Isnin, 18 Januari 2010

BERLAKU ADIL DENGAN ALLAH?



Islam menyuruh manusia berlaku adil. Jika terhadap binatang pun, wajib manusia berlaku adil, inikan pula terhadap sesame manusia, waima mereka yang tidak beragama Islam.

Berlaku adil ini, wajib juga dilakukan terhadap Allah. cara berlaku adil terhadap Allah adalah dengan melaksanakan segala perintah Allah. untuk mengetahui segala perintah Allah, tidak dapat tidak, perlu merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Nabi SAW menyuruh manusia berlaku adil kepada sesame manusia, maka itu juga adalah berlaku adil terhadap Allah. melakukan kezaliman terhadap manusia, merupakan tindakan yang menzalimi Allah SWT.

Waima manusia melakukan zalim terhadap Allah, hakikatnya tidak mengurangkan darjat ketuhanan Allah. pun begitu, perlu berhati-hati kerana Allah amat murka mereka mereka yang tidak menunaikan perintahnya; seperti tidak melakukan keadilan


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi