Ahad, 31 Januari 2010

Himpunan HEMPAP yang bakal menghempap BN


LARUT, 31 JAN :- Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010) berjaya mencapai sasaran apabila hampir 10,000 pemuda berhimpun sejak pagi lagi untuk bersama-sama pimpinan PAS Perak yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan himpunan pemuda ini.

Antara pimpinan yang turut serta adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Ust. Haji Abu Bakar Hussain, Menteri Besar Rakyat Perak, Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin, Naib Presiden, YB. Salahudin Ayub dan YB.Dato' Mahfoz Omar , Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Al-Tantawi , Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Azman Shapawi, Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Program tersebut diadakan di Darul Ta'alim, Sungai Limau Ijok menghimpunkan pemuda-pemuda daripada seluruh negeri Perak. Biarpun cuaca panas terik, ianya sedikit pun tidak menggugat ketabahan pemuda-pemuda untuk menjayakan program anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini.


Dato' Seri Nizar sedang berucap

Sebahagian daripada motorsikal berkuasa tinggi yang
turut serta membawa sepanduk 'Orang Muda Geng Kita'

Pesuruhjaya Pas Perak bersama pimpinan yang lain
sedang menyaksikan persembahan silat

Persembahan silat dihadapan pentas utama

Kesemua pandangan tertumpu kepada pesilat-pesilat

Penyerahan baju kepada petugas pilihanraya pemuda
kawasan (Sdr Zaizi sedang menerima bagi pihak
Pemuda Pas Gopeng)




Buat bacaan bloggers sekalian..blogger umngok gunakan tipu muslihat di shoutmix pula

Buat pembaca dan bloggers sekalian ..di sini sy ingin sampaikan dan dedah kan taktik terbaru blogger umngok ..sebelum ini blog beberapa sahabat sy difitnah oleh puak terdesak yakni umno..kini seperti yang dijangkakan blog saya pula diserang sedemikian rupa..cara nya mudah sahaja dia gunakan nama yang biasa digunakan oleh tuan rumah dalam shoutmix seterusnya si pemfitnah akn menulis sesuatu yg diluar jangkaan kita contoh ape yg ditulis dalam shoutmix sy (chip:Aku pejuang jihad,akan aku bunuh semua orang umno) inilah ayat kurang ajar yg ditulis tapi bagi saya ini akibat terdesak dan sikap tarbiyajh umno sendiari yang akan guna taktik dan cara kotor termasuk memftnah sekalipun dengan harapan persepsi pembaca blog saya memandang tak elok pada sy.dosa dan pahala tidak diambilkira..tp hakikatnya pembaca lebih kenal dan cara ini amat melucukan krn ini menunjukkan sikap kebudak budakan dan tiada adab dlm berblog..aut rakan2 blogger seperjuangan sekalian bersedia lah dgn taktik kotor mereka ini dan kita tenang menghadapi situasi sebegini..kerana mereka juga cuba meaga-lagakan kita..mungkin beginilah rasanya adun2 pakatan rakyat difitnah dan dilaga-lagakan .apapun mereka mmg bijak dalam kerja jahat ini ..maka nya iktibar dari ini jika sampai sesuatu benda yg meragukan lebih baik kita tanya empunya diri yg difitnah .lebih2 lagi pemimpin2 pakatan rakyat yg sentiasa akan difitnah dan dilaga-lagakan demi utk menghancurkan kesatuan pakatan rakyat..

Munafik dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah

Dalil dari As-Sunnah(Hadis)

Dari Ibnu Umar r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Perumpamaan orang munafiq seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali ia hendak mengikut yang ini, kali yang lain pula hendak mengikut yang itu.”
(Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah Al-Baqarah ayat 10)

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Jumaat, 29 Januari 2010

Royalti- Tembelang Najib Pecah


Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.

Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.[Harakah]


Pergolakan Politik Menjelag Februari


Tiada kepastian sehingga hari ini bahawa krisis Perak akan dibubuh noktah dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang bakal diumumkan pada 9 Februari 2010. Apa yang pasti, Februari tahun ini tidak kurang "berkocak"-nya berbanding Februari 2009, melihat kepada isu demi isu yang beratur menunggu masa untuk diletupkan.

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock telah dijadualkan pada awal bulan Februari, sebelum diberi kata dua "siapakah Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari. Desas-desus mula tersebar, meramalkan pembubaran DUN Perak dalam masa yang terdekat.




Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang menjadi sasaran selepas Perak, juga diuar-uarkan bakal ditumbangkan. Khabar ini tercetus sejak tahun lalu, meletakkan 16 September 2009 sebagai saat letup-hancurnya kerajaan PR, yang kemudiannya ditundakan kepada Januari 2010.

Biarpun khabar sedemikian disifatkan sebagai "perang psikologi" oleh mereka yang tidak mempercayainya, namun ia tetap mencungkil saraf PR, sehingga Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri turun ke gelanggang negeri darul Ehsan ini untuk menghalang impian UMNO-BN daripada menjadi "kenyataan".

Bubar DUN Perak?

Sindiran "1Malaysia, 2Perak" menjadi tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, sejak beliau menerajui kerajaan dengan laungan slogan "1Malaysia". Malah, rampasan kuasa yang mengungkit kemarahan rakyat, sehingga gambar dirinya dipijak ini telah menjadi beban UMNO-BN dalam PRU ke-13.

Berlatar-belakangkan konteks ini, Najib dijangka akan melepas tangan sebelum PRU ke-13. Lebih-lebih lagi, UMNO-BN amat yakin dengan sokongan masyarakat Melayu-nya di Perak, ditambah pula penghakiman kes ini bakal memberi implikasi yang boleh menimpa Najib sendiri, maka UMNO-BN terpaksa memilih untuk berdepan dengan rakyat.

Sama ada Menteri Besar BN sekarang, Zambry Abdul Kadir membubar DUN sebelum penghakiman diumumkan, atau Menteri Besar PR, Nizar Jamaluddin berbuat demikian seandainya dirinya disahkan sebagai "MB halal", akan menjurus kepada pembubaran DUN dan disusuli dengan pilihan raya negeri Perak.

Kes liwat: Perkembangan yang tidak menentu

Empat hari lagi Januari sampai ke penghujungnya. Sembilan hari selepas itu "MB Perak yang sah" bakal dikenalpasti. Seandainya diberi laluan, segala-gala ini akan berlaku di sekitar Februari, setahun selepas krisis Perak bermula.

Di Kuala Lumpur pula, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim akan berlangsung. "Bahan bukti" yang bakal dihadap ke mahkamah, sama ada "melucukan" atau "menggemparkan", pastinya menjadi isu kempen jikalau pilihan raya Perak diadakan. Malah, untuk berdepan dengan perkembangan yang tidak menentu ini, PR perlu mengerah kepakaran peguam dan sokongan rakyat di ibu negara.

Sudah pastinya, Anwar Ibrahim wajib berulang-alik ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan. Sebahagian rakan seperjuangannya akan berada di sisinya untuk menghadapi kes mahkamah, sementara sebahagian yang lain pula akan menjelajah ke negeri Perak untuk mengembalikan kuasa kerajaan negeri itu ke pangkuan PR.

Perkiraan ini berdasarkan andaian bahawa DUN Perak dibubarkan. Seandainya ditambah pula andaian pembubaran DUN Sarawak (pilihan raya lalu - Mei 2006), pembahagian kerja antara pemimpin PR akan menjadi lebih rumit.

Bagaimana pula dengan Selangor?

Keadaan sedemikian mungkin membuka ruang kepada musuh PR di Selangor. Sekiranya diteliti rekod kerajaan PR ini, hampir kesemua Exco-nya terjerat dengan tuduhan yang dilemparkan. MB-nya Khalid Ibrahim terperangkap dengan isu "kereta dan lembu"; Exco Senior-nya Teresa Kok pernah ditahan bawah ISA kerana isu azan; Exco yang lain seperti Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu, Yaakob Sapari dan Xavier Jayakumar pula disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak cukup dengan itu, imej kerajaan PR di Selangor dicalitkan apabila gambar peribadi Elizabeth Wong didedahkan pada tahun lalu, dan tuduhan khalwat dilontarkan terhadap Halimah Ali. Malah, ADUN PR yang lain seperti Lau Weng San sebagainya terbelit dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram, yang belum tentu nasibnya.

Melihat kepada senario sedemikian, tidak mustahil sekiranya kerajaan negeri PR ini digulingkan, walaupun pernah seketika selesa dengan kedudukan 36-20 kerusi selepas PRU ke-12. Pada November 2009, ADUN Port Klang-PKR Badrul Hisham Abdullah keluar parti sebagai calon bebas yang menyokong BN, merapatkan jurang kepada perbezaaan 14 kerusi, yang cuma memerlukan "penyeberangan" lapan orang ADUN untuk menukar kerajaan.

Kemelut luar dan dalam

Perkembangan terkini semakin tidak menentu, apabila kontroversi penggunaan kalimah "Allah" gagal ditamatkan. Pada masa yang sama, Malaysia digemparkan pula dengan penangkapan 10 orang pelajar ( termasuk 9 orang warga asing) di bawah ISA, sebagaimana yang diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini.

Namun, kemelut terbesar sebenarnya datang dari dalaman PR sendiri. Zulkifli Noordin (PKR), Hasan Ali (PAS)... antara pemimpin PR yang kontroversi telah dihadapkan kepada lembaga disiplin parti masing-masing. Nasib Hasan Ali dan seorang lagi pemimpin PAS, Khalid Samad akan diketahui minggu ini, sementara tindakan terhadap Zulkifli Noordin pula akan diketahui dalam tempoh sebulan.

Padahal, lidah UMNO telah bersedia dengan retorik yang bakal didendangkan seandainya kedua-dua orang yang menggelar dirinya "pejuang Islam" ini tersingkir dari PR. "Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'" tulisan Zaini Hassan yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan, "Apa ini? Bercakap mengenai Islam pun tak boleh? Hendak mengkritik kawan yang menentang Islam pun tak boleh?"

Januari semakin ke penghujungnya. Februari satu Malaysia mula bergolak.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

the malaysian malay ( melayu dan malaysian)





Surat pengarang di atas dikirim untuk saya oleh seorang kawan. Saya tidak menerimanya terus daripada Dr Syed Alwi. Tetapi, daripada cara tulisan beliau dan mengetahui pandangannya secara umum, saya tahu bahawa inilah stail tulisan beliau.

Saya ingat, kira-kira 10 tahun yang lalu, selepas Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan, saya mencadangkan agar parti tersebut menjemput wakil media untuk minum teh dan bersuai kenal dengan pemimpin di ibu pejabatnya. Oleh kerana itu idea saya, saya ditanggungjawabkan menyediakan senarai tetamu. Selebihnya akan diuruskan oleh jawatankuasa parti, seperti makanan dan sebagainya.

Itu kali pertama saya bertemu dengan kawan saya, mendiang MGG Pillai. Walaupunn saya kenal beliau daripada tulisannya di laman chatting-nya, Sang Kancil, saya belum pernah bersua muka dengan beliau.

Encik Pillai memberikan komen yang semua makanan yang disediakan adalah “tidak halal”. Bermaksud, “tidak halal” daripada pandangan seorang Hindu atau pemakan sayur (vegetarian). Segalanya ada daging lembu, termasuklah lauk sayuran. Oleh kerana PKN sepatutnya menjadi sebuah parti berbilang kaum, mengapa makanan yang lebih sesuai tidak dihidangkan? Sebagai contoh, makanan sayuran tanpa daging, atau lebih baik lagi, sebuah meja untuk santapan sayur sahaja, untuk membolehkan tetamu Hindu atau vegetarian menikmati makanan mereka.

Pandangan beliau membuatkan saya tersentak. Beliau betul. Kami mempelawa tetamu daripada pelbagai kaum tetapi tidak mempedulikan sensitiviti mereka. Apabila parti DAP menganjurkan makan tengah hari atau makan malam, mereka mempastikan bahawa beberapa buah meja hanya menghidangkan makanan yang halal di sisi Islam. Bukan sahaja demikian, tetapi yang menyediakan makanan juga beragama Islam, untuk membolehkan tetamu makan tanpa was-was.

Saya meminta maaf kepada Encik Pillai dan memberitahu beliau yang beliau memang betul. Saya mencadangkan agar salah seorang pekerja pergi ke restoran Hindu berdekatan untuk membeli makanan dan satu sudut “ halal” boleh disediakan dalam masa 30 minit.

Encik Pillai berkata itu tidak perlu. Beliau tiada masalah dengan kegagalan kami untuk menyediakan makanan yang bersesuaian. Beliau berkata yang beliau hanya membangkitkan perkara tersebut untuk mengingatkan kami bahawa sebagai sebuah parti berbilang kaum, kami harus lebih sensitif dengan keperluan setiap kaum. Encik Pillai kemudian pergi ke barisan “buffet” dan mengisi pinggannya dengan masakan ayam.

Hari keesokannya, saya membawa isu ini untuk perhatian ahli jawatankuasa – yang kebetulannya semua Melayu. Saya mencadangkan agar mengikut contoh DAP dan menyediakan lauk “vegetarian” untuk kaum Hindu dan mereka yang tidak makan daging. Mungkin lain kali apabila kad jemputan dikirimkan, tetamu boleh diminta menyatakan sama ada mereka memerlukan sebarang aturan khas.

Jawapan mereka, makanan tersebut halal dari sudut pandangan Islam, dan itu sudah cukup.

Saya jawab, apa yang halal di sisi Islam tidak semestinya halal kepada Hindu, Buddha, Jain, Vegetarian dan sebagainya. Jadi kita perlu mengambil kira keperluan mereka juga.

Ini negara Islam, kata mereka, dan yang bukan Islam harus memahami perkara ini.

Saya tergamam seketika. Saya sedar bahawa hanya sia sia untuk meneruskan perbincangan ini dengan golongan yang berfikiran sempit ini.

Orang Melayu sering memarahi bukan Melayu kerana tidak sensitif kepada perasaan umat Islam. Tetapi, adakah Melayu juga sensitif akan perasaan bukan Islam? Mengikut logik mereka, bukan Melayu perlu sensitif terhadap Melayu, tetapi Melayu tidak perlu sensitif terhadap perasaan bukan Melayu.

Dan apa yang lebih menakutkan ialah ini bukan pandangan segelintir Melayu. Ramai Melayu yang berfikiran demikian. Bagaimana harus kita membuatkan Melayu sedar yang orang lain hanya akan sensitif terhadap mereka jika mereka turut sensitif terhadap orang lain?

Ini sebabnya ada yang berperangai seperti ahli parlimen Kulim, Zulkifli Noordin. Beliau hanya berfikir tentang dirinya sendiri dan umat Islam. Yang bukan Islam tidak diendahkannya. Kepada orang seperti Zulkifli, orang bukan Islam tidak penting. Orang Islam boleh berkata sesuka hati mereka tentang agama lain – termasuk mengutuk agama lain. Tetapi jika orang beragama lain “menyindir”, “menghina”, “memperlekehkan Islam”, walaupun apa yang ditafsirkan sebagai “menghina” atau “memperlekehkan” suatu perkara yang subjektif, orang Islam mahu tindakan tegas diambil.

Melayu sering berkata, sebagai Islam, dan kerana Islam ialah agama yang cintakan keamanan, mereka bertoleransi terhadap agama lain, selagi yang bukan Islam jangan mengganggu Islam.

Kepada yang beragama Islam, ini mungkin sifat yang terpuji. Tetapi, tanya diri anda, mengapa yang beragama Islam terpaksa bertoleransi dengan agama lain? Tidakkah mereka sedar bahawa berkata demikian merupakan sesuatu penghinaan terhadap agama lain?

Mengapa bertoleransi? Bertoleransi bermaksud anda menganggap sesuatu isu itu menimbulkan masalah. Jika jiran anda membela anjing, dan anjingnya membuang tahi di laman anda, tetapi kerana itu jiran anda dan anda tidak mahu bergaduh, anda bertoleransi terhadap isu itu.

Tetapi Melayu sering berkata yang Islam bertoleransi terhadap agama lain tanpa menyedari itu satu pandangan yang sempit dan jumud.


Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad. Tetapi pandangan Khalid bukan pandangan beliau seorang sahaja. Ramai lagi pemimpin PAS termasuk Tok Guru Nik Aziz turut berpendapat demikian. Adakah Zulkifli Noordin juga akan membuat laporan polis terhadap Tok Guru?

Tok Guru telah menjemput lebit 200 pemimpin agama daripada pelbagai agama untuk makan bersama dalam apa yang boleh disifatkan sebagai sidang antara agama. Saya tahu Zulkifli Noordin menentang sidang antara agama. Beliau terlibat dalam demonstrasi di luar pejabat Majlis Peguam untuk membantah dialog di antara agama. Lebih lagi, beliau merempuh ke dalam perhimpunan itu dan mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman.

Tok Guru telah mengambil langkah ke arah perbincangan di antara agama, sesuatu yang dibantah Zulkifli Noordin. Adakah Zulkifli Noordin akan membuat laporan polis dan berdemonstrasi di hadapan rumah Tok Guru?

Tok Guru ialah seorang yang dilabel oleh Umno sebagai ketinggalan zaman, “Taliban”, ekstremis. Tetapi Tok Guru telah mempamerkan jauh lebih kematangan berbanding Zulkifli Noordin.

Melayu perlu merenungkan fakta ini. Sering kali, Melayu meluahkan kata-kata tanpa berfikir. Adakah apa yang diluahkan selama ini benar benar apa yang dalam fikiran mereka?

Apa yang akan Melayu lakukan jika kita mengharamkan penggunaan perkataan toleransi? Apa yang berlaku jika anda tidak boleh lagi berkata Islam bertoleransi terhadap agama lain?. Bagaimana anda meluahkan ayat tersebut tanpa menggunakan perkataan toleransi?

Fikir fikirkanlah.

sumber

Rabu, 27 Januari 2010

Adakah Nasib Baik Akan Sentiasa Menyebelahi Najib 1malaysia?.




Saya berani mengatakan bahawa Perdana Menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib sebenarnya hanyalah mempunyai nasib yang agak baik. Begitu juga dengan nasib Datuk Seri Zahid Hamidi. Seorang lagi penjawat awam iaitu Tan Sri Gani Patail - lagi-lagilah amat bernasib baik

Mengapa?. Saya berkata demikian adalah kerana mereka menjadi pemimpin dan penjawat awam di sebuah negara yang bernama Malaysia. Kerana mereka tidak menjadi pemimpin dan penjawat awam di negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika dan Swirtzeland. Di negara-negara tersebut, orang-orang seperti Najib, Zahid dan Gani Patail - kalaulah layak, mungkin hanya setakat menjadi ketua cawangan parti sahaja.

Kenyataan ini bukan hanyalah rekaan dan cubaan semata-mata kerana selama menjadi PM, Menteri dan Peguam Negara, apa yang telah mereka tunjukkan kepada rakyat hanyalah kualiti kepimpinan yang sama taraf dengan ketua cawangan parti, kalaupun tidak lebih buruk daripada itu.

Di Malaysia, dengan taraf kemajuan yang disebut sebagai negara dunia ke tiga, orang seperti Najib sudah dikira amat layak untuk menjadi pemimpin tertinggi negara dan disanjung sebegitu rupa sehingga kita sendiri dapat menyaksikan bagaimana tangannya dicium ‘seolah-olah sampai nak tercabut seluar' oleh kuli-kuli bawahan semata-mata kerana ingin membodek.

Di dalam situasi negara dunia ke tiga juga, kepintaran dan kecerdikkan seseorang pemimpin bukanlah aset utama untuk dilantik menjadi pemimpin. Di Malaysia khususnya, jawatan sebagai pemimpin itu datang terlebih dahulu berbanding kepintaran dan kecerdikkan pemimpin tersebut.

Anda merasa kurang jelas?. Begini sahajalah. Kita biasa mendengar persepsi rakyat yang mengatakan - sebagai contoh Datuk Seri Nazri Aziz adalah seorang Menteri sebab itulah dia seorang yang ‘cerdik'. Maksudnya jawatan itu yang datang dahulu dan kemudiannnya di sebabkan jawatan itulah, maka beliau dikaitkan sebagai seorang yang cerdik. Kalaulah beliau bukan seorang Menteri, adakah cerdik tersebut akan dikaitkan dengan beliau?. Dan didalam keadaan seseorang pemimpin itu diragui kecerdikkan dan kepintarannya - tiba-tiba menjadi Menteri, adakah kita dapat mengatakan bahawa kecerdikkan dan kepintaran yang dimilikinya adalah suatu yang asli dan bukannya palsu sebagaimana gigi palsu?. Nampak kuat tetapi dengan senang boleh tercabut?.

Ini boleh dibuktikan dengan isu ‘Allah' yang sedang berlaku. Perhatikan sahaja gelagat para pemimpin negara yang kelihatannya begitu gelabah menanganinya terutama Datuk Seri Hissamuddin Hussien. Ironinya, seluruh dunia sedang mentertawakan mereka termasuklah budak-budak sekolah rendah Uganda.

Keadaan ini adalah terbalik dengan negara-negara maju dan mengamalkan demokrasi yang tulen. Di negara-negara tersebut, cerdik dan pintar haruslah datang dahulu dan barulah layak dilantik sebagai pemimpin. Persepsi rakyat mereka mengatakan bahawa seseorang pemimpin itu adalah seorang yang cerdik dan pintar, maka disebabkan itulah dia adalah layak dipilih dan dilantik sebagai seorang Menteri. Kalaulah seseorang pemimpin itu bukan seorang menteri sekalipun, maka cerdik itu masih ada pada dirinya sebab masyarakat itu sendiri berjaya melahirkan individu yang cerdik dan pintar kerana pengamalan demokrasi yang tulen dan nampak tulen. Nampak bezanya bukan?.

Pendek cerita, di sebabkan kita mempunyai mentaliti masyarakat negara dunia ke tiga inilah terutamanya orang-orang UMNO yang secara langsung yang telah memilih mereka, maka orang-orang seperti Najib, Zahid Hamidi, Hissamuddin, Nazri Aziz dan Gani Patail berpeluang untuk menjadi pemimpin dan penjawat awam tertinggi negara.

Sebagai pemimpin negara, tanpa gagal - mereka sentiasa berpeluang dan berusaha untuk memperbodohkan rakyat apabila setiap kali isu timbul untuk menutup kesalahan di pihak kerajaan. Isu terbaru kehilangan enjin jet F5E yang membawa kepada penangkapan hanya 2 orang pegawai bawahan dan secara tiba-tiba pula kes sudah pun dianggap selesai?.

Adakah begitu mudah mereka menyelesaikan kes yang sebegini besar?. Ini bukanlah kes raba punggung yang boleh selesai dengan hanya sedikit ‘pampasan'!.

Apakah pegawai bawahan yang ditangkap itu telah tiba-tiba menjadi terlalu genius sehingga boleh memperdayakan pegawai atasan termasuklah Panglima TUDM? termasuklah Menteri Pertahan ketika itu?. Sehingga kecurian enjin yang hampir sebesar anak Lembu itu tidak diketahui oleh sesiapapun?. Mungkin inilah hasil 1Malaysia. Global dan Lokal menjadi Glokal. Enjin yang menjadi lokal dan dijual secara global. Apakah kita tidak mahu ‘berbangga' apabila enjin tersebut telah menjadi glokal?.

Sebab itulah, saya ingin mengatakan sekali lagi bahawa saya tidak pasti apakah nasib mereka berlima apabila sekiranya kes ini berlaku di Thailand ataupun Filipina dan ditakdirkan pula kesemuanya mereka ini menjadi pemimpin dan penjawat awam di sana. Di negara-negara tersebut, dengan satu isu sahaja, seseorang pemimpin sudah boleh jatuh, dipaksa untuk meletakkan jawatan dan tidak mempunyai harapan untuk naik lagi. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada Thaksin dan Joseph Estrada.

Malangnya disini, mereka masih mampu tergelak besar dan tidak perlu risau akan ada demonstrasi secara besar-besaran yang mahu menyuruh mereka meletakkan jawatan. Malah, mereka masih berdiri tegak didalam jawatan masing-masing tanpa rasa sedikit bersalah pun. Apakah mereka masih mempunyai maruah dan harga diri?. Saya amat yakin, majoriti ramai di antara rakyat Malaysia merasa amat malu mempunyai pemimpin seperti mereka termasuklah saya sendiri secara peribadi.

Saya juga tidaklah pasti, apakah gred Matematik yang Zahid perolehi didalam peperiksaan SPM beliau (atau yang setaraf dengannya) apabila sekejap menyatakan enjin jet tersebut berharga RM50 juta. Kemudian yang terbaru hanyalah RM300 ribu lebih sahaja.

Terlalu besar perbezaannya. Apakah beliau tahu mengira?. Kalau tidak tahu, anak saya yang berumur 6 tahun boleh tolong ajarkan. Dia ingat, apa sahaja yang beliau katakan itu, rakyat terus percaya?. Mungkin sahaja selepas ini beliau akan berkata pula sebenarnya enjin jet itu hanyalah berharga RM2 sahaja kerana telah diberi subsidi oleh Amerika kerana kita mempunyai hubungan yang sungguh istimewa dan intim dengan negara tersebut. Jadi tidaklah perlu risau sangat tentang kehilangan enjin tersebut. Haha.

Inilah hasil dan akibat mempunyai pemimpin yang sentiasa ingin membenggongkan rakyat. Sedikit masa lagi, kita akan menjadi lebih benggong apabila GST dilaksanakan, petrol naik, barang naik,cukai naik dan semuanya naik. Dan ketika itu perhatikan sahaja carta peratus kenaikkan orang sakit mental yang semakin bertambah akibat mempunyai pemimpin yang juga benggong malah langsung tidak mempunyai nilai integriti sedikitpun.

Namun sebenarnya, inilah yang membezakan mereka dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Karpal Singh, Saudara Lim Kit Siang dan Saudara Lim Guan Eng yang sedang mara menuju ke Putrajaya, InsyaAllah!.


sumber

PAS seru solat hajat untuk Kelantan dan Perak esok...





KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.

PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.

Selasa, 26 Januari 2010

sekali lagi tv 3 suku memfitnah ( tak makan saman)




Berita yang keluar di TV 3 kononnya seorang Pegawai Khas Hj Nizar ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas Hj Nizar dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

Sejak petang semalam sehingga hari ini, saya menerima panggilan talipon dan mesej bertanyakan hal tersebut,


saya semak semua pegawai-pegawai khasnya dan bekas pegawai-pegawai khasnya. Saya dapati tidak ada seorang pun yang ditahan atau dihubungi oleh pihak SPRM mahupun polis.

Dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat. Sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Hj Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada YB Dato' Seri Hj Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya. Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM. Berita yang keluar di TV3 malam tadi cukup memalukan. Berita ini telah menjejaskan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, YB Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.


Oleh Misbahul Munir

Kerajaan Klate lebih' pandai 'urus hsrta rakyat dari BN yg pandai rasuah..



KETEREH, 26 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pimpinan kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat termasuk hasil royalti berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan kerajaan Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, yang mendakwa Kerajaan Pusat enggan menyerahkan royalti kerana dibimbangi kerajaan negeri tidak pandai mengurus.

Pada masa yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu juga bimbang, Kelantan akan menggunakan royalti untuk kegunaan politik.

Menurut Nik Abdul Aziz, beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu dan Perak didapati runtuh, sama ada jambatan, masjid dan sebagainya akibat tidak pandai mengurus di samping berlakunya amalan rasuah.

“Alhamdulillah, setakat ini pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk jambatan tidak pernah runtuh, malah jambatan berdekatan rumah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar jauh lebih rendah berbanding harga asal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan rasmi ke Kolej Yayasan Islam Kelantan, Kok Lanas, dekat sini, semalam.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Yik, Ahmad Robert Abdul Rahim, pegawai-pegawai Yik.

Sambungnya, sebaliknya jambatan yang terletak di Kampung Beris Jambu yang dilaksanakan oleh kerajaan BN hanya panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tambah Tuan Guru lagi, pemimpin kerajaan Pusat jangan ‘perasan’ mendakwa hanya mereka pandai mengurus wang rakyat sehingga berasa bimbang hasil royalti digunakan untuk tujuan politik.

Menurutnya, Kelantan sebagaimana juga negeri lain mempunyai Raja, Dewan Undangan Negeri, rakyat malah mempunyai kerajaannya sendiri, namun kenapa ianya harus disalurkan sesuka hati.

“Apakah kerajaan Kelantan tidak mempunyai Raja, atau kerajaan Kelantan tidak sah serta tiada undang-undang, apa ni… insya Allah, rakyat yang tak puas hati akan mengambil keputusan yang di luar jangkaan terhadap mereka,”ujarnya lagi.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah mempolitikkan soal royalti, sebaliknya pemimpin kerajaan Pusat yang bertindak sedemikian hingga menafikan hak kerajaan negeri.

“Kalau minyak keluar dari pantai Terengganu, tak payah undang-undang untuk menyekat daripada minyak mari (datang) ke Kelantan, tetapi bila minyak keluar daripada perut Kelantan, kenapa pula perlu membuat undang-undang?

“Jawabnya tiada lain hanya untuk menyekat kuasa politik kerajaan Kelantan bagi mendapatkan hak royaltinya, namun apabila hasil minyak keluar dari negeri ini, nak buat undang-undang, tidakkah itu membuktikan kerajaan Pusat telah bermain politik?”soalnya lagi.

Katanya, kerajaan Pusat terlebih dahulu berpolitik berbanding dengan PAS di Kelantan.

Tuan Guru sekali lagi menegaskan, kerajaan negeri tidak sekali-kali akan menerima wang ehsan apa lagi sekiranya disalurkan pada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Isnin, 25 Januari 2010

9 Anggota Ikhwan Ditangkap

Sumber-sumber keamanan Mesir di kota Mansura ibukota delta Nil, melaporkan bahawa pihak keamanan pada hari Ahad kemarin (24/1) telah menahan sembilan anggota Ikhwanul Muslimin di daerah tersebut.

Dan hal ini merupakan penangkapan pertama terhadap anggota Ikhwan di bawah kepemimpinan baru Ikhwan - Dr.Muhammad Badi (67 tahun) menggantikan Muhammad Mahdi Akif yang merupakan Mursyid 'Am Ikhwan ke 7 yang telah berakhir masa jawatannya pada tanggal 13/1 2010 lalu.

Seorang sumber keamanan mengatakan bahawa di antara yang ditangkap, terdapat Abdul Muhsin Kamhawi yang merupakan salah seorang calon anggota Majlis Syura Ikhwan tahun 2007. Polisi juga menggeledah rumah para anggota Ikhwan, menyita komputer, CD dan risalah-risalah Ikhwan.

Ikhwan menyatakan pasukan polis menggerebek rumah anggota mereka yang ditahan, pada waktu subuh. Sumber Ikhwan mengatakan bahawa penahanan anggota Ikhwan tersebut ditujukan untuk menggagalkan kempen salah seorang calon Ikhwan dalam pilihanraya parlimen di "Aja", yang akan berlangsung bulan depan.

Sebelumnya kementerian dalam negeri Mesir telah membatalkan kemenangan calon Ikhwan yang bernama Husain Sab'a di daerah pemilihan tersebut.

Sejak pilihanraya 2005, pihak berkuasa Mesir telah menahan ribuan anggota Ikhwan, dan terkadang ditahan dalam waktu yang cukup lama, yang oleh beberapa pengamat menyatakan bahwa hal tersebut dilakukan oleh rejim Mubarak untuk mencegah melebarnya pengaruh Ikhwan di kalangan pemilih.

Ikhwanul Muslimin sendiri secara rasmi telah dilarang sejak tahun 1954, namun pemerintah mengizinkan mereka untuk ikut pilihanraya dengan membawa bendera parti bebas.

Jemaah Ikhwan telah muncul sebagai opisisi terkuat dalam pilihanraya Mesir sejak revolusi pada Julai 1952, dengan memperoleh hampir seperlima dari kerusi parlimen dalam pilihanraya legislatif terakhir yang diadakan pada tahun 2005, dengan maju mencalonkan calon mereka membawa bendera independen.(fq/iol)




ooops ROSMAH berpeluk lagi ?

Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.
Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.

Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.

Adakah tidak cukup dengan hanya mungkin menjabat tangan mengucapkan tahniah? Kenapakah perlu dipeluk anak muda ini? Adakah ini contoh yang boleh diikuti oleh anak didik Permata Negara? Pasti media massa utama tidak menyiarkan foto ini demi untuk menjaga air muka Penaung Pertama dan suaminya.

Justeru itu nasihat saya, berpada-padalah dalan meraikan kejayaan. Cukuplah hanya segelintir artis menjadikan peluk memeluk ini sebagai budaya. Jangan ia juga menjadi budaya di kalangan pemimpin tertinggi negara apatah lagi di kalangan rakyat jelata.

Yang beringat


SUMBER

Nik Aziz Nafi Rumah Kelantan Di Kuala Lumpur Dijual




"Umno jelas tiada modal yang kukuh untuk memfitnah Kerajaan Kelantan. Amat memalukan kerana Umno beria-ria nak pertikaikan pembangunan yang dibuat atas tapak kediaman rasmi Kerajaan neger-Rumah Kelantan di Kuala Lumpur. Umno lupa merekalah sebenarnya yang suka menjual hartanah Kerajaan dan milik rakyat.

Lihat sahaja kes tapak tanah Sri Hartamas yang sudah digadai dan belum ada galang gantinya sampai hari ini. Pemimpin Umno hanya tahu menafikan, sedangkan jelas mereka terlibat dalam penjualan tanah itu setelah sekian lama berkuasa di Kuala Lumpur."


Nik Aziz Nafi Rumah Kelantan Di Kuala Lumpur Dijual

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri telah menjual Rumah Kelantan, di Kuala Lumpur bagi menampung kos pengurusan kerajaan negeri itu seperti didakwa oleh Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, kata beliau, bangunan yang terletak di Jalan Conlay itu hanya akan dimajukan oleh sebuah syarikat di ibu negara dan kerajaan negeri mempunyai kepentingan dalam projek membangunankan semula bangunan itu. “Rumah Kelantan itu sebenarnya tidak dijual, tetapi akan didevelopkan (dimajukan) semula oleh sebuah syarikat dan kerajaan mempunyai kepentingan dalam projek itu,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan anggota Parlimen Kapar, Selangor di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Hadir sama anggota Parlimen kawasan itu, S.Manikavasagam dan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kapar, Meru, Mohd Bakir Abdul Wahab.

Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri bercakap kepada pemberita semalam mendakwa bahawa Rumah Kelantan yang terletak atas sebidang tanah kurnia di Jalan Conlay, telah dijual kepada seorang pengusaha tempatan.

“Ini antara beberapa bidang tanah dan harta rakyat yang dijual oleh kerajaan Pas Kelantan sejak parti itu memerintah hampir 20 tahun lalu,” kata Mohd Fatmi.

Mengulas isu itu Nik Aziz berkata perkara itu telah diputuskan oleh mesyuarat Exco sebelum ini dan bukan dibuat oleh seorang anggota Exco seperti yang didakwa.

Ditanya mengenai cadangan Exco Kanan Negeri, Datuk Husam Musa supaya Menteri Besar itu menyiasat pihak yang membocorkan mesyuarat Exco berhubung keputusan kerajaan negeri membayar balik kepada Syarikat Sensa Timur bagi projek pembinaan kompleks Bazar Tok Guru, Nik Aziz berkata: “Saya tidak bercadang untuk menyiasat perkara itu, kerana saya menyerahkan kepercayaan kepada pegawai saya. Saya meletakkan sangkaan baik kepada orang-orang di bawah saya,” katanya.

Pembayaran balik itu dikatakan menyebabkan kerajaan menanggung rugi.

Menurut Nik Aziz, beliau tidak nampak kemelut yang berlaku dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media sejak kebelakangan ini. “Apa yang ditimbulkan itu ialah oleh musuh yang ingin mengkhianati parti dan mahu melihat perpecahan berlaku dalam PAS,” katanya. – BERNAMA

sumber

Khamis, 21 Januari 2010

* PerakEx PRESS * PerakEx Top Blogs Konspirasi SPR-BN di Perak



Dalam siri “Siapa Aku” dulu, aku pernah tulis tentang macam mana aku pernah jadi ‘konsultan’ macam mana nak memenangkan sesuatu calon itu dengan mengunakan strategi ‘pindah undi’.

Bila aku bagi tau kat petugas PKR atau PAS tentang macam mana ianya dilakukan, depa bukan nak percaya apa yang aku cakap…sebaliknya depa kata aku SB. Bila bukan musim pilihanraya…semua dok kalut dengan ceramah dan makan malam…cari duit. Bila tiba musim pilihanraya…baru kelam kabut…bila nama pengundi-pengundi dah hilang atau dipindahkan. Baru ada akai! Puluh kali aku dok kata SPR memang kaki belit..hangpa tak mau percaya.

Hari ini aku ada contoh yang cukup baik macam mana Umno buat kerja dengan bantuan SPR. Begitu jugak kesilapan Pas dalam strategi kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

DUN N36 Pengkalan Baru dalam Parlimen P68 Beruas bersempadan dengan DUN N15 Trong dalam Parlimen P59 Bukit Gantang.

bruas

Daerah Mengundi (DM) N36/08 Ulu Bruas dalam DUN Pengkalan Baru bersempadan dengan Daerah Mengundi (DM) N15/13 Batu Hampar dalam DUN Trong.

Pengundi-pengundi di Kampong Padang Serai dan Batu Hampar menjadi pengundi cacamarba. Ada yang mengundi di DUN Pengkalan Baru dan ada yang mengundi di DUN Trong.

DUN Trong adalah kerusi tradisi Pas. Manakala DUN Pengkalan Baru bertukar tangan sejak tiga pilihanraya yang lepas. Tahun 99, Pas bertanding di Pengkalan Baru. Bila Pas bertanding, orang PKR merajuk. Akhirnya BN menang.

Tahun 2004, PKR pula bertanding di Pengkalan Baru. Bila PKR bertanding, Pas merajuk. Akhirnya BN menang. Bukan setakat itu, ada pengundi PAS Pengkalan Baru yang berpindah tempat mengundi ke Trong selepas 2004 kerana merasakan bahawa kerusi Pengkalan Baru akan kekal ditangan PKR. Lebih baik mengundi calon Pas di Trong daripada mengundi calon PKR di Pengkalan Baru.

Tahun 2008, Pas pula bertanding. Bila Pas bertanding, PKR pula merajuk. Bukan setakat calon PAS tak dapat undi dari orang PKR, malah PAS juga kehilangan pengundinya yang telah berpindah ke Trong. Akhirnya calon PAS tewas dengan 14 undi.

Itu cerita PAS dan PKR. Kalau hangpa tak mau berpakat…mampuih pi la.

Ini cerita orang Umno pulak.

Dalam pilihanraya 2008, BN mendapat 5375 undi dan PAS mendapat 5361 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN hanyalah 14 undi. Kata orang Perak…cupui.

BN tahu…kedudukan ini tak selamat. Oleh itu, sokongan terhadap BN perlu ditingkatkan manakala sokongan terhadap Pas perlu dikurangkan. Salah satu caranya ialah dengan menambah pengundi BN dan menyingkir pengundi PAS.

Sekiranya 50 pengundi PAS dapat disingkirkan dari Pengkalan Baru, maka BN akan mendapat 64 undi majoriti. Dan kalau 50 pengundi BN dapat dimasukkan kedalam DUN Pengkalan Baru, majoriti akan meningkat kepada 114 undi. Tak susah buat kerja ini….tak payah merayu undi, tak payah gantung poster…tak payah buat ceramah.

Cuma pindahkan pengundi dengan bantuan SPR. Dan kawasan-kawasan tumpuan adalah kawasan-kawasan yang bersempadan.

Dalam pilihanraya 2008, Pas mendapat 127 undi di Daerah Mengundi Ulu Bruas. Kampong Padang Serai dan Batu Hampar terletak ditengah sempadan Pengkalan Baru dan Trong. Kalau dicampakkan 50 pengundi-pengundi PAS dari kampong ini ke DUN Trong, sekurang-kurangnya dapat membantu Hamdi untuk menang dalam pilihanraya akan datang.

50 orang Pas yang dicampakkan ke DUN Trong tidak memberikan kesan besar kepada Calon BN di Trong kerana mereka mendapat majoriti selesa dalam pilihanraya lepas. Tetapi memberikan kesan besar kepada calon BN di Pengkalan Baru.

Itu cerita bagaimana nak pindahkan pengundi. Tapi sekarang SPR bukan sahaja memindahkan pengundi, malah kampung pun boleh dipindahkan!! Tak perlu pindah sorang-sorang….pindah satu kampung kalau dikenali kampung itu menyokong Pakatan. Dan mereka lakukan bila dah dekat dengan pilihanraya. Tak ada masa nak perbetulkan kesilapan. Ini contohnya.

first-quarter-091

Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.

second-quarter-20091

Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.

third-quarter-2009

Dalam semakan Daftar Pemilih Suku Tahun Ketiga 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih lagi didalam DUN Pengkalan Baru.

fourth-quarter-2009

Tetapi dalam bulan Disember 2009….Kampung Padang Serai dan Batu Hampar telah hilang!!! Pi mana? Semua pengundi dikedua-dua kampung ini telah dipindahkan ke DUN Trong dalam Parlimen Bukit Gantang. Ada kat sini.

trong

Bila perkara ini dibuat pada saat akhir sebelum mengundi, ramai pengundi di kedua-dua kampung ini akan keliru. Pasai apa setiap kali mengundi…depa mengundi di Pengkalan Baru, tapi tiba-tiba dalam pilihanraya akan datang ini, depa kena mengundi di DUN Trong?

Aku boleh cerita macam-macam tentang strategi BN untuk menang dengan menggunakan SPR ataupun Jabatan Pendaftaran Negara…tapi apa guna kalau Pakatan sendiri tak mau buat kerja.

Berapa ramai ahli PKR yang tak mengundi? Mengejutkan.

Team UREKA membuat sedikit kajian rambang. Nak buat macam Merdeka Center tak ada duit. Lagi pun kami buat selepas kerja.

Dari 466 ahli PKR disatu kawasan Parlimen, (aku tak mau sebut kat mana…) hanya 198 yang mengundi dikawasan tersebut. 96 tidak mendaftar ataupun nama mereka tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Manakala selebihnya mengundi di tempat lain. Macam mana nak menang? Hangpa buat la GEGAR ka…LANGGAR ka…Ceramah Perdana ka….tapi kalau ahli sendiri tak mengundi…nak menang macam mana?

Tunggu…lepas ni aku nak cerita macam mana SPR permainkan pengundi di Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

sumber

SPR mengarut lagi...

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.

"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.

"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.

Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.

"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.

brigedakhdor: nampaknya BN semakin terdesak dan sekali lagi ingin menambahkan kebusukan SPR..yg sekarang masih blm dpt mmberi keyakinan pada rakyat .Ini akan menambah kemarahan rakyat kerana dgn menambah udi pos kuasa undi rakyat makin tidak bernilai kerana SPR belum lagi mambuktikan badan tersebut bebas.undi pos yang ader skg pun diragui ..inilah talian hayat Bn sterusnya utk terus mempertahankan kuasa mereka yg semakin terhakis ..

Rabu, 20 Januari 2010

berapa gaji PM,TPM DAN MENTERI KABINET?




Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia



asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan


sumber

inilah dia mursyidul am ikhwanul muslimin yang baru...




Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).

Selasa, 19 Januari 2010

Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.


Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1



Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Isnin, 18 Januari 2010

BERLAKU ADIL DENGAN ALLAH?



Islam menyuruh manusia berlaku adil. Jika terhadap binatang pun, wajib manusia berlaku adil, inikan pula terhadap sesame manusia, waima mereka yang tidak beragama Islam.

Berlaku adil ini, wajib juga dilakukan terhadap Allah. cara berlaku adil terhadap Allah adalah dengan melaksanakan segala perintah Allah. untuk mengetahui segala perintah Allah, tidak dapat tidak, perlu merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Nabi SAW menyuruh manusia berlaku adil kepada sesame manusia, maka itu juga adalah berlaku adil terhadap Allah. melakukan kezaliman terhadap manusia, merupakan tindakan yang menzalimi Allah SWT.

Waima manusia melakukan zalim terhadap Allah, hakikatnya tidak mengurangkan darjat ketuhanan Allah. pun begitu, perlu berhati-hati kerana Allah amat murka mereka mereka yang tidak menunaikan perintahnya; seperti tidak melakukan keadilan


Ahad, 17 Januari 2010

CETUSAN HATI: Husam Musa Ulas Isu Bazar,Maklumat Bocor Dan Serangan Peribadi Blog


Cerita Bazar
Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.

Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.

Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.

Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.

Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.
lebih lanjut klik tajuk diatas

Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?

Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.

Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.

Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?

Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.

Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.

Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.

Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.

Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

Tapi itu bukan kerja baru.

Islam telah mengajar semua itu.

Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.

Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.

Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.

Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.

sumber

Sabtu, 16 Januari 2010

Peringatan:janganlah cenderung pada pemerintah yang zalim


Semua umat Islam yang beriman tahu dan faham bahawa ibu atau kunci kepada segala kezaliman ialah dengan menolak syariat Allah sebagai perundangan tertinggi dalam sesebuah Negara yakni melakukan syirik terhadap Allah. Namun begitu kezaliman dizaman mutaakhir ini dilihat sebagai satu kebaikan dan kebaikan dan kebenaran itu pula dilihat sebagai satu keganasan, pelampau dan zalim.
Mengapa terjadi begini? Ini tidak lain apabila manusia secara terang-terang kufur dan ingkar kepada enam rukun iman yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka terima rukun Islam yang lima malahan bersungguh-sungguh melakukan solat wajib dan berpuluh-puluh rakaat solat sunat, pergi umrah dan haji setiap tahun tetapi ingkar dengan rukun iman. Ingatlah, ingkar kepada salah satu sahaja dari rukun iman boleh membawa kepada murtad.

Apabila kezaliman pemerintah sudah sampai ketahap yang melampau dan keterlaluan seperti yang berlaku sekarang ini, maka rakyat tiada pilihan melainkan bangkit meluahkan perasaan melalui perhimpunan dan demontrasi, ini sajalah cara terbaik dari melakukan tindakan yang lebih kasar. Ingatlah menentang pemerintah yang zalim adalah salah satu tuntutan agama. Oleh kerana kezlaiman sudah menjadi sebati dengan pemerintah dan penyokongnya, maka dihalakan kepada rakyat yang bangkit bersuara kononya rakyat derhaka kepada Raja sedangkan Raja tidak ada kena mengena dengan demontrasi rakyat ini. Yang rakyat tentang ialah pemerintah yang zalim, yang menindas rakyat, menipu, rasuah, merampas harta rakyat secara paksa. Jika diteliti, sebenarnya pemerintah atau kerajaan lah yang terlebih dahulu derhaka kepada rakyat dengan mengkhianati amanah rakyat, mungkir janji dan pembohong.

Lebih malang lagi apabila adanya ulama-ulama pengampu sentiasa berada disekeliling mereka ini seperti ayam kebuluran mengharapkan perut diisi dan poket sentiasa penuh. Mereka bersama pemerintah bukan untuk membetul atau menegur pemerintah tapi mereka pula yang berjaya disesatkan dengan jawatan dan gaji beribu-ribu itu., Mereka sanggup tinggalkan jawatan kerana mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat yang pasti akan mendapat pulangan yang lumayan sehingga sanggup bersubahat menipu dalam pilihanraya untuk mencapai kemenangan.Ingatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu majah “Ulama jahat ialah mereka yang datang menyembah, mengampu dan bekerja dengan pemerintah dan pemerintah yang baik ialah yang merujuk kepada ulama”. Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim pula menyebut “kecelakaan umatku adalah kerana ulama Su’ (ulama jahat)”
ADA LAGI... SILA KLIK TAJUK DI ATAS.

Pemimpin-pemimpin mereka berapi-api cakap pasal Islam depan penyokong taksub mereka sedangkan isteri dan anak-anak perempuan mereka pun tidak mampu menutup aurat. Sedangkan Allah memberi jaminan mana-mana wanita yang mendedahkan aurat tempatnya neraka dan suami atau bapa-bapa mereka juga akan masuk sama. Mereka sibuk ajar rakyat dan anak-anak puak mereka kononya biar celik Al Quran, cepat khatam, pandai baca. Apa gunanya jika dalam masa yang sama arahan, peraturan, undang-undang dan perintah yang terkandung di dalamnya di seleweng, diingkar dan dihina. Munafiklah ini namanya.

Mereka ini berusaha menyekat apa saja ajaran islam yang disampaikan oleh pejuang atau pendahwah Islam yang berpandukan dari Al Quran dan Hadis atas konon memecahbelahkan rakyat dan bercanggah dengan dasar kerajaan. Rakayt disekat dan dihalang dari mendapat ilmu Allah yang tepat. Benarlah firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 61“marilah tunduk kepada hukum-hukum Allah dan ajaran Rasul, nescaya kamu akan melihat golongan Munafik itu akan menghalang kamu dengan sekeras-kerasnya”. Mengapa terjadi begini? Kerana tidak lain terlalu patuh dan taat kepada penjajah dan kahirnya Allah butakan hati-hati mereka kepada kebenaran. Firman Allah dalam Surah Al Hajj ayat 46 “sesungguhnya bukan mata mereka yang buta, tetapi hati-hati mereka yang buta”. Mereka membantu rakyat bukan kerana tanggunjawab tetapi untuk merasuah rakyat agar terus menyokong mereka walaupun berbagai bentuk kezaliman yang mereka lakukan. Ingatlah amaran Allah dalam Surah Yasin ayat 21“ikutlah orang-orang yang tiada meminta balasan, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk”. Mereka ini mengatakan yang mereka juga dirikan masjid (ketua munafik zama Nabi dulu juga solat dan buat masjid, Cuma beliau tak sempat bina masjid kristal saja), buat maahad tahfiz, adakan musabaqoh Quran (Abu jahal dan Abu lahab tak marah Nabi dan sahabatnya baca Quran, yang mereka tentang bila Nabi nak laksanakan syariat Allah berdasarkan Quran) tiap-tiap tahun, Bantu rakyat tapi mereka jugalah yang mendirikan kilang arak, tempat judi, tipu harta rakyat, rasuah,tampas harta/tanah rakyat secara paksa dan berbagai kezaliman lagi. Mereka campuradukan antara yang hak dan yang batil. Firman Allah dalam Surah Al baqarah ayat 42 “ jangan kamu campuradukan yang hak dan yang bathil dan jangan kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”. Mereka ini izinkan pendakwah atau ustaz-ustaz menyampaikan dakwah di masjid dengan kebernaran dari mereka, mesti ada tauliah. Ajaran mesti tidak bercanggah dengan dasar mereka sedangkan dasar mereka adalah dari sakibaki peninggalan penjajah. Mereka ambil apa yang sesuai dengan perjuangan mereka dan buang yang mana dirasakan menggugat kedudukan, kuasa dan harta mereka. Allah telah menyatakan dalam surah Al baqarah ayat 85 “apakah kamu mengambil sebahagian dari isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi mereka ini melainkan akan dicampakan ke dalam azab yang pedih”.


Yang jelas pemerintah atau kerajaan kita yang ada sekarang wajib di jatuhkan jika umat Islam sayangkan agama mereka, Negara mereka dan aqidah mereka. Kutukan dan laknat serta malapetaka yang Allah turunkan sekarang ini sepatutnya sudah menyedarkan umat Islam, tetapi disebabkan hati buta, tiada hidayah, mereka masih kekal dengan amalan kosong dan ibadah sia-sia mereka itu. Kuasa yang mereka terus perolehi walaupun secara zalim itu menjelaskan lagi bahawa pemimpin atau kerajaan kita sekarang sebenarnya berada dalam “Istidroj”. Itulah sebabnya mereka menolak syariat Allah sebagai dasar perundungan dan perlembagaan negara kerana ia akan menghalang mereka untuk melakukan kezaliman.Hayatilahlah sebuah Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabroni yang bermaksud “ Sekiranya engkau melihat Allah memberi nikmat (kuasa, harta dan sebagainya) kepada sesuatu golongan yang zalim itu, ketahuilah bahawa mereka sedang disiksa/disesatkan sedikit demi sedikit oleh Allah (yakni Istidroj)”. Fahamilah ajaran nabi yang sebenar dan dalamilah ilmu aqidah yang betul dan tepat. Jangan menyesal ketika mengadap Allah kelak.

Hayatilah antara peringatan dari Imam Ghazali ini:
Jangan kamu bergaul dengan pemimpin atau golongan yang zalim malah jangan kamu bertemu dengan mereka. Bwerjumapa dan bertemu dengan mereka banyak padahnya. Dan jangan sekali-kali kamu memuji mereka kerana Allah sangat murka orang fasik (zalim) dipuji dan mendoakan panjang umur mereka bermakna kamu suka Allah didurhaki di muka buki ini. Janagan kamu menerima apa-apa pemberian mereka walaupun ia dari sumber yang halal kerana ia akan merosakan agama dan dari situ akan timbul simpati kamu kepada mereka dan akan kamu akan menjaga kepentingan mereka dan akan berdiam diri di atas segala kezaliman yang mereka lakukan. Sekiranay kamu mendoakan agar mereka kekal berkuasa adalah sama seperti kamu mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas golongan yang lemah.” Seterusnya dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam hala “bahaya lidah”. Imam ghazali ada menyatakan bahawa “ mendedahkan kezaliman, kemungkaran pembesar atau pemimpin kepada umum adalah terkeluar dari takrif mengumpat malahan ianya diharuskan bagi menyelamat umat manusia dari terus bersekongkol dan bersubahat dengan kerja keji dan zalim itu.


Benarlah kata Nabi bahawa di akhir zaman kelak Orang zalim dipandang mulia dan baik, manakala orang baik dan beriman dipandang jahat dan dihina. Sabda Nabi ini bertepatand engan firman Allah Surah Al Hijr ayat 39 “Iblis telah berjanji akan menjadikan dan kemungkaran (kezaliman) itu nampak baik dan selesa pada pandangan manusia yang berjaya disesatkanya”.. Yang pasti dan jelas setelah 50 tahun Negara merdeka, 50 tahun jugalah UMNO berada dalam keadaan syirik, sesat dan zalim termasuklah sesiapa yang menyokong dan mempertahankan UMNO samada mereka itu mufti, ustaz, orang alim, tok guru atau sesiapa saja sama saja. Yang pasti puak ni dah termasuk dalam 72 golongan yang Nabi sebut akan ke neraka kelak, kerana apa yang Nabi dan Allah kata semua tak betul belaka bagi puak ni, dia ubah sesuka hati ikut selera mereka seperti kaum Yahudi dulu, itu sebabnya Yahudi menyokong islam hadari mereka itu. Golongan beginikah yang Nabi akan ngaku umatnya di akhirat kelak? Golongan ginikah yang Allah akan ngaku sebagai hambanya yang bertakwa dan beriman di akhirat kelak? Jauh panggang dari api. Jangan mimpilah.

Ingatlah amaran Allah, bahawa manusia akan dibangkitkan diakhirat mengikut siapa pemimpin yang mereka pilih semasa di dunia dulu, jika pemimpin yang dipilih dari kalangan yang zalim, mereka akan dibangkit bersama mereka dan dihumbankan ke dalam nereka bersama-sama. Lupakah kita cerita dalam Quran bagaimana pengikut dan pemimpin bergaduh did pan Allah kelak? Dia kata dia menipu dan pemimpin pula kata pengikutnya yang bodoh kerana dah tahu mereka zalim, khianat dan tak ikut Islam dalam memerintah, mengapa sokong juga? Akhirnya pemimpin dan pengikut Allah campakan ke neraka bersama-sama ulama-ulama jahat, tok guru jahat dan ustaz jahat mereka.
Wallahualam.

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi