Rabu, 3 Februari 2010

Siapa Dalang Membunuh Mahmud Mabhuh, Tokoh Brigade Al-Qassam



mahmud


Sebuah laman sesawang Israel, “Central Issues” dalam laporannya menyatakan bahawa agen-agen Mossad bertanggung jawab penuh atas pembunuhan keji terhadap Mahmud Mabhuh yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam. Beliau juga dan termasuk sebagai komandan senior serta salah seorang pendiri Brigade Al-Qassam.

Mahmud memasuki Universiti Emirat Arab pada 19 Januari yang lalu, namun jasadnya ditemui telah meninggal dunia di sebuah hotel tempat ia menginap selama beliau berada di Dubai.

Mnurut lawan sesawang Israel tersebut, pembunuh Mahmud berjumlah empat orang dan merupakan agen-agen Mossad yang dilengkapi dengan informasi yang tepat mengenai keberadaan Mahmud selama kunjungannya di Dubai.

Laman itu juga menyatakan bahawa penyelidikan kes pembunuhan terhadap Mahmud, kemungkinan besar ada kaitannya dengan perancangan Mahmud untuk membeli senjata dari Iran dan perancangan menyeludup senjata-senjata tersebut ke Tebing Barat.

Walaubagaimanapun menurut hasil penyelidikan rasmi dari polis Dubai, mereka mendakwa telah berhasil mengungkap misteri kematian Mahmud Mabhuh. Mereka berpandangan bahawa kempulan jenayah terkenal dari Eropah yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan Mahmud.(fq/imo)



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi