Jumaat, 27 November 2009

Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tatanegara Anjuran JPM?

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peranan Biro Tatanegara adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Tambah beliau lagi, peranan Biro Tatanegara(BTN) adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Penjelasan itu dibuat bagi menjawab dakwaan beberapa pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengisian kursus Biro Tatanegara(BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan cuba dijadikan alat menyebar sentimen perkauman.

"BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Ini bersamaan dengan konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak atau JAMAIY Perak mengutuk, agensi propaganda kerajaan, Biro TataNegara kerana cuba memberi gambaran negatif terhadap bekas pemimpin negara dan memutar belitkan fakta berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Boleh membaca kenyataan mereka di sini…………………….

Menurut pengerusi JAMAIY Perak, Dr Khairuddin Abd Malik badan tersebut menerima aduan daripada kakitangan kerajaan yang baru selesai menghadiri kursus BTN.

Kakitangan kerajaan tersebut mendakwa moderator kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus Birotatanegara itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan. Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain.

“Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah. Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?” tanya Dr Khairuddin.

Beliau berkata fakta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya menunjukkan mayat wanita itu diletupkan menggunakan C4 oleh dua pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengawal peribadi Najib.

“Pembunuhan oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya.

Adakah BTN ingin menjadikan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir kursus menjadi bodoh dan dungu dengan ceramah-ceramah politik kosong tanpa fakta,” kata beliau lagi.

Dr Khairuddin menggesa BTN agar jangan membazirkan wang rakyat kerana masih ramai golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bantuan kewangan.

Bukan niat saya untuk membincangkan isu semasa ini dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana sudah terdapat banyak dakwaan dan saya cuma paparkan sekelumit kecil sahaja. Cumanya, mana-mana daripada anda mempunyai pengalaman menghadiri Kursus Biro Tatanegara ini, boleh berkongsi di sini. Diharapkan yang mana kurang, kita mantapkan. Yang salah, kita perbetulkan. Itu sahaja tujuannya.

Rakyat hari ini semakin cerdik dan terus memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan yang mana dilihat mereka agak “canggung” akan ditegur. Ini kerana rakyat hanya mahu yang terbaik untuk mereka. Itu sahaja.

P/S : Kerajaan yang bagus, adalah kerajaan bersedia untuk mendengar teguran dan berubah ke arah yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi