Rabu, 6 Januari 2010

Kalimah ‘Allah’: 1Tuhan, 1Ummah, bukan 1Malaysia


Isu penggunaan kalimah Allah tiba-tiba sahaja gempar. Pemimpin UMNO yang tak pernah sokong hukum hudud yang Allah turunkan itu nampak konon-kononnya lebih kuat takbirnya dari pemimpin PAS. Saya setuju dengan kenyataan media Presiden PAS. Saya juga setuju bahawa ada isu lain yang lebih besar dari isu penggunaan kalimah Allah sahaja. Pertahan nama Allah, hukum Allah bagaimana?

Akta murtad terutamanya tidak didaulatkan. Presiden PAS pernah usulkan perkara ini lama dahulu dalam Parlimen, tapi ditolak oleh Parlimen yang dikuasai pemimpin UMNO/BN. Sedangkan akta berkaitan murtad cukup penting untuk menghalang umat Islam senang-senang keluar dari Islam.

Riddah atau keluar Islam bererti menghina Allah. Selepas mengucap dan mengaku keesaan Allah, berjanji setia dengan Allah tentang ketuhananNya yang esa, kemudian keluar. Ia lebih besar dari hanya menggunakan kalimah Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah berlaku di zaman Najib jadi PM. Hanya sibuk dengan 1Malaysia, Salam 1Malaysia, Tarian 1Malaysia, Semangat Hijrah pun kononnya tepati 1Malaysia, Saham 1Malaysia dan segala-galanya 1Malaysia. Hingga keluarnegeri diwar-warkan 1Rantau, 1Dunia. Ia promosi paling baik untuk Najib menonjolkan dirinya ada kelainan dari pemimpin sebelumnya.

Najib orang Islam, mengucap 2 kalimah syahadah, diberi amanah memimpin Malaysia, tetapi tidak ada peranan sebagai orang Islam mengajak manusia beriman kepada 1 Tuhan dan 1 ummah.

1Tuhan ialah asas aqidah paling penting. Itulah seruan para Nabi menyeru kaum masing-masing. Ia tidak bermakna memaksa penganut agama lain masuk Islam tetapi menggunakan peluang menjadi PM mengajak manusia untuk selamat dunia akhirat.

1Ummah tidak bermakna semua kaum mesti membuat pembedahan plastik dan menjadi Melayu tetapi konsep 1Ummah lebih adil dari gagasan 1Malaysia.

Ada juga yang menganggap isu ini bertujuan memadamkan isu lain yang sepatutnya menjadikan Najib yang pernah menjadi Menteri Pertahanan didesak letak jawatan kerana kehilangan enjin jet berlaku di zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan. Isu keselamatan negara cukup lemah di bawah Najib.

Peluang ini juga diambil untuk mengajak para penganut Kristian kembali mengesakan Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman, tidak mengambil Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan. Demikian juga Maryam alaihimassalam.

Menggunakan kalimah ALLAH tetapi mensyirikkan Allah adalah jenayah besar terhadap Allah Tuhan Yang Maha Esa. La ilaha illallah!


oleh:ust nik nasri

1 ulasan:

Ayid berkata...

Salam sahabat

Inilah yang dikatakan zaman Melayu Jahilliah tidak ada beza nya dengan Arab Jahilliah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi