Hak dan batil, Islam dan jahiliah akan bertembung sehingga Allah menentukan urusanNya, bukan sahaja untuk Palestin tetapi bumiNya ini.
DUBAI: Agensi perisikan Israel, Mossad mungkin dalang pembunuhan seorang pemimpin kanan Hamas di bilik hotel Dubai, kata ketua polis emiriah itu di sini, semalam.
“Mungkin Mossad atau pihak lain. Saya tidak menolak kemungkinan itu atau pihak yang ada kepentingan melakukan pembunuhan Mahmoud al-Mabhuh,” kata ketua polis, Dhahi Khalfan.
“Ada lebih daripada tujuh orang memegang pasport daripada beberapa negara Eropah dalam kumpulan yang disyaki bunuh Mahmoud,” katanya lagi.
Beliau enggan menamakan negara berkenaan tetapi turut berkata: “Kami menghubungi negara Eropah itu untuk mengesahkan keaslian pasport berkenaan.”
Jumaat lalu, Hamas menuduh Israel membunuh pemimpinnya ditemui mati di bilik tidur hotel Dubai pada 20 Januari lalu dan berikrar membalas dendam.
Hamas mengakui Mahmoud ada di Dubai untuk membeli senjata bagi menentang penjajahan Israel di wilayah Palestin.
Khalfan berkata: “(Mahmoud) membuka pintu bilik membolehkan pembunuhnya masuk. Dia mati kerana dicekik.”
Media Israel pula mengalu-alukan pembunuhan itu dengan Jerusalem Post menggelarnya ‘tamparan hebat terhadap pakatan kejahatan’ menyukarkan Hamas membawa senjata masuk ke Gaza.
Akhbar The Times of London, memetik sumber Asia Barat sebagai berkata, mayat Mahmoud ditemui kakitangan hotel Al Bustan Rotana.
Akhbar itu menyatakan, Mahmoud menggunakan pasport palsu untuk ke Dubai. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan