Khamis, 19 November 2009

Mengapa Tg Nik Aziz Layak Dipilih Sebagai Pengerusi PR


"Baru-baru ini, NTV7 ada membuat undian tentang tokoh yang paling layak untuk menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat. Malangnya, saya tidak sempat untuk merakam skrin yang memaparkan hasil undian yang memihak kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Walau bagaimanapun, blog Islam Return ada menyiarkan kiriman tentang hasil undian tersebut. Menurut blog tersebut: "Empat senarai nama dikemukakan kepada orang ramai untuk memilih. Empat calon tersebut ialah TG Dato Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG DS Abdul Hadi Awang. Kebetulan pada waktu yang sama saya hendak bergegas ke masjid bagi menunaikan solat isya'. Saya berpesan kepada isteri, untuk melihat keputusan poll tersebut....



Berdasarkan undian tersebut, jelas menunjukkan bahawa keputusan undian memihak kepada TG Nik Abdul Aziz dengan 52% undian, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan kedua dengan jumlah peratusan undian sebanyak 30%. Manakala TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing berkongsi peratusan undi sebanyak 9%.



Jadi jelaslah sebilangan rakyat Malaysia yang telah membuat undian tersebut, majoritinya telah memberikan keyakinan terhadap TG Nik Aziz untuk memimpin Pakatan Rakyat. Namun, biasalah setiap perkara mesti ada yang menyokong dan menentangnya. Oleh itu, untuk menceritakan kewajaran memilih TG Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat, maka alangkah moleknya kita mendengar alasan/kewajaran tersebut daripada pihak yang bertanggungjawab mencalonkan TG Nik Aziz untuk memegang jawatan itu.

Justeru, saya salin dan tampal bahagian yang relevan dengan kiriman kali ini. Datuk Zaid Ibrahim dalam kiriman blognya hari ini menyatakan bahawa:



...Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat..."

Alasan yang diberikan oleh Datuk Zaid di atas adalah sebahagian daripada mungkin puluhan alasan lain yang mewajarkan TG Nik Aziz memegang jawatan tersebut. Saya secara peribadi sangat-sangat menyokong perlantikan beliau untuk meneraju Pakatan Rakyat kerana karismanya, perwatakannya, keperibadiannya, kejujurannya, dan kesungguhannya untuk merealisasikan impian untuk melihat kejayaan Pakatan Rakyat. Tohmahlah dengan pelbagai macam tohmahan, Insya-Allah tohmahan itu hanya layak digelar tohmahan semata-mata. Saya percaya TG tidak berkeperibadiaan begitu, kecuali perilaku ORANG-ORANG yang dikelilinginya yang mungkin mencemarkan nama insan yang saya kagumi ini.

Oleh: amanlegend

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi