Sabtu, 16 Januari 2010

subsidi di dahulukan ananda diutamakan


Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini.

Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain.

Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan. Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan "subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat.

Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu "angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat.

Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut. Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu. Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

seterusnya klik di sini




1 ulasan:

Ayid berkata...

Kini timbul isu baru, isu beras hancur tiada mencukupi di pasaran, beras dah bagi 1 kampit seorang mana ada lagi. Beras hancur buat pekasam bagus ya akhi. keke keke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi