Ahad lepas saya hadir ke Majlis Makan Malam sempena ulangtahun ke 10 Jabatan IT PAS Pusat yang telah disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Saya dapati ucapan Tuan Guru pada malam itu sungguh bermakna, membawa mesej yang sangat mendalam kepada perjuangan khasnya bagi mereka yang memilih untuk berdakwah dan berjuang melalui ICT. Ucapan beliau disampaikan secara spontan namun ternyata kaya dan penuh ilmu bagi mereka yang menghargainya.
Ayat al Quran yang beliau pilih untuk mukadimmah ucapannya adalah:
Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”
Antara petikan ucapannya yang saya rasa telah memberi kesna mendalam kepada diri saya sendiri dan mudah-mudahan sahabat yang lain adalah seperti berikut:
“Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.
Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit. Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.
Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.
Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.
Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.
Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita. Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.
Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.
Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menerima saranan dan pengajaran dari beliau. Namun saya yakin sebagai anggota jemaah yang bertanggungjawab, insyallah kita mudah menerima dan mempraktikkan saranan itu. Sahabat saya al Maniri di dalam blognya “Kalam Perantau” ada menyedut keseluruhan teks ucapan Tuan Guru itu. Sila ikuti di:
http://kalamperantau.wordpress.com/2009/11/10/menyebar-maklumat-bohong-ke-neraka/
Syabas para petugas dan pimpinan JIT PAS Pusat.
http://dppperak.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan