Jumaat, 11 Disember 2009

Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen Agama

Secara umumnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru agar semua pemimpin politik dan NGO di negara ini agar tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama yang tinggal dalam negara kita ini. Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam Perlembagaan Negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain sesuai dalam Artikel 11, tentang Kebebasan Beragama dalam Pelembagaan Persekutuan. Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurus tadbirkan agama masing-masing tanpa menganggu kepentingan penganut agama lain.

PAS menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini. Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat sebarang masalah boleh diselesaikan.klik tajuk di atas untuk kupasan lanjut

PAS melihat isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping berkaitan dengan pengagihan dana untuk pembinaan masjid sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini. PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.

Oleh itu, PAS berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap Institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik. PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi