1. Semua pejuang Islam perlu mengingati pesan As-syahid Hassan Al-Banna bahawa Al-wajibu Aktharu minal al-awqat (Kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada). Justeru janganlah terlalu sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh dan mencari perkara-perkara yang boleh menyusahkan jamaah.
2. Umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Ini kerana kita telah dijuzuk-juzuk atau dipecahkan oleh musuh Islam. Lebih malang lagi, orang Islam sendiri turut terlibat dengan perpecahan itu. Carilah persamaan dan murnikan perbezaan.
3. Kebangkitan ISLAM akan berlaku setiap 100 tahun. Pasti apabila sampai waktunya akan ada orang atau jamaah yang akan membangkitkan kegemilangan ISLAM.
4. Pejuang Islam atau pendokong jemaah akan berdepan dengan 4 golongan:
i. Al-Mukmin - golongan yang percaya kepada perjuangan ISLAM
ii. Al-Mutashakik - golongan yang menyimpan syak kepada perjuangan ISLAM
iii. An-Nafa'iyun - golongan yang ada kepentingan tertentu di dalam perjuangan ISLAM
iv. Al-Mutahamil - golongan yang benci kepada perjuangan ISLAM.
5. Meneguhkan ukhuwah sesama ahli seperjuangan. Guna tiga kaedah seperti yang dicadangakan iaitu ziarah, beri hadiah/penghargaan dan akhirnya berdoa kepada Allah agar sahabat itu kembali dan terus kekal di dalam perjuangan.
6. Kita yang menerima tarbiyah jangan terleka dengan jawatan, keselesaan, keluarga dan kebendaan yang dimiliki sekarang. Turunlah ke medan perjuangan yang menjamin kesejahteraan AKHIIRAT.
Wassalam..
4 ulasan:
Salam sahabat,
Bab dalam perjuangan
Bab wajib menyertai Jemaah
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah
Rujukan: kitab
Riwayat Bukhari didalam kotab Fitnah Hadis 6530 6531
Riwayat muslim didalam kitab Pemerintahan hadis 3438
Sama-samalah kita berjuang dn ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan.
sy setuju dgn Ayid.
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu Ya Allah....... . turunkan lah bantuanMu kali ini kepada pejuang2 Islam di Malaysia, hancurkanlah kerajaan BN.. Amin... ...">
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran kerajaan diktator BN - dengan Izin Allah)
salam akhi,
menarik sekali post ni, sangat bermakna utk difikirkan.
kekuatan Ikhwan Di dokong oleh seorang pemimpin yang ulung abad 20.
semoga kebangkitan islam dipermudahkan Allah.
Catat Ulasan