Isnin, 9 November 2009

PAS parti dominan jika laksana saranan seminar

PULAU PINANG, 8 Nov: Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan optimis PAS akan menjadi sebuah parti dominan bagi menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Menurut beliau lagi Seminar Memperkasakan PAS yang telah diadakan baru-baru ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang baik bagi memperkasakan parti dan memperbetulkan kepincangan dan kekhilafan yang ada.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, pandangan yang diberikan oleh dua tokoh akademik seperti Dr.Aziz Bari dan Dr.Abu Hassan Hasbullah harus dijadikan sebagai titik tolak untuk kepimpinan PAS muhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan supaya apa yang dihasratkan untuk menjadikan PAS sebagai parti dominan selepas Umno dan BN itu menjadi realiti.


"Seminar ini juga adalah keterbukaan dimana terdapat ruang yang luas untuk memperkatakan apa sahaja yang dilihat mampu dan boleh diperbaiki untuk kebaikan bersama," katanya.

Bagi beliau, PAS juga dilihat oleh rakyat sebagai salah sebuah parti yang akan menjadi pemangkin kepada mereka dalam mencapai aspirasi kehidupan yang sejahtera sekiranya Umno dan BN itu tidak lagi menjadi pilihan mereka.

"PAS bukan sebuah parti yang melampau atau ekstrim. Pandangan dan pendapat yang berbeza bukan satu platform kearah perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Ia juga berlaku dalam BN dan Umno serta parti komponen mereka. Oleh kerana itu saya optimis kecelaruan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara dan tidak akan menggugat kesepaduan yang telah sedia ada dalam PAS."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal terbuka bagi merebut Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi