Jumaat, 4 Disember 2009

Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz






Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz

Info Semasa
PAS Kawasan Batu menjemput semua media untuk membuat liputan "Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz" seperti butiran berikut:
Tarikh : Sabtu - 5 Disember 2009
Masa : Jam 9.30 malam
Tempat : Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar
Kuala Lumpur


Kerjasama semua media dan kesediaan untuk hadir sangat-sangat kami alu-alukan. Sekian terima kasih.
Yang Benar
HAJI ISMAIL YAHYA
Setiausaha PAS Kawasan Batu
Hp: 013-3847899
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihujani pelbagai fitnah dan dugaan muktahir ini akan bersama-sama rakyat pada "Himpunan Perpaduan Umah PAS For All" di Taman Melewar, Sabtu 5 Disember jam 9.30 malam.
Program ini akan menampilkan kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, Balasubramaniam dan Hu Phang Chow yang akan berintraksi dengan para penyokong Pakatan Rakyat, kata Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada Harakah.
Turut menyampaikan pidato, AJK PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin yang akan mengulas isu-isu berkaitan royalti minyak, PRK Kota Siputeh, pengharaman BTN dan tohmahan jahat Umno terhadap MB Kelantan.
Himpunan ini bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu. Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir bagi mengikuti ulasan terkini Mursyidul Am tentang kontroversi doa terhadap PM dan tuntutan royalti minyak.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi