Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.
"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.
1 ulasan:
Salam Briged-akhdor,
Mufti-mufti UMNO sememang nya bersifat ke amnowan. Mereka menyerang tok guru melalui TV dan Media masa UMNO.
Sepatutnya hujah mereka tok mufti mestilah di lengkapkan dengan dalil-dalil yang qada'ei dalam Alquran dan hadis-hadis yang sahih.
Tok Guru wajib menyerang UMNO kerana penganyaan terhadap kelantan telah pun berketerlaluan.
Allah Berfirman tentang hal tersebut dalam Surah Al Baqarah (Lembu Betina) pada Ayat 193 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim." ShodaqALLAHul'Azim
Kita menyokong tok guru bukan kerana PAS. Beliau adalah ulama yang memperjuangkan Islam, tidak seperti ulama yg ada dalam UMNO. "Ulama watul kulus"
Ulama UMNO tahu, doa Ulama tanpa hijab dari allah, itu menyebabkan mereka agak kelam kelibut, yang mana mereka terpalit akan hal tersebut. Wallahuwaallam
Catat Ulasan