Selasa, 10 November 2009

Saya Sudah Bersih” - Datuk VK Lingam


Kalau dibaca dengan teliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bawah ini
" Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini " ......baca seterusnya


1.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.
2.

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.
3.

"Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar


Ini bermakna proses membersih semua pihak yang telah disebut dalam kes tersebut , termasuk Mahathir sedang diusahakan secara giat dan professional.

Malang sekali rakyat di negara ini. Undang – undang yang dibuat tidak cukup untuk mensabitkan kesalahan pemimpin – pemimpin UMNO dan bekas – bekasnya , yang melibatkan kes – kes rasuah besar – besar . undang – undang direka , hanya rakyat biasa yang boleh disabitkan kesalahan kerana mencuri 2 kotak biskut di kedai runcit.

Puak - puak UMNO ni macam boleh bagi syafaat pulak di kalangan pembesar -pembesar dan orang - orang besar mereka , boleh ampun orang - orang tertentu pulak. Tak tau lah bila rakyat nak sedar

oleh:prefessor


1 ulasan:

Ayid berkata...

Ini lah akibatnya jika kita tidak berpandukan Hukum Allah untuk memilih pemimpin. Firman Allah dalam surah (Alttaubah: 29)

29﴾. "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29)
Kesemua kita umat islam faham, tapi saja buat tak faham?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi