Saya baru selesai menonton rancangan Soal Jawab di TV3 yang menampilkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamudin Hussain. Isu yang dibincangkan ialah mengenai keselamatan negara hari ini berikutan kes kebakaran beberapa gereja. Rancangan satu jam ini dihoskan oleh seorang wartawan veteran, Ahmad A.Talib.
Saya tidak tahu apa yang menariknya rancangan ini. Saya juga tidak ingat sangat apa yang dibincangkan. Cuma salah satu yang saya ingat ialah apabila Ahmad bertanya selamatkah jika dia keluar minum teh tarik jam 2 atau 3 pagi? Soalan itu saya ingat, sebab ia soalan yang sangat bodoh. He..he...tak kan Menteri nak jawab: jangan keluar malam, keselamatan tak terjamin!
Satu lagi bila Ahmad katakan dia menasihatkan anak-anaknya supaya jangan keluar malam (kerana takut ditimpa bencana). Itupun kenyataan bodoh, kerana saya tidak fikir generasi kini suka bikin huru-hara, kecuali orang parti "itu".
Saya rasa macam tidak ada apa-apa maklumat terbaru yang boleh saya kutip dari soal jawab yang berlaku secara sangat mendatar itu. Ia benar-benar seperti rancangan "Berbalas Pantun" yang pernah popular di radio dahulu yang teksnya telah disediakan terlebih dahulu. Ahmad tanya, Hishamuddin jawab. Jawapan sama seperti yang pernah keluar dari mulut menteri yang sama sebelum ini.
Walaupun cuaca di luar panas, isu penggunaan nama Allah dan kebakaran gereja juga panas, tapi rancangan itu tiada panas seperti yang diduga sebelumnya. Soalan yang tiada power dan jawapan berbentuk propaganda yang tiada power.Soal jawab yang tidak jawab apa-apa!!
Saya agak menyesal kerana terperosok di depan TV selama sejam mengikuti rancangan itu. Bagi kaki memancing, keluar memancing lagi baik, dapat juga ikan. Duduk depan TV hanya dapat mengantuk saja.pandikar gunung kriang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan