Khamis, 7 Januari 2010

Kenyataan presiden PAS pula disongsangkan media umngok!!!



Kenyataan berdasarkan prinsip Islam bukan kerana keputusan mahkamah - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar."

Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010

Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk.

Dalam para keempat ianya ditulis sebagai : “In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”.

Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald. PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.

Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiusaha Politik Presiden PAS
6 Januari 2010

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sekarang sudah jelas lg bersuluh .
Tapi peristiwa ini sepatut jadi pengajaran kpd pemimpin -pemimpin pas,berhati-hati apabila buat kenyataan dlm media,takut terjerat dgn perangkap musuh.
heraldmalaysia.com pun sudah manipulasi kenyataan ni.
tgk sini.
http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/Nik-Aziz:-Non-Muslims-can-use-%E2%80%98Allah%E2%80%99/3703-2-1

ibnu sidek berkata...

Salam Sheik, sebenarnya apa yang terjadi sekarang hanya perangkap umno untuk menjadi herokepada rakyat dimana apa yan berlaku sekarang sudah ada skripnya. Perancangan yang teliti oleh umno untuk menjadikan isu ini meletup dan mereka akan bangkit kononnya memperjuangkan islam hanya kerana perjuangkan keputusan mahkamah sedangkan mereka lupa hakim mana yang membuat keputusan itu, Hakimnya bukan islam sedangkan hakim yang beragama islam lebih ramai, tapi kenapa umno tidak arahkan hakim islam yang menghakimi kes tersebut, sebabnya inilah kehendak mereka untuk menjadikan apa yang mereka laungkan 'umno dihati rakyat ke apa? entah apa-apa lah', nanti ana ulas dalam blog ana dengan lebih jelas lagi bagaimana umno memainkan peranan penting dalam kes ini untuk menutup kes yang lebih besar lagi seperti kehilangan injin jet dan juga kenaikan harga gula...wassalam

Ayid berkata...

Salam sahabat

Kita perlu tanya pada UMNO, jika mereka cintakan Islam, mengapa mereka tutup SAR, mengapa hilangkan tulisan jawi. Mengapa mereka tidak mempertahankan kes budak Pakai Serban yang di buang Sekolah dulu.
Kini mereka mahu jadi hero, untuk mempertahankan kalimah allah. Kini mereka memasang perangkap. Kita tengok siapa yang akan masuk perangkap nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi