Selasa, 26/07/2011 - Perdana Meneri Turki, Recep Tayyop Erdogan berkata pada Sabtu bahawa hubungan negaranya dengan Israel berada dalam keadaan yang ‘tidak dapat difikirkan’ melainkan Israel meminta maaf atas kejadian serangan ke atas Flotilla 2010 dan berakhirnya kepungan ke atas Gaza.
“Selagi Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dan mengangkat sekatan ke atas Gaza, hubungan yang normal antara Turki dan Israel tidak dapat difikirkan,” kata Erdogan ketika mesyuarat bersama duta Palestin di Istanbul.
Erdoga menuduh Israel ‘menembak belakang’ sembilan orang aktivis Turki yang tidak bersenjata yang berada dalam kapal Mavi Marmara, iaitu sebahagian daripada Flotilla Pembebasan ke Palestin paa 2010 ketika mencuba untuk memecahkan sekatan Israel. Perdana Menteri itu juga mengecam kebiadapan dan kesombongan Israel dalam melewatkan perdamaian dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan