Selasa, 26 Januari 2010

sekali lagi tv 3 suku memfitnah ( tak makan saman)




Berita yang keluar di TV 3 kononnya seorang Pegawai Khas Hj Nizar ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas Hj Nizar dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

Sejak petang semalam sehingga hari ini, saya menerima panggilan talipon dan mesej bertanyakan hal tersebut,


saya semak semua pegawai-pegawai khasnya dan bekas pegawai-pegawai khasnya. Saya dapati tidak ada seorang pun yang ditahan atau dihubungi oleh pihak SPRM mahupun polis.

Dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat. Sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Hj Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada YB Dato' Seri Hj Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya. Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM. Berita yang keluar di TV3 malam tadi cukup memalukan. Berita ini telah menjejaskan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, YB Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.


Oleh Misbahul Munir

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam,

jika mereka tak pohon maaf dan tarik balik Tuan Hanipa Maidin kita tahulah nak ajar puak ni..

Keturunan saman bin mat tak makan saman agaknya ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi