Jumaat, 5 Februari 2010

utusan memang meloyakan ...




Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.
Beliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

Beliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor, biadap dan jijik begini," katanya.

Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.

Sementara itu, peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.

“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

Sumber: Malaysiakini

brigedakhdor: Sudah jelas media2 utama negara ini sememangnya telah di"setting" oleh najibtuya..media massa ler cara terbaik untuk meningkatkan simpati rakyat pada saifool aljuburi dan anwar pula digambarkan imej yg negatif..namun kini zaman sudah berubah rakyat bukan mudah diperbodohkan dan dibohongi oleh media2 keparat ini ..bukan sahaja utusan meloya ..berita hairan (harian ) pula di muka depan "anwar marah ,saifool aljuburi takut .manakala kosmo pula di muka depan "saifool buka baju anwar tutup langsir ".berita sinar harian juga tidak ketinggalan ...ini semua mmg sengaja di bikin sedemikian rupa ..para bloggers mesti berterusan menyebarkan maklumat supaya mnjadi back- up untuk anwar ibrahim......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi