Siapa yang pernah membeli Berita Harian Metro pasti dapat merasakan “kehangatan” dan penangan akhbar tersebut. Manakan tidak, Harian Metro (yang merupakan terbitan kumpulan NSTP dan Utusan) dilihat sekarang ini semakin “galak” menyiarkan cerita-cerita seks dan berbaur lucah semata-mata mengejar keuntungan melalui jualan akhbar mereka. Setiap hari akan terpampang muka depan tu dengan tajuk-tajuk yang amat menyeksakan(tajuk panas-panas).
Sekarang ini pun, kalau selak-selak halaman belakang akhbar ini, bukan main besar lagi untuk kaki-kaki judi meramal…..Kalau tajuk muka depan mesti samada kes rogol atau pun kes tangkap basah ataupun apa sahaja yang berunsurkan seks. Kalau itulah “niche” yang digunapakai dalam melariskan penjualan, tak perlu rasanya sehingga menyiarkan kes rogol mahupun kes sumbang mahram tersebut dengan lebih detail lagi. Untuk apa dedahkan dan cerita semua itu “selengkapnya”? Contohnya? Boleh klik gambar di bawah:
Anda pahamkan apa yang saya maksudkan? Begitulah trend akhbar tersebut hari ini. Sehinggakan yang menggelarkan akhbar Harian Metro ini ala-ala majalah Mangga, Melodi di TV3 atau Galaksi di TV9. Yang pentingnya, apabila keluar cerita mesti berita sensasi atau yang suam-suam suku mesti dihangatkan lagi. Kalangan peminat akhbar ini akan ada yang bertanya dan hairan jika satu hari akhbar Harian Metro dilihat berlainan daripada hari-hari biasa, yang mana tidak menyiarkan cerita lucah mahupun seks.
Kalau nak dibandingkan dengan akhbar-akhbar di Malaysia yang lain, Harian Metro lebih banyak cerita seks dan lucahnya berbanding perkembangan isu semasa. Kalau ada informasi yang ada, pastinya yang popular berkenaan ruangan pakar sakit puan iaitu Dr Tambi tu laaaa. Kan banyak informasi yang mengurangkan egois lelaki contohnya. Jadi sekurang-kurangnya kolum tersebut dapat membantu. Harap, you’ll know what I’m trying to elaborate. Tapi dalam pada itu pun, akhbar Harian Metro masih merupakan akhbar yang paling laris bak pisang goreng dan antara yang mendapat jualan tertinggi.
Mungkin Berita Harian Metro memilih sasaran pasaran yang berlainan, kalau tidak sudah lama “bungkus” berbanding akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang memang ada peminatnya tersendiri. Cuma sensasikan sesebuah berita itu menjadi lebih power sikit. Siapa yang tidak suka cerita sensasi. Walaubagaimanapun, terpulang juga kepada penilaian dan keputusan kita sendiri. Masing-masing bijak menilai yang terbaik untuk diri sendiri.
Tetapi bab berita sukan terutama liputan liga-liga bola sepak terkenal dunia contohnya La Liga Sepanyol atau pun Liga Perdana Inggeris, Harian Metro rajin menyiarkan beritanya selengkap mungkin. Yang ini saya akui sendiri antara tarikan lain bagi Harian Metro untuk melariskan jualan selain cerita seks dan lucahnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan