Isnin, 8 Februari 2010

Skrip Saiful "Tak Lengkap"


"Setelah satu minggu perbicaraan Liwat II , analisa paling bodoh yang awal – awal dapat dibuat ialah beberapa kelemahan ketara dalam menjustifikasikan kekuatan Saksi utama iaitu Saiful ;-

1. Beliau PASIF dan TIDAK BERTINDAK serta MELAWAN sebaik saja ‘diajak’ oleh Anwar untuk ‘diliwat’

2. Tindakan ini seolah – olah ia RELA dan BERSETUJU dengan ‘pelawaan’ Anwar untuk ‘diliwat’

3. Dan 2 hari selepas diliwat , iaitu hanya pada 28hb baru berusaha dan bersusah payah mencari hingga 3 buah hospital untuk ‘membuktikan’ dia ‘betul – betul’ diliwat’.

4. Kalau benar beliau marah dan tidak setuju dengan ‘perbuatan’ Anwar ke atas nya , maka pada petang kejadian 26hb , kurang lebih jam 5.00pm beliau sepatutnya meluru ke ketiga – tiga buah hospital tadi. Sepatutnya begitu lah. Tetapi itu tidak berlaku.

5. Kita sama – sama lah tengok episode berikutnya dalam perbicaraan untuk minggu ke – 2 nanti , takut – takut skrip akan diubah.

Di sini agak jelas skrip yang ‘Mahathir’ sediakan ini tak berapa lengkap.

Mengikut pengakuan Saiful dan dan berkat kesabaran beliau menunggu sehingga lebih dari 1 tahun menunggu , beliau bersyukur dan mengucap Alhamdulillah akhirnya kes ini dapat dijalankan perbicaraan , menunjukkan betapa untuk menunjukkan kepada rakyat 1Malaysia ‘kejadian’ ini benar – benar berlaku dan terjadi.

Namun skrip hari pertama sudah Nampak dengan jelas tidak berapa kemas dan cermat.

Jangan nanti , belum habis beliau memberikan keterangan dari kandang saksi , samada pada hari ke-3 atau ke-4 nanti , Allah memberikan hidayah kepadanya , lantas membuat pengakuan , semua ini adalah konspirasi Najib dan Mahathir saja.

Huru hara nanti 1Malaysia , kalau itu yang terjadi.

Sumber


Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0ev5h5Z0B

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam sahabat...saiful memang kita tahu yg dia ni diupah oleh pihak tertentu untk menjatuhkan datok seri anwar ibrahim..kalau dah dasar penipu, cakap macam mna pun menipulah juga.. semoga Allah bg keadilan kpd dato seri anwar..orang yg menfitnah ini dosa nya sangat besar dari membunuh,. ingatlah saiful, di dunia ini kwn boleh tolong apa saje, akhirat nanti xde orang yg boleh tolong..insaflah sblm terlambat..jgn krn nampak wang dan harta benda, semua orng suruh buat kita buat..jangan jadi seperti lembu dgn tuanya, ikut orang tarik sana sini..kalau kita fikirkan memang tidak masuk akal apa yg saiful cakap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi