mahu ditulis pengalaman itu, ia akan memakan berjilid-jilid buku.’
Imam Nawawi juga seorang yang berprinsip yang sangat tegas dengan hukum syarak. Ketika Raja az-Zahir ingin mengenakan cukai ke atas rakyat bagi membiayai jihad, Imam Nawawi adalah antara beberapa orang ulama di zaman itu yang tidak bersetuju dan ‘tidak menandatangani surat sokongan’ itu. Bahkan, beliau menulis surat kepada gabenor Raja az-Zahir supaya menyampaikan satu surat/memorandum kepada Raja az-Zahir. Demikian juga apabila penguasa mengambil tindakan memagari kawasan tanah yang menjadi hakmilik dan telah diusahakan oleh penduduk Damsyiq. Beliau juga menulsi satu surat kepada pemerintah menasihatkannya supaya berlaku adil.
Demikianlah kisah Imam Nawawi yang hebat. Maka tidak pelik apabila karyanya seperti kitab RiadhusSalihin dibaca dan diterjemah. Kitabnya al-Majmuk yang tidak selesai dikarang itu dibantu untuk diselesaikan oleh as-Subki dan kemudiannya oleh ulama-ulama lain. Kitabnya Hadis 40 menjadi kitab teks yang dibaca di surau dan masjid. Begitu juga karya-karyanya yang lain.
Bahkan tidak pelik juga apabila maqamnya di kampungnya sendiri iaitu ‘Nawa’ ditumbuhi sebatang pokok besar beberapa pemeluk. Ketika saya menziarahi maqamnya sekitar tahun 1996 sewaktu belajar di Jordan dan lawatan ke Syria, kami diberitahu bahawa pada daun dan dahan pokok itu dikatakan tertulis kalimah-kalimah Tauhid. Bimbangkan khurafat berlaku, dahan-dahannya dipotong. Kalimah-kalimah Tauhid itu tertulis pula pada batang pokok itu. Ia sukar dibuang kerana pokoknya yang cukup besar itu.pokok besar atas maqam imam nawawi1
Yang penting ialah Imam Nawawi telah menjaga agama Allah ketika beliau hidup di atas bumi, maka Allah menjaganya pula selepas matinya di dalam bumi.
(oleh ustaz nik muhammad nasri nik malek)
Sabtu, 26 Disember 2009
kemalangan ngeri di ipoh :10 maut
IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor.
Menurutnya, kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.
Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.
"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.
Menurut beliau, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
Wan Abdullah berkata, pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.
Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.
"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.
Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
- BERNAMA
Khamis, 24 Disember 2009
Rabu, 23 Disember 2009
Dr Yusuf Qardawi: Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW"
"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.
Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :
1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.
2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.
3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.
4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".
Haji Mohd Taufek Abd Ghani
AJK PAS Pusat
sumber
Selasa, 22 Disember 2009
Tahukah anda bagaimana penciptaan Adam..?
Penciptaan Adam
Penciptaan Adam diriwayatkan sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling hebat atau paling disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut disebut dalam al-Qur'an apabila para malaikat mempersoalkankejadi an (manusia) sebagai khalifah atau pengganti di bumi.
"Ketika Allah berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhankami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? . Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2:30)
Ciptaan dari tanah
Allah telah memerintahkan MalaikatJibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walaubagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.
Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula MalaikatMikail dan kemudiannya MalaikatIsrafil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi.Maka, Allah memerintahkan MalaikatIzrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.
Maka,Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:
§ Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
§ Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
§ Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
§ Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.
§ Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
§ Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
§ Tanah Kaabah(Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
§ Tanah Paris (Perancis) -tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
§ Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
§ Tanah Babylon (Iraq) - kelamin sebagaiorgan seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
§ Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
§ Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
§ Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan,dan kemahuan.
§ Tanah Taif (Arab Saudi)- lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah,syukur dan doa.
Penyempurnaan
TubuhAdam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua dibawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan,lidah untuk perasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan,kelikatan dan sakit.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.
Waktukejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran: "Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagidan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. .." (76:1)
Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun ditanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.
Kemasukan roh
Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian,Allah memerintahkan MalaikatIzrail memaksa roh memasuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Iame masukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga kekepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, makaberfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masihkeras dan malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat. Apabila roh tiba kehidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka. Allah mengajarkan kalimah"Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adamdan Allah sendiri yang membalasnya.
Kemudian,roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yangbawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dansaat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke seluruh tubuhAdam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging,tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.
Denganitu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai"Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh"atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.
Kajian sains
Kajian sains telah menunjukkan bahawa unsur kimia pada tubuh manusia terdiri daripada unsur yang terdapat pada tanah. Nisbah unsur yang terdapat di dalam badan juga memberikan kesesuaian dalam sifat dan fungsi anggota setiap bahagian manusia. Antaranya unsur yang didapati adalah:
§ Karbon § Oksigen § Hidrogen § Fosforus § Sulfur § Azote § Kalsium § Kalium § Natrium § Klorat | § Ferum § Kuprum § Iodin § Klorin § Kobalt § Zink § Silikon | § Molebdenum § Boron § Vanadium § Selenium § Kromium |
Ahad, 20 Disember 2009
selamatkan sekolah izzuddin dan taayah
Kenyataan Media (18 Disember 2009)
SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT
Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.
Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar. (klik tajuk diatas untuk bacaan seterusnya)
Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.
Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,
Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.
Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.
Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.
Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.
Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.
brigedakhdor: saya juga membantah keras tindakan krajaan haram BN nie ..sy sebagai salah seorang pelajar izzuddin tahun 1995-1997 begitu sedih dengan ketidak prihatinan krajaan haram perak nie untuk meneruskan kewibaan sekolah2 ini..sy akan turut menandatangi memorandum bantahan tersebut..
Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com
phone no : 017-4830965
UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.
Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.
Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.
Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir :
51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?
52. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).
Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.
Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.
DEMOKRASI ( untuk ucapan lanjut sila klik tajuk diatas)
Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.
PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.
Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.
Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.
Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.
PERPADUAN
Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.
PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :
(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).
Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :
وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل
(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).
Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.
Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.
Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.
Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.
MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN
Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.
Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.
JENTERA PARTI
Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.
PERKUKUH PAKATAN RAKYAT
Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.
--------------------------------
Oleh Abdul Hadi Awang
Sabtu, 19 Disember 2009
MASA-MASA LALU DAN MENDATANG......
Mulanya masa apabila Allah menjadikan alam semesta yang asalnya satu.Tamatnya masa apabila berlakunya Kiamat Kubra : pemusnahan alam semesta dan seisi makhluk.
Masa di dalam lipatan ilmu Allah sejak dari bermulanya masa. Jika dahulunya Jumaat, dimasa yang sama sekarang tetap hari Jumaat. Tiada manusia yang mampu mengubah masa kerana ia haq Allah.
Takrif Masa Dengan mengumpamakan kejadian manusia untuk kefahaman
Terjemahan
Mula Masa
*
terjadinya alam semesta
Peringkat Kandungan
*
terciptanya malaikat dan jin dan kehidupan di bumi.
Peringkat Bayi
*
Adam dan Hawa diciptakan - permulaan manusia
Peringkat Kanak2
*
Kejadian Banjir Nabi Nuh a.s
Peringkat Muda
*
Era Kenabian Nabi Ibrahim
Ketika Matang (40an)
*
Era Kenabian Nabi Musa
Waktu Tua
*
Era Kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan turunnya Nabi Isa
Mati
*
Kiamat Kubra
* Masa tua dinyatakan sebagai akhir zaman atau di akhir umur masa. Tamatnya masa adalah Kiamat Kubra atau Hari Kiamat
Peristiwa Period Akhir Zaman Mengikut Turutan
1. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.
*
1.1 Islam ditegakkan semula
* 1.2 Hijrah Rasulullah ke Madinah
* 1.3 Dakwah Rasullulah
* 1.4 Peperangan Rasullulah menentang kafir
untuk lebih lanjut sila klik tajuk diatas
2. Kebangkitan khalifah.
*
2.1 Wafatnya Rasullullah
* 2.2 Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
3. Kejatuhan Khalifah
*
3.1 Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
* 3.2 Perang Dunia 1 dan 2
* 3.2 Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
* 3.3 Umat Islam berpecah-belah.
* 3.4 Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
* 3.5 Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
* 3.6 Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
* 3.6 Penzinaan berleluasa
* 3.7 Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
* 3.8 Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
4. Perang Dunia Ketiga / peperangan menentang Islam secara total (pembantaian muslim)
*
4.1 Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
* 4.2 Agama Islam dirosakkan - memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
* 4.3 Kemarau panjang
* 4.4 Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
* 4.5 Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
5. Bala Bencana dari Allah s.w.t melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
*
5.1 Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
* 5.2 Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
* 5.3 Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
* 5.4 Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
* 5.5 Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
6. Terlantiknya Khalifah Islam mewakili Umat Islam SeDunia di Mekah.
*
6.1 Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
* 6.2 Umat Islam huru hara tanpa ketua - perasaan keluh kesah
* 6.3 Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
7. Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun - sebuah padang rumput yg luas)
*
7.1 (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
8. Peperangan Islam vs Kristian.
*
8.1 Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
* 8.2 Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
9. Pemerintahan Khalifah Islam 7-9 tahun.
*
9.1 Rezeki melimpah ruah
* 9.2 Haiwan Liar menjadi sahabat
* 9.3 Tiada orang yg sudi menerima zakat
* 9.4 Bumi mempamirkan kecantikkannya
10. Bangkitnya Dajjal bersama tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran.
*
10.1 Turunnya Nabi Isa
* 10.2 Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
* 10.3 Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
* 10.4 Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
* 10.5 Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
* 10.6 Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
* 10.7 Kemenangan untuk Islam
11. Wafatnya Khalifah Islam. Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun
*
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
* 11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
* 11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari 'atas'- sukar difahami maksudnya
* 11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
* 11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
* 11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
12. Wafatnya Nabi Isa.
*
12.1 Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Period Kiamat Bermula
1.
Al Quran diangkat
2. Nama Allah tidak disebutkan lagi
3. Gempa Bumi Tiga penjuru
4. Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
5. Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
6. Asap dari bumi
7. Musnahnya Makkah dan Baitullah
8. Semua Umat Islam dimatikan
9. Matahari Naik di sebelah Barat
10. Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
*
1. Berkecainya alam semesta - bumi dan planet planet
* 2. Mati sekelian manusia, jin, iblis, syaitan
* 3. Mati sekelian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
Mahsyar
1. Permulaan masa akhirat dan ia tidak ada masa tamatnya
Pengajaran
1.Tidak semudah itu untuk Islam menang jika bukan benar-benar diuji dengan kepayahan dan kesabaran.
2. Kemenangan Islam hanya melalui kesepakatan Ummah berdasarkan tauhid yang jitu.
3. Kebangkitan/kemenangan Islam keseluruhannya semestinya melalui period kesyahidan dan bukannya dakwah semata-mata. Tidak ada penafian kecuali mereka yang dayus.
4. Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.
Begitulah turutan berdasarkan pelbagai sumber rujukan dan yang tertulis diatas cuma ringkasannya sahaja. Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.
Sebagai umat Muhammad kita harus bersedia untuk mengkaji/memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.
Jika ada kesilapan adalah dari diri saya sendiri.
Wallahualam.
(Jika ada tambahan dipersilakan. Mari kita berkongsi ilmu)
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Disember
(38)
- PERAK :Jersi dan Pasukan baru dilancarkan
- PAS Bohongi Umat Islam, Ketepi Hudud ????
- Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?
- Pesanan Perjuangan
- Imam Nawawi: haloba ilmu, ahli tasauf hebat, peneg...
- kemalangan ngeri di ipoh :10 maut
- nizar sentuh tentang isu perak dan kehilangan enji...
- Dr Yusuf Qardawi: Perjuangan PAS adalah penerusan ...
- Tahukah anda bagaimana penciptaan Adam..?
- selamatkan sekolah izzuddin dan taayah
- UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT P...
- MASA-MASA LALU DAN MENDATANG......
- bacaan santai:10 Orang Manusia Super Di Dunia... G...
- Masa
- Malaysia berjaya Mengalahkan Vietnam 1-0
- Sidang Media Pertahankan SIS dan SERATA
- info hari ini: blogpot adalah Blog dakwah kristian
- Cerita Seks dan Lucah, “Modal” Berita Harian Metro?
- Mari kita bersama berkempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'
- kisah benar seorang ahli umno masuk pas
- orang melayu yang memalukan melayu
- Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen ...
- 'Mukjizat palsu media'
- Mencipta Legenda Pakatan Rakyat
- Kelantan juga boikot program BTN
- Senarai 40 orang terkaya di malaysia
- asal kejadian NERAKA - menarik
- Mesti Tonton: TGHH menjawab Isu Semasa
- PEMBAHAGIAN KUMPULAN PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN
- Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau ...
- Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz
- Edisi ilmu ibadah: sesuatu yang perlu kita tau.......
- edisi nasihat agama: Antara musuh Iblis @ Syaitan
- Wacana Menarik Antara Pendekatan AKP Turki dan Ikh...
- Undangan ke neraka Allah melalui media baru (blog ...
- Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia
- Antara Doa dan Harapan
- kisah menyayat hati:lagi kisah penyelewengan tana...
-
▼
Disember
(38)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-