Jumaat, 15 Januari 2010

blogger umno kepanasan dgn kebijakan TGNA TANGANAI ISU KALIMAH ALLAH



Gara-gara isu Khalimah Allah dan kes bakar gereja yang melanda negara sekarang ini, maka ramai juga puak-puak UMNO yang menuding jari kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Kononnya kejadian itu telah dirancang dengan rapi susulan pilihanraya di Sarawak tidak lama lagi. Mereka menuduh bahawa ia telah diatur oleh pembangkang dalam usaha menarik sokongan penganut agama Kristian di sana untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Biar apa pun yang terjadi, terkadang kita agak hairan dengan sikap mereka yang sanggup menghina pemimpin Pakatan Rakyat terutama ulamak dari PAS sendiri. Sebelum ini, telah didedahkan bahawa ramai dikalangan blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib (Kristian) kepada beberapa orang pemimpin PAS atas kejadian tersebut.

Sikap kurang ajar mereka ini semakin menjadi-jadi apabila tergamak meletakkan lambang Salib pula pada wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Kami sungguh terkejut melihat paparan ini. Tergamak benar mereka melakukan perbuatan sedemikian, sedangkan perkara ini bukanlah dilakukan oleh pemimpin terbabit.

Mereka ini membuktikan kononnya Tuan Guru Nik Aziz turut bersekongkol dengan penganut Kristian dalam merencanakan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Tambah parah lagi apabila gambar Nik Aziz diletakkan ditengah-tengah lambang salib berkenaan dan mereka meletakkan perkataan "undi didahulukan, Allah dicemarkan". Sebagai bukti sila klik di sini.

[Sunggup kurang ajar melihat sikap para blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib pada wajah pemimpin PAS, apatah lagi terhadap MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz ini. Biarpun Bloggger bebas seperti kami banyak menulis dan mengutuk kepimpinan kerajaan hari ini, namun setakat ini masih belum tergamak untuk meletakkan lambang Kristian itu terhadap wajah-wajah pemimpun UMNO. Apakah begini sikap yang ingin mereka tonjolkan. Rakyat perlu bijak buat penilaian terhadap semua ini].



1 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam ziarah akhi, mudah2an anta sihat

ana sgt terkejut dgn kebiadapan yang melampau dari blogger UMNo yang semakin berani menghina Tok Guru secara melampau2. sungguh biadap anak2 UMNO ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi