Isnin, 8 Februari 2010

UMNO sudah suka berdemontrasi.



DEMO + MEROYAN = DEMOROYAN






"Dulu pemimpin UMNO selalu kata berdemontrasi ini adalah golongan yang tidak bertamadun dan membelakangkan undang-undang negara. Sekarang apa yang rakyat tengok UMNO lebih cenderong menaja demontrasi jalanan dan membelakangkan undang-undang negara. Masih teringat kata-kata Naib Ketua Pemuda UMNO " orang-orang yang berdemontrasi ini umpama beruk-beruk jalanan". Apakah ungkapan itu untuk UMNO?

Pemimpin-pemimpin dan media-media UMNO juga telah membesar-besarkan tentang kerugian peniaga-peniaga apabila demontrasi berlaku. Tetapi bila demontrasi yang dianjurkan UMNO semua kerugian peniaga semacam tidak wujud. Di mana media-media massa yang selalunya membela para peniaga?

UMNO yang dipimpin oleh DS Najib telah menghalalkan perhimpunan dan demontrasi bagi memurdaratkan keharmonian negera, apabila dia sendiri memberikan kenyataan secara tidak langsung menggalakan demontrasi berkaitan isu nama 'Allah'. Sebelum itu demontrasi-demontrasi telah banyak dibuat oleh UMNO antaranya di Pulau Pinang (didepan Dewan Undangan Negeri), di Kelantan(didepan SUK), di Selangor (kes kepala lembu dan kes Dato' Hassan Ali). Ini menunjukkan UMNO sendiri tidak konsisten dengan pendiriannya. Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO hanyalah satu rektorik semata-mata. Akikatnya UMNO itu adalah dari kelompok "beruk-beruk jalanan" yang digambarkan oleh Naib Ketua Permudanya dulu.

http://www.malaysiakini.com/news/123783



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi