"Sering kali kebelakangan ini kita terbaca di Utusan Malaysia beberapa artikel yang menyentuh tentang komen atau respon sesuatu pihak terhadap pihak yang lain terutamanya respon pihak kerajaan terhadap lawan mereka. Di dalam konteks ini sudah tentulah, mereka giat menyiarkan respon yang kononnya positif dari parti BN terhadap PR kerana BN merupakan tuan mereka.
Namun, apa yang tidak sedap di lihat ialah Utusan semakin hari semakin menjadi-jadi sifat buruknya dan semakin terserlah sifat ketidak professional mereka apabila kerap kali menggunakan perkataan yang extreme/melampau dalam menyampaikan mesej mereka.
Terbaru, mereka menulis tentang SPR tempelak pembangkang kerana buat keputusan melulu mengenai sistem biometrik. Tempelak jika difahami betul-betul bermaksud mencela. Bila sebut mencela atau celaan ini, sudah pasti lah perbuatan itu bersifat kasar dan pengamalnya boleh disifatkan sebagai pendokong budaya samseng.
Di sini kita dapat lihat yang SPR bersikap samseng apabila sesuka hati menempelak orang lain. Tidak lah diketahui samada tempelakan itu datangnya dari SPR sendiri atau Utusan yang mengada-ngada melaporkan sedemikian rupa kerana ingin mengampu. Jika benar begitu, kasihan SPR, kenyataan "lembut" mereka telah dimanipulasi oleh Utusan.
Apa salahnya jika Utusan menggunakan perkataan yang lebih lembut dan sopan seperti "Bidas" bagi menggantikan tempelak? Jangan lah kerana nak memuaskan nafsu sesetengah pihak, Utusan sanggup mengorbankan etika media dan kewartawanan. Jika benar seperti yang diwar-warkan yang Utusan ialah pengamal media Melayu no. 1 negara, mereka sepatutnya lebih berhemah dalam menyampaikan berita mereka dan bukannya menyokong budaya samseng. Ini sememangnya memalukan orang Melayu sendiri yang terkenal dengan budaya sopan dan berbudi pekerti.
Berdakwahlah dengan cara yang lembut dan berhemah tinggi.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan