briged akhdor said: suka saya berkongsi nukilan dan luahan hati ibnu abbas yg dicoret di tranungkite untuk tatapan pembaca blog ini..dan saya amat menyokong kenyataan beliau..kerana kita perlu memikirkan antara mudarat kecil dan mudarat yg besar ..samada membiarkan umno terus memerintah atau menumbangkan krajaan umno yg 52 tahun memerintah ..dah lama mereka bermaharajalela pas, keadilan dap terus mnjadi mangsa politik kotor dari BN ni..dan yang mengecewakan undang2 islam langsung tidak ada usaha dibuat malahan mncerca hukum tersebut..ini semua berlaku ketika BN ader kuasa..nak seribu daya tak nak berbagai2 alasan dibuat dan yang begitu pelik mereka beria-ia mncabar DAP bersama PAS jalankan hudud..sedangkan mereka yang mengucap dua kalimah syahadah dan dikenali parti melayu itu masih katakan tak nak pada hudud...
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (ali imran 60 )".bacaan sumber di bawah
Saya merujuk kepada berita Sinar di mukasurat T2 hari ini (30 Disember 2009), yang bertajuk 'Pas bohongi umat Islam, ketepi Hudud". Kenyataan yang dkeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu, Razali Idris itu seolah-olah menggambarkan merekalah yang paling cakna terhadap hukum Islam. Ini samalah dengan kaedah Umno di negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, mereka seolah-olah berjuang untuk menegakkan Islam di negeri terbabit.
Nampaknya kaedah menyerang tindak tanduk Pas dan melagakan dengan dasar parti sudah disepakati di seluruh negara. Tujuannya satu sahaja iaitu cuba mendatangkan syak dalam hati penyokong dan ahli Pas tentang keikhlasan Pimpinan Pas memperjuangkan Islam. Kerja buat orang rasa syak wasangka ini asalnya kerja syaitan dan iblis. Nampaknya Umno mewarisi kerja-kerja syaitan ni. Kalau benar mereka yang mahu membela Islam, sudah lama mereka laksanakan hudud dan qisas. Sepanjang 52 tahun merdeka, pernahkah nampak Umno bersungguh nak laksanakan Islam? Daripada undang-undang tertinggi dalam negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, hinggalah kepada pelaksanaannya, amalan kehakimannya, pentadbirannya, sistem pendidikannya, sistem ekonominya, adakah ia melambangkan jiwa yang cintakan Islam? Inilah tandanya Umno sangat tebal dengan sikap HIPOKRITnya.
Tajuk di bawah pula, "Pemuda UMNO cabar DAP terima negara Islam" merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Apli Yusof, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu. Nampak sangat kebimbangan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin utuh dan mendapat tempat di hati rakyat.
Soal DAP menerima negara Islam atau tidak sudah tidak timbul lagi apabila masing-masing sudah boleh duduk sebaris untuk membentuk sebuah Pakatan Rakyat yang utuh dengan resolusi yang disepakati bersama. Cuba selidiki resolusi yang dibuat, adakah mana-mana bahagian yang bercanggah dengan Islam?
4 Resolusi tersebut ialah:
1)Demokrasi yang telus dan tulen,
2)Memacu ekonomi berprestasi tinggi,
3)Keadilan sosial dan pembangunan insan dan
4)Hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.
Tidak ada sama sekali yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Bahkan pernyataan resolusi itulah yang menjadi tuntutan Islam sebagaimana yang difirman oleh Allah dalam ayat ان الله يأمر بالعدل و الاحسانyang bermaksud,"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan berbuat baik.." Titik persamaan antara parti dalam Pakatan Rakyat ialah mahukan keadilan, dengan menolak kezaliman yang diamalkan dalam kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN.
Soal slogan "Membangun Bersama Islam" yang ditukar dengan "Pas for All," ini merupakan soal pendekatan melalui istilah. Ia sekali-kali tidak merubah dasar Pas.
Soal hudud yang ditimbulkan Razali adalah isu lapuk. Umum sudah tahu bahawa Pas adalah 'PARTI ISLAM SEMALAYSIA'. Satu Malaysia sudah tahu perkataan Islam ada dalam nama PAS. Ia tidak mungkin dibuang. Ia bukan Parti Melayu, bukan juga parti mana-mana bangsa lain. Ia parti Islam yang menerima semua bangsa. Ini yang tidak ada pada Umno. Umno tidak syaratkan ahlinya mesti Islam tapi wajib Melayu! Dalam Islam pula, hukum Hudud adalah sebahagian daripada elemen perundangan Islam. Banyak lagi elemen lain seperti Qisas dan Ta'zir. Penggunaan ta'zir sangat luas skopnya apabila gugur syarat penggunaan hudud dan qisas dek kerana sukarnya memenuhi syarat itu. Kalau tidak menyebut perkataan hudud sekalipun dalam mana-mana ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat, PAS tetap bawa Islam. Kalau DAP dan penyokong PAS yang bukan Islam sudah boleh menerima Islam yang dibawa oleh PAS, kenapa perlu bimbang lagi sebab Islam itu sendiri lebih luas daripada Hudud.
Inilah pendekatan yang baik dalam dakwah Islam yang dibawa PAS. Menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding dahulu bukan bermakna menggadai prinsip. Bahkan ia lebih menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Itu adalah perkara biasa. Ini menandakan Pimpinan PAS berjiwa besar dan boleh bertolak ansur dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Semangat inilah yang diperlukan untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional yang tidak mahu berhijrah meninggalkan kezaliman, penyelewengan dan segala yang busuk dalam Umno."
"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)". Al-An'aam :152
sumber
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
6 hari yang lalu
3 ulasan:
PAS Parti Islam Semalaysia jika UMNO katakan PAS sesat atau menyeleweng bermakna UMNO menyatakan Islam itu sesat dan menyeleweng dan jika UMNO katakan ajaran yang PAS bawa tidak betul maka samalah mereka menyatakan bahawa ajaran Nabi Muhammad S.A.W itu tidak betul.54 Tahun dibawah pemerintahan UMNO sekali pun ana tidak melihat UMNO mahu membawa Islam dalam pentadbiran mereka tapi sebaliknya yang berlaku.Islam diliberalkan menerusi nama Islam Hadari,Islam ala Mahathir dan islam ala Najib yang langsung tidak mencerminkan islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W
Salam,
Sejak bila pulak UMNO perjuang hudud ni,lawaklah.
Knp nak harapkan pas saja,menegakkan hukum Islam tanggungjawab semua org islam bukan pas saja.Sepatutnya UMNO lah yang kena laksanakan hudud sebab dia sudah 25 tahun pegang kerajaan pusat.
Atau Umno rasakan dia bukan org Islam.
Apa kata kita pakat cabar umno laksanakan hudud juka benar dia ikhlas nk perjuangkan Islam.
Lepasni perbanyakkan artikel desak kerajaan pusat laksanakan hudud .kita tengok apa dia nak jawab.
Susulan demontrasi desak Pas Selangor Keluar Pakatan Rakyat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar UMNO keluar daripada Barisan Nasional kalau parti Orang Melayu terbesar itu merasakan kerjasama Pas dan DAP dalam Pakatan Pembangkang salah
Kesimpulan nya beranikah UMNOngok ini membubarkan Parti mereka. Jawapan tentu tidak. Kalau tidak jangan dok hina PAS sangat. Dah 52 tahun sambut maal hijrah masih tak ada perubahan dalam jati diri orang UMNO masih di takuk lama dan mengamalkan lagi undang-undang di ciptaan zaman jahilliah ciptaan Abu jahal.
Catat Ulasan