Semenjak isu kalimah Allah timbul dan menghuru harakan segolongan pihak, malah timbul pula isu baru serangan keatas gereja dan surau mewarnai halaman tahun baru 2010.
PAS hanya menjadi pemerhati terbaik setelah Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa penganut agama samawi Islam, Kristian boleh menggunakan kalimah Allah serta tindakan Dewan Pemuda PAS yang ingin berdialog dengan pihak Kristian.
Tindakan bijak PAS dapat mengawal emosi ahli dan penyokong dari melakukan tindakan yang tidak diingini berlaku sebagaimana tindakan bodoh Umno yang hanya pandai berdemo tanpa memberi dalil untuk menjadikan alasan membantah permohonan majalah Herald mengunakan kalimah Allah dalam majalah mereka.
Demo Umno demo tak bertempat.
Demontrasi Umno secara tidak langsung membakar semangat penyokongnya dan menunjukkan sikap amarah pada penganut agama Kristian, hinggakan ada 2 - 3 kerat manusia yang tidak dikenali identiti sanggup mengambil tindakan mengebom gereja. Ini sudah pasti menimbulkan kemarahan penganut Kristian lantas sebuah surau di Kelang disimbah air kencing.
Hari ini Kementerian Dalam Negeri dan polis mula gelabah hinggakan terpaksa mengadakan penerangan kepada wakil negara asing mengenai tahap keselamatan dalam negara.
Tidak dapat dinafikan Umno hanya pandai bercakap tapi tidak pandai mengawal keadaan.
Tahniah kepada PAS walaupun isu ini hangat tapi pucuk pimpinan sudah nampak kesannya sekiranya tidak ditangani dengan bijak. Tahniah juga kepada ahli dan penyokong PAS yang sentiasa berbaik sangka pada pucuk pimpinan walaupun pada awalnya ada pergeseran pendapat diantara pimpinan dalam isu ini.
Demo Umno demo tak bertempat
akhirnya terpaksa menanggung akibat.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan