Rabu, 24 Februari 2010

Rekod Maulidur Rasul Tanpa Perarakan Pulau Pinang



Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Semua Dijemput Hadir

Persoalan apakah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai),dan lain lain NGO anti kerajaan PR pernah sertai perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang tahun sebelum ini...Ini jadi tanda tanya..dan apa buktinya..baru menyalak...

Rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan di Pulau Pinang.

Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidak mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam satu ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan! Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir. Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan menganjurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Shameil Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi. Tarikh :

25 Feb 2010
Bacaan surah Yaa Sin Masjid Negeri P.Pinang
26 Feb 2010
Majlis Perhimpunan Ummah dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul.

27 Feb 2010
Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang

28 Feb 2010
Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang


pasbukitbendera.com


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi