18 Safar 1431H
Tarikh 9 Februari makin dekat dan menyebabkan debaran semakin terasa khusnya kepada mereka yang cintakan keadilan dan kemakmuran bagi negeri Perak tercinta.
Selain itu tidak kurang dengan yang menggelabah dan "hilang kewarasan" bila tarikh itu kian menghampiri. Khususnya kepada pemimpin UMNO di Perak semacam ada satu gelombang ketakutan menunggu tarikh tersebut dan keluarlah kenyataan yang macam-macam dan tidak masuk akal.
Termasuklah Menteri Besar Kudeta Perak , Dr Zambry Abdul Kadir apabila kelmarin beliau tapa berfikir panjang telah mencabar Menteri Besar Rakyat Perak ,Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi ADUN Pakatan Rakyat supaya mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN tersebut di Perak.
Tanpa berfikir panjang beliau mengatakan kami tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong Pakatan Rakyat.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.
Zambry juga menegaskan bahawa kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.
Sehubungan dengan itu saya suka untuk menyatakan pendirian saya dalam kenyataan media ini :
1. Kenyataan MB Kudeta tersebut adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamirkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN. mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri.
2. Sebenarnya sekiranya BN berani mencabar Pakatan Rakyat sebenarnya Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termsuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat.
3. Selain itu saya juga ingin mempersoalkan siapakah yang telah mempengaruhi SPR sehingga melakukan keputusan dengan menolak permohonan Speaker V. Sivakumar bagi mengosongkan DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Malah seperti kenyataan saya sebelum ini, inilah "ibu segala maksiat" yang mnyebabkan krisis di Perak jadi "haru bitu". SPR telah bertindak diluat bidang tugasnya dengan mempertikaikan surat perletakan jawatan 3 katak dan jelas semacam dia telah dipengaruhi oleh pihak lain.
4. Kerana itu kalaulah isu mengosongkan DUN itu dianggap penting BN mestilah berani untuk bertanding di 3 DUN tersebut. Tambahan pula ianya akan menjimatkan perbelanjaan seperti yang digembar-gemburkan oleh BN.
5. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN yang terus berdegil untuk mempertahankan kuasa haram yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Saya rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.
6. Apapun alasan dan kenyataan adalah berpunca dari kerakusan dan jenayah BN yang merampas kuasa di Perak. Maka bersempena dengan setahun tragedi rampasan kuasa itu pada 6 Februari ini , saya dengan ini menyeru kepada seluruh rakyat Perak untuk terus bertenang dan mendoakan sesuatu kebaikan dan rahmat yang Allah akan anugerahkan kepada Negeri Perak yang kita cintai.
KENYATAAN MEDIA/ 2 Februari 2010.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
2 ulasan:
Ape nya yang tak releven dan tak masuk akal?
Kan ke ini satu cabaran dari seorang yang sangat berani. Letak kan aje jawatan masing2, adakan PR kecil, Jika Pakatan Rakyat dapat memenangi SEMUA kerusi yang telah mereka kosongkan itu maka terbukti lah bahawa Pakatan Rakyat ada menjadi pilihan semua rakyat negeri Perak.
Ketika itu baru lah kita semua pakat suruh Zambry berundur kerana sudah kalah dalam cabaran nya.
Senang aje kan. Itu pun kalau Pakatan Rakyat ada mutek!
iniler kalau dah umno tue pemikirannya sama jer dah ler zamry tue menyerlahkan kedangkalan cabarannya ..sokong umno sokong kezaliman ...klu nak letak jawatan maknanya calon yg meletak jawatan x boleh bertanding 5 thn ..kan lebaih baik 3 ekor katak tue yg letak jawatan krn mereka nie lah pengkhianat..jika 27 adun jer bubar tiada ler perubahan jika mng pun....tak ker bangang namanya..yg terbaik kemblikan pada rakyat bubar dun baru tau saper kuat ..inilah kedangkalan pemimpin dan bloggers spt lebai diatas
Catat Ulasan