ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Isnin, 30 November 2009
tgna pertahankan isu doa...
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.
"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.
Ahad, 29 November 2009
Berita panas: Tanah tergadai , Yang kaya makin kaya
terpilih untuk mendapatkan tanah di Rancangan Kampung
Tersusun Sungai Itek Gopeng telah pun dipaparkan di Pejabat
Penghulu Gopeng seperti gambar diatas..
Apa lagi..meletup habis bro..orang yang betul-betul susah,tiada
rumah dan tanah dan dah tinggal di kariah Gopeng berpuluh tahun
tetapi masih gagal untuk mendapatkan tanah tersebut.Inikah
kerja-kerja Umno dan BN yang mendahulukan Rakyat??? "Macam mana boleh ada kuota "Ketua Umno Bahagian Gopeng"
untuk mendapatkan tanah ini,"tanya seorang penduduk,semasa
sedang melihat senarai nama yang mendapat tanah tersebut.
"Ketua Bahgian Umno udah kaya raya pun dapat lagi tanah,
macam ini tak boleh jadi,"katanya dengan nada marah,dan
terus berlalu.Apabila wa meneliti senarai yang mendapat tanah
tersebut,wa yakin akan berlaku protes besar-besaran kerana
memang nyata dan sahih mereka yang dapat tanah tersebut
sudah mempunyai banyak tanah dan hidup mewah..
PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA
PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja.
Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.
Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.
Hj Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.
27.11.2009
Sabtu, 28 November 2009
'Peralihan kuasa di Kelantan tak perlu disegerakan'
"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat.
"Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.
Beliau - yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.
Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.
Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.
Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:
"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."
Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu.
"Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya
sumber
Jumaat, 27 November 2009
Fokus agenda parti keutamaan sekarang- UST IDRIS AHMAD
Maka saya menjawab kepada beliau begini, "Inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin PAS, walaupun kononnya sayang kepada PAS. Inilah akibatnya".
Seperti mana saya sebutkan dalam tulisan yang lepas, walaupun penulis blog itu kononnya simpati dengan PAS, tetapi dia kritik secara terbuka melalui laman web, bukan melalui salurannya, akhirnya PAS sudah kehilangan faktor 'Wow' yang dulunya Umno mengalami masalah ini. Sekarang musibah ini sedang menimpa PAS, terutama di gerbang maya. kLIK TAJUK DI ATAS UNTUK SETERUSNYA
Orang atas pagar, dia tidak mengatakan bahawa apa sudah jadi dengan si anu dan si anu. Sebaliknya yang mereka sebut ialah apa sudah jadi dengan PAS? Teruk sangatkah PAS? Kenapa hal dalam rumah tangga bertelagah dipaparkan dekat media? Kenapa pemimpin PAS tidak berdisiplin dalam mengeluarkan kenyataan akhbar?
Akhirnya, yang buruk ialah PAS bukan individu dalam PAS. Sekarang bukan senang kita hendak mencipta 'faktor wow' yang dulunya berada di kaki kita, tetapi sekarang telah beralih kepada Umno.
Orang lupa isu PKFZ yang lesapkan wang rakyat RM12.5 Bilion. Isu siapa pembunuh Altantunya. Macam mana rekod kemasukan Altantunya boleh terpadam? Kenapa tidak ada siasatan sampai ke lubang cacing, siapa yang padam?
Bukankah Malaysia ini antara yang hebat dan cekap untuk menangkap penjenayah. Polis Malaysia juga hebat dengan pakar-pakar forensik sudah tentu ia mampu untuk melakukan semuanya ini. Siapa yang memadamkan data ini mesti dicari. Kalau gagal dalam isu ini bermakna negara berada diambang merbahaya apabila rekod kemasukan seseorang ke dalam negara ini boleh hilang.
Kemana pergi Balasubramaniam yang menjadi penyiasat persendirian melarikan diri? Sedangkan beliau adalah saksi yang paling penting dalam kes Altantunya. Kenapa orang tidak peduli dengan kenaikan harga minyak RON 97 dulu RM1.75 sen naik sampai RM2.05 sen? RON 95 yang rakyat marhain pakai tidak berkualiti harganya RM1.80 sen.
Isu tidak ada bonus yang dituntut oleh kakitangan kerajaan, macam mana? Isu stadium negeri Terengganu runtuh yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta hilang begitu sahaja dariapda rakyat.
Orang tidak peduli apabila seorang Menteri Besar dituduh bawa wang keluar negara sebanyak RM10 juta. Isu pengkhianatan terhadap rakyat Kelantan mengenai wang ihsan menggantikan royalti adalah lambang 1Malaysia yang bohong 1Malaysia dan menindas 1Malaysia.
Kesemuanya sudah hilang kerana selain daripada media perdana seperti TV dan radio dan sekarang ditambah pula dengan tulisan yang memburukkan PAS sama ada oleh musuh atau oleh orang yang kononnya terlalu sayang dengan PAS, sampai pecah komputer untuk tulis semua masalah dalaman PAS dalam gerbang maya.
Maka ia merasakan puas kerana dia sudah berjaya mangharubirukan PAS sehingga ahlinya hilang fokus, dan rakyat atas pagar melarikan diri daripada PAS. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kerja mereka ini.
Sekaranglah masanya untuk kita fokos kerja buat kita untuk jangka panjang dan jangka pendek menghadapi PRU 13. Setiap orang mesti merasakan beliau ialah batu bata yang melengkapkan sebuah rumah.
Sebiji bata kalau letak di tengah jalan ia tidak menampakkan fungsinya. Tetapi berlainan apabila ia telah diikat menjadi satu bangunan yang kukuh dan sukar untuk diroboh. Kalau roboh pun, ia akan memberi mudharat kepada orang lain. Kita jangan menjadi anai-anai dalam jamaah sehingga merobohkan sebuah bangunan yang kukuh.
Strategi kita dalam PRU 13 mesti bermula daripada sekarang. Kita mesti menang bukan kerana bergantung kepada kelemahan dan perpecahan di kalangan musuh sahaja. Tetapi kita mesti berdiri dengan kaki sendiri untuk mencapai cita-cita ini.
Oleh itu, tidak akan memberi apa-apa makna dalam perjuangan kita kalau kita hanya mengharapkan kemenangan dengan rasa tidak puas hati rakyat kepada Umno dan BN. Gelombang ini adalah faktor sementara, dan faktor ini perlu diurus dengan baik dengan kita.
Perlu diingatkan, kekuatan PAS selama ini adalah kerana kita mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu ahli dan cawangan yang banyak. Tidak mungkin kita boleh bertahan seandainya kita tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi perlu diingatkan kalau kita tidak memperdulikan soal asas ini maka kita akan hancur di persada tanah air kita.
Beberapa persoalan yang mesti menjadi perhitungan kepada diri saya dan juga kepada semua ahli dan pimpinan iaitu:
1. Berapakah penambahan ahli baru di tempat anda dalam usaha untuk mencapai keahlian dua juta menjelang PRU 13?
2. Berapakah bilangan ahli yang didaftar sebagai pemilih untuk persiapan PRU 13?
3. Adakah usrah di cawangan tuan-tuan berjalan atau tidak? Usrah adalah nadi gerakan kita, seandainya usrah tidak berjalan maka fikrah bercelaru, ahli tidak bertambah, ukhwah retak, individu dan rumahtangga Islam tidak dapat dibentuk, ahli parti tidak menunjukkan akhlak dan peribadi yang luhur sesuai dengan parti Islam, semangat pengorbanan lemah, banyak arahan parti tidak dipedulikan, tidak faham konsep wala’ dan tahalluf. Semuanya angkara usrah diabaikan.
4. Bagaimanakah keadaan Kelab Penyokong PAS di kawasan atau negeri-negeri masing?
5. Bagaimana majlis tindakan bersama di kalangan Pakatan Rakyat di tempat saudara?
6. Berapa banyak wang dan dana pilihanaraya?
7. Adakah Unit Amal di kawasan saudara aktif kerana ia adalah pintu masuk ke dalam perjuangan PAS di kalangan anak muda.
8. Adakah kegiatan Nisa’ aktif di kawasan masing-masing dengan penglibatan wanita muda di kalangan anak-anak ahli-ahli PAS.
9. Berapa banyak ceramah penerangan di kawasan, Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) telah dijalankan?
Jika sekiranya perkara ini kita mampu untuk diolah dengan baik, insya-Allah PAS upaya menghadapi sebarang kemungkinan dengan bala tentera BN dan Umno nanti.
Tetapi ingat, seandainya kita tidak membuat persiapan ini dan tidak memfokoskan kepada agenda parti dengan betul maka bermakna kita merancang untuk kegagalan. Kita mesti merancang untuk kemenangan dengan bekerja mengikut apa yang diarahkan oleh parti.
Kita mesti bekerja sebagai kerajaan menunggu bersama rakan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Kesimpulannya, fokus kepada agenda parti adalah keutamaan kita. Perjuangan di gerbang maya untuk menyebarkan mesej perjuangan PAS mesti diteruskan untuk merebut peluang yang ada terutama di kalangan masyarakat yang terpelajar dan celik IT.
Dipetik dari sisipan Fikrah, Harakah Bil 1491 - 23-26 November 2009
.
Maka saya menjawab kepada beliau begini, "Inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin PAS, walaupun kononnya sayang kepada PAS. Inilah akibatnya"
Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tatanegara Anjuran JPM?
"BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Ini bersamaan dengan konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak atau JAMAIY Perak mengutuk, agensi propaganda kerajaan, Biro TataNegara kerana cuba memberi gambaran negatif terhadap bekas pemimpin negara dan memutar belitkan fakta berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Boleh membaca kenyataan mereka di sini…………………….
Menurut pengerusi JAMAIY Perak, Dr Khairuddin Abd Malik badan tersebut menerima aduan daripada kakitangan kerajaan yang baru selesai menghadiri kursus BTN.
Kakitangan kerajaan tersebut mendakwa moderator kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus Birotatanegara itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan. Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain.
“Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah. Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?” tanya Dr Khairuddin.
Beliau berkata fakta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya menunjukkan mayat wanita itu diletupkan menggunakan C4 oleh dua pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengawal peribadi Najib.
“Pembunuhan oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya.
Adakah BTN ingin menjadikan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir kursus menjadi bodoh dan dungu dengan ceramah-ceramah politik kosong tanpa fakta,” kata beliau lagi.
Dr Khairuddin menggesa BTN agar jangan membazirkan wang rakyat kerana masih ramai golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bantuan kewangan.
Bukan niat saya untuk membincangkan isu semasa ini dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana sudah terdapat banyak dakwaan dan saya cuma paparkan sekelumit kecil sahaja. Cumanya, mana-mana daripada anda mempunyai pengalaman menghadiri Kursus Biro Tatanegara ini, boleh berkongsi di sini. Diharapkan yang mana kurang, kita mantapkan. Yang salah, kita perbetulkan. Itu sahaja tujuannya.
Rakyat hari ini semakin cerdik dan terus memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan yang mana dilihat mereka agak “canggung” akan ditegur. Ini kerana rakyat hanya mahu yang terbaik untuk mereka. Itu sahaja.
P/S : Kerajaan yang bagus, adalah kerajaan bersedia untuk mendengar teguran dan berubah ke arah yang lebih baik.
Peranan JAIS dalam memurtadkan Melayu
1. JAIS halang aktiviti-aktitviti dakwah
Kalau golongan paderi dan pendakwah Kristian dan Hindu nak memurtadkan Melayu, JAIS relaks-relaks saja, takde kuasa ke atas non-Muslim katanya. Tetapi, apabila ustaz-ustaz dan mufti-mufti nak berdakwah dan halang umat islam dari murtad, ustaz-ustaz dan mufti-mufi ni ditangkap dan diheret ke mahkamah.
2. JAIS memurtadkan pendakwah
Tak cukup dengan menangkap pendakwah, JAIS juga memfitnah pendakwah dengan pelbagai tuduhan termasuk kafir, sesat dan Wahabi. Bukan saja ustaz Asri, tok guru nik aziz dan ustaz hadi pun difitnah sama. Kerja pegawai JAIS yang dilantik oleh UMNO untuk memecahbelahkan masyarakat ni samalah dengan kerja pegawai BTN yang siang malam tuduh Anwar dan ustaz-ustaz dari Pakatan sebagai agen Yahudi dan agen Zionis. Baca saja blog Ustaz Asri berhubung tindakan-tindakan mengatasi undang-undang yang dibuat oleh pegawai-pegawai ini.
3. Halang orang masuk Islam
Susah nak masuk Islam di malaysia ni. Ada kes pelancong asing yang datang ke jabatan agama dan mengistiharkan hasrat hendak masuk Islam. Selepas disoal-siasat selama lebih 2 jam berhubung 'sebab sebenar' nak masuk Islam dan 'tahap keikhlasannya', pelancong-pelancong ini akhirnya tak jadi masuk Islam.
4. Ajaran baru
Islam Hadhari dijaja oleh JAIS. Kalau PAS yang perkenalkan Islam Hadhari, nesaya menyalaklah pegawai-pegawai JAIS ini mengatakan : "Ini ajaran sesat!!".
5. Permit
Paderi, mubaligh, pendakwah Hindu yang memurtadkan budak-budak Melayu tak kena permit pula. Asal ustaz nak ceramah sikit aje, tangkap. Ini idea UMNO , BN la nih. JAIS pulak jadi baruanya..
Itu belum SIS tajaan UMNO lagi tuh.. Kalau nak sebut pasal SIS ni, boleh buat buku.
Insaflah, sesungguhnya azab Allah itu amat keras...
"Khamis, 26 November 2009
[TERKINI] Harga Gula Malaysia Akan Naik Tidak Lama Lagi?
Kalau ditanya kepada sekumpulan doktor, adakah gula patut disubsidikan? Semestinya jawapannya tidak, apabila mereka “sibuk” bercerita soal kesihatan. Tetapi hakikatnya hari ini, gula merupakan salah satu keperluan yang terpenting dikalangan masyarakat kita hari ini. Cukuplah, kita melihat krisis kekurangan bekalan gula yang berlaku sebelum ini. Masyarakat terus sahaja “melatah”. Tiada gula, tiada hidangan teh tarik yang “kaw” setiap pagi.
Untuk masa sekarang ini sahaja, subsidi yang diberikan untuk gula menjangkau RM720 juta dan boleh mencapai ke angka RM1 billion tidak lama lagi disebabkan harga gula di luar sangat-sangat tinggi. Banyak bukan? Yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa lesen AP untuk pengimportan gula ini hanya diberikan kepada sebilangan tauke-tauke besar seperti Tan Sri Syed Mokhtar dan juga orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok. Setakat hari ini, hanya 4 syarikat yang diberikan hak lesen AP untuk terus memonopoli “acara mengimport gula”.
Kenapa tidak membuka dan memberikan lebih banyak lesen mengimpot gula supaya timbulnya persaingan. Bila adanya persaingan, harga yang diletakkan menguntungkan pembeli dan pada harga pasaran. Bila harga sudah lebih kurang dengan negera-negara jiran. Buat apa nak seludup-seludup lagi. “Merabehkan boreh aja”. Penyeludupan pun mungkin boleh dikurangkan. Begitu juga dengan kes sorok gula. Kalau dapat kerajaan Malaysia dapat mengambil alih secara terus dalam isu impot gula ini dan juga beras, itu lebih baik. Tetapi walaubagaimanapun, ia bergantung akhirnya kepada kebijaksanan kementerian amnya dan kerajaan umumnya.Adakah kita perlu menyimpan stok gula tidak lama lagi? Ini kerana dilihat sekarang sudah ada bunga-bunga untuk “harga murah” ketika ini tidak akan dapat bertahan lama. Boleh lihat berita selanjutnya yang dipetik daripada akhbar New Straits Times.
Ini adalah masalah dunia yang mana kerajaan Malaysia pun tidak ada hubungkaitnya dengan kenaikan harga gula ini. Kalau kerajaan Malaysia mempunyai sifat kasihkan dan mahu menjaga kebajikan rakyat, mereka mungkin akan menampungnya dengan memberikan subsidi atau boleh mencari alternatif terbaik bagi mengurangkan beban rakyat dikala harga barang sekarang meningkat dari hari ke hari.Sugar-king Robert Kuok has quit the business.
The government has always been able to count on billionaire Robert Kuok to keep domestic sugar prices steady even intimes of great volatility in world markets. But the businessman’s surprise exit last week from the trade that his family has controlled since the 1940s is raising concern that the days of stable sugar prices in the country may be numbered. Sugar is a controlled commodity in Malaysia.
“This is a highly complex business. Only a player like Kuok who is a big player in the world scene can absorb losses and keep prices stable when the international sugar market goes crazy,” said a Singapore-based sugar trader.
Kuok, well-known as the Sugar King, declared his intentions to exit the sector through a series of transactions valued at RM1.9 billion which were announced last Friday. The group did not provide reasons for the asset sales to state-controlled agriculture agency Felda. But company executives cited growing hurdles in the domestic sugar business as one key reason.
“The group isn’t moving out from Malaysia. It is just that the sugar business (in Malaysia) has become more difficult,” said a company executive. He said the government’s reluctance to raise retail prices does not make the business financially viable.
Bankers said brickbats from business rivals that the tycoon was benefiting financially from a sweetheart deal with the government were another factor.
“All the talk that he is living off government largess really got to him,” said the chief executive of a state-controlled bank who does a lot of work for Kuok.
The Kuok family’s interests in commodity distribution in Malaysia and many parts of Asia stretch back to the 1940s, through ventures with government agencies for the production and supply of flour, edible oil sand sugar. The country imports about one million tonnes of raw sugar annually,mainly from Australia, through government-set quotas, which make up roughly 90 per cent of the raw sugar needs of four Malaysian refiners.
Through several corporate vehicles, Kuok, South-east Asia’s richestman who resides in Hong Kong, controls about 70 per cent of the import quotas and has large equity holdings in three of the refiners. Malaysian officials note that during the regional currency crisis that began in mid-1997, the quasi-monopoly that Kuok’s group held over the domestic sugar trade kept prices steady despite the sharp devaluation of the ringgit.
But Kuala Lumpur’s reluctance to allow increases in the retail priceof sugar over the past decade on grounds that they could trigger public outcry has undermined the viability of the business, Kuok Group company executives said. Over the last decade, Kuok has also faced intense competition fromTan Sri Syed Mokhtar Al bukhary, a businessman who controls there maining 30 per cent of the import quotas.
While relations between the two businessmen are cordial, corporateties have become strained because of Syed Mokhtar’s manoeuvres in apublic listed company called Tradewinds. The investment holding company controls the country’s main sugar refiner, Central Sugar Refinery. Kuok, who owns a 20 per cent interest in Tradewinds through aprivate entity, has been unhappy with Syed Mokhtar’s recent deals,which have saddled the company with heavy debts.
Several bankers and industry executives said that Kuok’s decision tosell his holdings in the sugar business to a state agency under scored his belief that monopolies, particularly over key commodities, should be broken.
“He did the gentlemanly thing by selling it to a government agency so it would make it easier for the government to dismantle the monopoly,” said a Malaysian banker who knows Kuok. — The Straits Times
Rabu, 25 November 2009
Kes Pembunuhan Altantuya Dimuat Dalam Drama Bersiri TVB Hong Kong?
Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.
Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.
Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.
Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.
P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.
Najib tampak lebih mesra Judi
Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasi judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.
nukilan bernas :tok pepijat
Selasa, 24 November 2009
Agenda Jahat Terus Membedai, Bersedialah!
Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk PR dan pimpinan PR di mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.
Isnin, 23 November 2009
seputeh boleh pun ..3 kerusi panas di perak bila lagi.
Pada hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu. Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut.
Walaupun gagal pada hari ini SPR memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.Berikut adalah beberapa kenyataan saya pada hari ini :-
1. Bukankah SPR kerjanya tidak lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu.
SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat. Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan. Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat.
2. Yang lebih malang ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak.
Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.
3. Artinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut.
4. Penghakiman pada hari ini bagi saya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.
5. Oleh itu saya mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan dan diputuskan mestilah disegerakan. Ataupun dengan keputusan penghakiman pada hari ini SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam ke 3 DUN di Perak dan memaklumkan kekosongan 3 kerusi tersebut secepat mungkin.
Sekian terima kasih.
KENYATAAN MEDIA 23 November 2009
DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak/
Pengerusi PRBBC Perak/
ADUN Titi Serong.
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .
Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia .. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap , menutup telinga apabila mendengar azan dan hal dakwah Islam. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Di Banting - Kamariah bt Sidek lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah pendakwah yang berdakwah di dalam bahasa Inggeris.
Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.
ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR
http://kulaan2u.blogspot.com/2009/11/kisah-benar-pengakuan-bekas-paderi.html
Versi Info :INDEKS PERSEPSI RASUAH
Malaysia berada pada tangga ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2009. Menggunakan 9 kajian (dari keseluruhan 13). Transparency International meletakkan negara ini pada skor 4.5 (paling tinggi New Zealand: 9.4; paling rendah Somalia: 1.1)
Negara-negara jiran yang mempunyai persepsi rasuah lebih baik ialah Singapura (skor: 9.2), Hong Kong (8.2), Jepun (7.7), Brunei (5.5), Korea (5.5) dan Macau (5.3).
Negara majoriti Muslim yang berada di bawah Malaysia ialah Turki (skor: 4.4), Arab Saudi (4.3), Tunis (4.2), Kuwait (4.1), Senegal (3.0), Mesir (2.8), Indonesia (2.8), Libya (2.5), Maldives (2.5.), Bangladesh (2.4), Pakistan (2.4), Azerbaijan (2.3), Yemen (2.1), Iran (1.8) dan Sudan (1.5).
India berada pada kedudukan 84 (skor: 3.4), manakala China pada kedudukan 79 (skor: 3.6).
Antara negara yang berada pada kedudukan teratas ialah Denmark (skor: 9.3), Sweden (9.2), Switzerland (9.0), Kanada (8.7), UK (7.7.) dan Amerika Syarikat (7.5).
Presiden Parti Sosialis Malaysia (PRM) bakal Sertai Pakatan Rakyat
JOHOR BHARU 22 NOVEMBER
Susulan dari Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November di Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM menyertai Pakatan Rakyat. Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya.
"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam surat perletakkan jawatan beliau.
Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM dan menghidaupkan kembali PRM elepas pemergian Dr Syed Husin Ali yang menyertai Parti keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya membentuk Parti Keadilan Rakyat( PKR) iaitu gabungan PRN dengan PKN.
Dan Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.
"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," ujarnya lagi yang masih belum diketahui parti mana yang akan beliau sertai dalam Pakatan Rakyat.
Ahad, 22 November 2009
Kalau nizar dah lama digelar boneka dap tapi Zamri kenapa diam..
Kerajaan Haram Perak pimpinan Zambry Al Mundiandy semalam telah meluluskan peruntukan sejumlah RM3.6 Juta untuk membantu sembilan buah sekolah persendirian cina(SUWA).Jawatankuasa perkembangan sekolah cina Larut Matang dan Jawatankuasa Sekolah Hua Liang di Taiping.
MB Haram Zambry Al Mundiandy tanpa rasa malu berkata peruntukan itu adalah sebagai menunaikan janji sebelum ini bagi memastikan sekolah-sekolah cina mendapat bantuan kewangan dari kerajaan negeri dan dapat menguruskan sekolah tersebut dengan baik.
Kalaulah PR yang memberikan peruntukan ini dalam masa pemerintahan yang lepas..sudah pasti media Upahan Umno dan pimpinan Umno akan terjerit-jerit laksana orang kena rasuk syaitan adanya.Lalu melaungkan kepada rakyat " Pas jadi kuda tunggangan DAP" "Pas gadai hak orang Melayu" "Pas Utamakan orang cina" dan banyak lagi dan lagi..
Sekarang lu orang sendiri mau ingat ma... Pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu telah memohon tanah beberapa ekar,untuk pembangunan Pondok tersebut,langsung tidak dipedulikan oleh Kerajaan BN walaupun telah hampir 10 tahun permohonan tersebut dibuat.Hanyalah pada masa PR memerintah permohonan itu dapat diluluskan.Kalau lah dulu mereka kata Pas kuda tunggangan Dap,kini giliran Umno pulak jadi KELDAI tunggangan MCA..kah3
nukilan bernas dari:Sendiri Mau Ingat
Edisi Lawak: Antara CIA, FBI & PDRM
yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian
utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka
mencarinya.
CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai
informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan
batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3
bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.
Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan
sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di
dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah
nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.
PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn
seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK,
OK... aku arnab... aku arnab!!'
Sabtu, 21 November 2009
Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al-Quran & Sains
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan di kalangan orang-orang yang beriman.” (An-Nur:2)
Pandangan Ulama Tafsir
Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu, maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman kea tas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut sunnah secara lisan dan perbuatan.
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya Nabi Muhammad saw telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah, juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan, dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah ra:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bint Muhammad mencuri, sesungguhnya aku akan potong tanganya.”
Maka dirikanlah hudud ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran ke atas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan di hadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut:
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam. Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Perbahasan
Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud, antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
Hikmah Di Sebalik Perlaksanaan Hudud
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Perlaksanaan Hudud
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal) dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak. Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia.
Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah, Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan
Jumaat, 20 November 2009
MANGSA SISTEM PENDIDIKAN PERCUMA 1MALAYSIA
Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..
Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia.
Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...
Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.
"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.
Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.
Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.
"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.
Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.
"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.
Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?
Hari ini saya kongsikan halwa mata yang diterima dari Taman2Syurga untuk tatapan bersama.
Ini kisah benar…. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini :
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak, “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.... dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung....
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab, “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam... Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan.
“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.
“Ah…. mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.... rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya, “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian... Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga.”
Renung-renungkan!
Sumber : Taman2Syurga
Berpakaian tetapi telanjang
Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)
Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang.Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).
Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)
Ciri-ciri pakaian Muslimah :
- Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
- Baju mestilah labuh dan longgar
- Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
- Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
- Memakai sarung kaki
Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)
Renung-renungkan!
Khamis, 19 November 2009
Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur
Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur.
Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain.
Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur.
Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak.
Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi.
Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain.
Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai.
Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal.
Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi.
Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya.
Begitu juga elektrik.
Negara mempunyai minyak dan gas, juga mempunyai angin yang tidak henti bertiup sepanjang tahun, hujan sepanjang tahun.
Akan tetapi tenaga yang dijana boleh angin tidak pernah mencecah 1%.
Adakah perlu kita mengimport arang batu? Pada masa yang sama kita mempunyai polisi matawang ringgit rendah supaya 'menggalakkan eksport'.
30% tenaga dijana oleh arang batu pada negara yang melimpah ruah sumber alam, adakah itu efisyen?
Disebabkan Federalisme acuan penjajah, syarikat air milik kerajaan negeri dijual kepada persekutuan. Persekutuan kaya, negeri miskin.
Maka peninglah syarikat air negeri berusaha untuk untung kerana tak mahu rugikan kerajaan negeri.
Manakala yang sentiasa kaya ialah kerajaan persekutuan.
Saya pun tak faham, bagaimana negara ini mempunyai jurang perbezaan kewangan yang terlalu tinggi di antara negeri dengan persekutuan.
Persekutuan ada Bank Negara, Negeri tidak ada Bank Negeri.
Persekutuan bercakap tentang bilion-bilion. Suka-suka sahaja "60 bilion".
Belanjawan negeri Melaka dan Kelantan, tidak sampai pun 0.5 bilion.
Negeri pula dipecahkan kepada PBT, yang masing-masing ada tugasan untuk menjana kewangan.
Mana-mana PBT yang boleh capai sasaran, akan dinaikkan taraf kepada "Majlis Perbandaran".
Maka berlumbalah PBT merekayasa sistem parkir yang memperkayakan mereka.
Di kawasan luar bandar pun ada parkir berkupon, agar mereka boleh berbangga dinaiktarafkan daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Itu yang mereka mahu.
Maka sumber alam yang melimpah ruah ini harus disyukuri dengan menggunakan seluruh sumber yang ada dengan efisyen.
Sistem Persekutuan -> Negeri -> PBT yang cacamerba ini harus diperbaiki.
Sekiranya Allah kurniakan Minyak di Merlimau , belum tentu penduduk boleh parkir percuma, sekolah percuma.
Yang kaya ialah Persekutuan.
Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah Oleh Zaharuddin .net
SOALAN
Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.
JAWAPAN
Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.
Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.
Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.
Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.
Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.
APA RASUAH ?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-
ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل
Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)
Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .
JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?
Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.
* 1) Hadiah buat seseorang berpangkat
من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
* 2) Sebuah Hadis :
استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"
Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda
" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)
"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)
3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?
Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.
Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.
PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut
يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.
Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]
Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-
وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،
Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )
WALAUPUN BEGITU
Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]
Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.
Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-
1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.
Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :
Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :
ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .
Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)
Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.
Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.
Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?
Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.
Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.
Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.
Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.
Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).
2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan
Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.
3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)
Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.
AKHIRNYA
Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Mengapa Tg Nik Aziz Layak Dipilih Sebagai Pengerusi PR
"Baru-baru ini, NTV7 ada membuat undian tentang tokoh yang paling layak untuk menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat. Malangnya, saya tidak sempat untuk merakam skrin yang memaparkan hasil undian yang memihak kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Walau bagaimanapun, blog Islam Return ada menyiarkan kiriman tentang hasil undian tersebut. Menurut blog tersebut: "Empat senarai nama dikemukakan kepada orang ramai untuk memilih. Empat calon tersebut ialah TG Dato Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG DS Abdul Hadi Awang. Kebetulan pada waktu yang sama saya hendak bergegas ke masjid bagi menunaikan solat isya'. Saya berpesan kepada isteri, untuk melihat keputusan poll tersebut....
Berdasarkan undian tersebut, jelas menunjukkan bahawa keputusan undian memihak kepada TG Nik Abdul Aziz dengan 52% undian, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan kedua dengan jumlah peratusan undian sebanyak 30%. Manakala TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing berkongsi peratusan undi sebanyak 9%.
Jadi jelaslah sebilangan rakyat Malaysia yang telah membuat undian tersebut, majoritinya telah memberikan keyakinan terhadap TG Nik Aziz untuk memimpin Pakatan Rakyat. Namun, biasalah setiap perkara mesti ada yang menyokong dan menentangnya. Oleh itu, untuk menceritakan kewajaran memilih TG Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat, maka alangkah moleknya kita mendengar alasan/kewajaran tersebut daripada pihak yang bertanggungjawab mencalonkan TG Nik Aziz untuk memegang jawatan itu.
Justeru, saya salin dan tampal bahagian yang relevan dengan kiriman kali ini. Datuk Zaid Ibrahim dalam kiriman blognya hari ini menyatakan bahawa:
...Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.
Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.
Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat..."
Alasan yang diberikan oleh Datuk Zaid di atas adalah sebahagian daripada mungkin puluhan alasan lain yang mewajarkan TG Nik Aziz memegang jawatan tersebut. Saya secara peribadi sangat-sangat menyokong perlantikan beliau untuk meneraju Pakatan Rakyat kerana karismanya, perwatakannya, keperibadiannya, kejujurannya, dan kesungguhannya untuk merealisasikan impian untuk melihat kejayaan Pakatan Rakyat. Tohmahlah dengan pelbagai macam tohmahan, Insya-Allah tohmahan itu hanya layak digelar tohmahan semata-mata. Saya percaya TG tidak berkeperibadiaan begitu, kecuali perilaku ORANG-ORANG yang dikelilinginya yang mungkin mencemarkan nama insan yang saya kagumi ini.
Oleh: amanlegend
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
November
(67)
- tgna pertahankan isu doa...
- Berita panas: Tanah tergadai , Yang kaya makin kaya
- PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BI...
- 'Peralihan kuasa di Kelantan tak perlu disegerakan'
- Fokus agenda parti keutamaan sekarang- UST IDRIS A...
- SEORANG blogger memberitahu saya, "Ustaz sekarang ...
- Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tata...
- Peranan JAIS dalam memurtadkan Melayu
- [TERKINI] Harga Gula Malaysia Akan Naik Tidak Lama...
- Kes Pembunuhan Altantuya Dimuat Dalam Drama Bersir...
- Najib tampak lebih mesra Judi
- Agenda Jahat Terus Membedai, Bersedialah!
- seputeh boleh pun ..3 kerusi panas di perak bila l...
- Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(me...
- Versi Info :INDEKS PERSEPSI RASUAH
- Presiden Parti Sosialis Malaysia (PRM) bakal Serta...
- Kalau nizar dah lama digelar boneka dap tapi Zamri...
- Edisi Lawak: Antara CIA, FBI & PDRM
- Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al-Quran &...
- MANGSA SISTEM PENDIDIKAN PERCUMA 1MALAYSIA
- Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?
- Berpakaian tetapi telanjang
- Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur
- Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah Ole...
- Mengapa Tg Nik Aziz Layak Dipilih Sebagai Pengerus...
- Wang KWSP untuk pelaburan -info
- Lagi Pendedahan Kes DS Anwar Ibrahim Oleh Raja Petra!
- SPR dicadang diletak bawah parlimen
- Rahsia Bintang Enam Israel- jahanam israel
- Persoalannya SPR beria -ia nak merayu ape ke hal..
- Laporan AJK Ad Hock Trajedi Kuala Dipang diumumkan
- keputusan kerusi DUN N3 Kota Siputeh yg lalu
- A Beautiful Hadith
- TGHH :Hindari fitnah serulah dengan lisan yang Indah
- Pendedahan amalan bai’ah berniat jahat
- SPRM dapat habuan baru ..
- TG NIK AZIZ: Semua pihak mesti patuh keputusan sem...
- Coretan Menarik:Tujuh mitos, tujuh pembohongan
- Siapa Sebenarnya UMNO
- PAS, PKR dan DAP mesti bersatupadu untuk menang - ...
- Contohi Presiden PAS yang cool dan sabar mendengar...
- Pendedahan Gempar Oleh Raja Petra!! - 1Malaysia Wa...
- Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi!
- Nizar Masih MB Perak
- Rahsia pemakanan genius-genius Islam
- Raja Petra Membicarakan Apa Yang Berlaku Dalam Kes...
- Saya Sudah Bersih” - Datuk VK Lingam
- mahfuz omar di batu gajah malam ini.....moh kite yeop
- PAS parti dominan jika laksana saranan seminar
- Dasar diskriminasi Kelantan diteruskan
- ISA: 'Saya akan sumpah SB-SB yang jahat!'
- TG Haji Hadi simpulkan seminar berjaya ...
- Apabila saya berhujah di Hujah TV9
- Rampas semula Kelantan melalui Wang Ehsan
- Dr Asri selar kenyataan Pengarah JAIS Sifatkan ken...
- Akibat Bangsa Penggirkan Islam
- [Raja Petra] Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menj...
- Pantun:Di mana boleh cari ramai Melayu
- aku bukan musuh harta-dr maza
- gambar yg ingin kita lihat....antara 2 tok guru
- Pembubaran Dun Perak: BN akan menang jika PR tak a...
- Pemimpin Umno, PAS, PKR dan SIS Sokong Dr Asri!!!
- DR.asri telah dibebaskan oleh JAIS....
- GEMPAR! MANTAN MUFTI PERLIS DITANGKAP
- Nizar Pimpin Pakatan Rakyat? Kalau Betul Aku Sokon...
- Langkah terakhir Nik Aziz untuk selamatkan PAS
- Manifesto Terbaru Pakatan Rakyat Negeri Perak - Ni...
-
▼
November
(67)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-