Penerangan adalah kerja mulia dan penerangan ialah kerja Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, demikian ditegaskan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz bin Nik Mat Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan ketika menutup Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa di Bangunan MBSA. Oleh kerana penerangan kerja Rasul dan Nabi penerangan hendaklah perkara yang benar dan membawa kepada kebaikan, tambahnya
Beliau menjelaskan sebagai contoh ayat-ayat Quran yang bermula dengan 'Qul' bermaksud, 'Katakan' atau 'Sebutkan' atau 'Nyatakan' yang melibatkan berbagai persoalan seperti akidah, akhlak, sayariat, keilmuan, pendidikan dan berbagai-bagai lagi. Cara menyampaikan penerangan pula hendaklah secara berhikmah dan nasihat yang baik sesuai dengan tuntutan al-Quran (al-Nahl:125).
Tuan Guru Dato' Nik Aziz juga mengingatkan, bahawa manusia adalah datang dari turunan yang satu, iaitu dari Adam. Mereka akan mati dan dikembalikan ke tempat yang sama (tanah).
Adam diturunkan dari Syurga. Bererti kita berhak mewarisi sama tempat asal Adam sebelum diturunkan. Sebab itu antara tugas kita ialah mengingatkan, memperbaiki dan menyelamatkan manusia agar dapat kembali sama ke tempat asal secara sejahtera.
Tuan Guru juga mengingatkan cara menyampaikan penerangan hendaklah sesuai. Contoh menyampaikan ilmu oleh orang yang berilmu. Yang menyampaikan pula hendaklah kena dengan sifat dan keadaan. Beliau memberi contoh, kalau orang mengajar keagamaan dan kerohanian secara bergondol kepala dan memakai tali leher adalah tak kena dengan suasana dan penerimaan khalayak. Sepatutnya dia berpakaian sebagai tokoh agama dan ilmuan. Dalam hal pakaian ini juga, kalau seorang imam yang menjadi imam dan mendidik sesuai dengan cara berjubah dan berserban. Pendapat kita jika bersongkok hitam kurang kena dan kurang sesuai, bukan saja dari segi budaya pakaian agama, tetapi kerana songkok boleh meragukan dari segi kebersihan. Songkok yang dibuat dari baldu tidak dibersih dengan air sepanjang hayat songkok itu dipakai. Dalam masa bertahun diguna bukan saja ianya dikotori oleh daki dan peluh, tetapi kemungkinan kena najis dan sebagainya. Jadi ianya pakaian meragukan di dalam ibadat.
Tuan Guru menekankan perlunya diberi penerangan berbagai-bagai aspek baik politik, pentadbiran, sosial dan kehidupan yang tidak terpisah dari Islam. Islam membawa kesejahteraan yang kita perlu tawarkan kepada semua, agar semua pihak dapat menikmati sama kesejahteraan di dunia dan akhir
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan