Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..
Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia.
Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...
Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.
"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.
Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.
Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.
"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.
Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.
"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.
4 ulasan:
Teman pun jadi mangsa juga. Sek SAR duit peperiksaan SPM kena bayar
Yang pihak sekolah pun takkan tak boleh bertolak ansur sikit.Takkan lah pasal yuran RM57.00 tak dapat ambik slip takkan tak boleh tolong bayarkan lagipun budaktu salah seorg pelajar cemerlang sekolah tu...
Ijok, kat mana sekolah anak tu. kesihan kita tengok dia. Yg susah jng di tindas. Dia telah mengharumkan nama sekolah tu. Mudah-mudahan kita terhindar dari gulungan yang menindas atas kesusahan begitu
jom kita pakat-pakat tolong adik izzati nie..tak payah la kita dok mengeluh dengan orang yang sememangnya tak akan mendengar keluhan kita..jadikan pilihan raya akan datang medan mengusir mereka dari kerusi empuk yang mereka duduki sekarang..hanya itu sahaja cara yang paling sesuai mengajar mereka ...
Catat Ulasan