Sabtu, 5 Disember 2009

Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion


Selepas melihat sendiri video perbahasan isu judi yang dibangkitkan di dewan rakyat, kita disuapkan dengan angka yang boleh dikatakan dahsyat iaitu sebanyak RM2,370,000,000 hasil daripada pendapatan tambahan negara berkaitan judi sahaja. Banyak bukan? Yang menjadi kerisauan rakyat terutamanya yang beragama Islam sendiri, inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Mengapa dan kenapa jadi begini. Adakah kerajaan terlalu “haus” untuk meningkatkan pendapatan negara?

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di dewan parlimen. Antaranya :

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Yang sedihnya tidak nampak penglibatan dan kerjasama daripada ahli Parlimen semasa isu judi ini dibangkitkan di dewan rakyat.

Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!! untuk kupasan lanjut sila klik tajuk di atas

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein mengatakan kerajaan memberi jaminan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan segala aktiviti perjudian di negara ini amat dialu-alukan. Harap jangan manis di bibir sahaja. Laksanakankannya secepat mungkin.

“Saya tidak terlibat dengan perjudian, saya tidak jaga hal-hal ini, saya hendak bagi janji pun susah tetapi saya akan bawa permintaan bersungguh-sungguh ini kepada kementerian,”

P/S : Selain jumlah pendapatan dari cukai judi seperti di atas turut dimaklumkan yang mana kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi