Dalam siri “Siapa Aku” dulu, aku pernah tulis tentang macam mana aku pernah jadi ‘konsultan’ macam mana nak memenangkan sesuatu calon itu dengan mengunakan strategi ‘pindah undi’.
Bila aku bagi tau kat petugas PKR atau PAS tentang macam mana ianya dilakukan, depa bukan nak percaya apa yang aku cakap…sebaliknya depa kata aku SB. Bila bukan musim pilihanraya…semua dok kalut dengan ceramah dan makan malam…cari duit. Bila tiba musim pilihanraya…baru kelam kabut…bila nama pengundi-pengundi dah hilang atau dipindahkan. Baru ada akai! Puluh kali aku dok kata SPR memang kaki belit..hangpa tak mau percaya.
Hari ini aku ada contoh yang cukup baik macam mana Umno buat kerja dengan bantuan SPR. Begitu jugak kesilapan Pas dalam strategi kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
DUN N36 Pengkalan Baru dalam Parlimen P68 Beruas bersempadan dengan DUN N15 Trong dalam Parlimen P59 Bukit Gantang.
Daerah Mengundi (DM) N36/08 Ulu Bruas dalam DUN Pengkalan Baru bersempadan dengan Daerah Mengundi (DM) N15/13 Batu Hampar dalam DUN Trong.
Pengundi-pengundi di Kampong Padang Serai dan Batu Hampar menjadi pengundi cacamarba. Ada yang mengundi di DUN Pengkalan Baru dan ada yang mengundi di DUN Trong.
DUN Trong adalah kerusi tradisi Pas. Manakala DUN Pengkalan Baru bertukar tangan sejak tiga pilihanraya yang lepas. Tahun 99, Pas bertanding di Pengkalan Baru. Bila Pas bertanding, orang PKR merajuk. Akhirnya BN menang.
Tahun 2004, PKR pula bertanding di Pengkalan Baru. Bila PKR bertanding, Pas merajuk. Akhirnya BN menang. Bukan setakat itu, ada pengundi PAS Pengkalan Baru yang berpindah tempat mengundi ke Trong selepas 2004 kerana merasakan bahawa kerusi Pengkalan Baru akan kekal ditangan PKR. Lebih baik mengundi calon Pas di Trong daripada mengundi calon PKR di Pengkalan Baru.
Tahun 2008, Pas pula bertanding. Bila Pas bertanding, PKR pula merajuk. Bukan setakat calon PAS tak dapat undi dari orang PKR, malah PAS juga kehilangan pengundinya yang telah berpindah ke Trong. Akhirnya calon PAS tewas dengan 14 undi.
Itu cerita PAS dan PKR. Kalau hangpa tak mau berpakat…mampuih pi la.
Ini cerita orang Umno pulak.
Dalam pilihanraya 2008, BN mendapat 5375 undi dan PAS mendapat 5361 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN hanyalah 14 undi. Kata orang Perak…cupui.
BN tahu…kedudukan ini tak selamat. Oleh itu, sokongan terhadap BN perlu ditingkatkan manakala sokongan terhadap Pas perlu dikurangkan. Salah satu caranya ialah dengan menambah pengundi BN dan menyingkir pengundi PAS.
Sekiranya 50 pengundi PAS dapat disingkirkan dari Pengkalan Baru, maka BN akan mendapat 64 undi majoriti. Dan kalau 50 pengundi BN dapat dimasukkan kedalam DUN Pengkalan Baru, majoriti akan meningkat kepada 114 undi. Tak susah buat kerja ini….tak payah merayu undi, tak payah gantung poster…tak payah buat ceramah.
Cuma pindahkan pengundi dengan bantuan SPR. Dan kawasan-kawasan tumpuan adalah kawasan-kawasan yang bersempadan.
Dalam pilihanraya 2008, Pas mendapat 127 undi di Daerah Mengundi Ulu Bruas. Kampong Padang Serai dan Batu Hampar terletak ditengah sempadan Pengkalan Baru dan Trong. Kalau dicampakkan 50 pengundi-pengundi PAS dari kampong ini ke DUN Trong, sekurang-kurangnya dapat membantu Hamdi untuk menang dalam pilihanraya akan datang.
50 orang Pas yang dicampakkan ke DUN Trong tidak memberikan kesan besar kepada Calon BN di Trong kerana mereka mendapat majoriti selesa dalam pilihanraya lepas. Tetapi memberikan kesan besar kepada calon BN di Pengkalan Baru.
Itu cerita bagaimana nak pindahkan pengundi. Tapi sekarang SPR bukan sahaja memindahkan pengundi, malah kampung pun boleh dipindahkan!! Tak perlu pindah sorang-sorang….pindah satu kampung kalau dikenali kampung itu menyokong Pakatan. Dan mereka lakukan bila dah dekat dengan pilihanraya. Tak ada masa nak perbetulkan kesilapan. Ini contohnya.
Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.
Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.
Dalam semakan Daftar Pemilih Suku Tahun Ketiga 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih lagi didalam DUN Pengkalan Baru.
Tetapi dalam bulan Disember 2009….Kampung Padang Serai dan Batu Hampar telah hilang!!! Pi mana? Semua pengundi dikedua-dua kampung ini telah dipindahkan ke DUN Trong dalam Parlimen Bukit Gantang. Ada kat sini.
Bila perkara ini dibuat pada saat akhir sebelum mengundi, ramai pengundi di kedua-dua kampung ini akan keliru. Pasai apa setiap kali mengundi…depa mengundi di Pengkalan Baru, tapi tiba-tiba dalam pilihanraya akan datang ini, depa kena mengundi di DUN Trong?
Aku boleh cerita macam-macam tentang strategi BN untuk menang dengan menggunakan SPR ataupun Jabatan Pendaftaran Negara…tapi apa guna kalau Pakatan sendiri tak mau buat kerja.
Berapa ramai ahli PKR yang tak mengundi? Mengejutkan.
Team UREKA membuat sedikit kajian rambang. Nak buat macam Merdeka Center tak ada duit. Lagi pun kami buat selepas kerja.
Dari 466 ahli PKR disatu kawasan Parlimen, (aku tak mau sebut kat mana…) hanya 198 yang mengundi dikawasan tersebut. 96 tidak mendaftar ataupun nama mereka tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Manakala selebihnya mengundi di tempat lain. Macam mana nak menang? Hangpa buat la GEGAR ka…LANGGAR ka…Ceramah Perdana ka….tapi kalau ahli sendiri tak mengundi…nak menang macam mana?
Tunggu…lepas ni aku nak cerita macam mana SPR permainkan pengundi di Kuala Kangsar dan Padang Rengas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan