Khamis, 19 November 2009

Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur

dari Hasbulah Pit

Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur.

Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain.

Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur.

Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak.

Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi.
Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain.

Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai.

Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal.

Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi.
Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya.

Begitu juga elektrik.

Negara mempunyai minyak dan gas, juga mempunyai angin yang tidak henti bertiup sepanjang tahun, hujan sepanjang tahun.

Akan tetapi tenaga yang dijana boleh angin tidak pernah mencecah 1%.

Adakah perlu kita mengimport arang batu? Pada masa yang sama kita mempunyai polisi matawang ringgit rendah supaya 'menggalakkan eksport'.

30% tenaga dijana oleh arang batu pada negara yang melimpah ruah sumber alam, adakah itu efisyen?

Disebabkan Federalisme acuan penjajah, syarikat air milik kerajaan negeri dijual kepada persekutuan. Persekutuan kaya, negeri miskin.

Maka peninglah syarikat air negeri berusaha untuk untung kerana tak mahu rugikan kerajaan negeri.
Manakala yang sentiasa kaya ialah kerajaan persekutuan.

Saya pun tak faham, bagaimana negara ini mempunyai jurang perbezaan kewangan yang terlalu tinggi di antara negeri dengan persekutuan.

Persekutuan ada Bank Negara, Negeri tidak ada Bank Negeri.

Persekutuan bercakap tentang bilion-bilion. Suka-suka sahaja "60 bilion".

Belanjawan negeri Melaka dan Kelantan, tidak sampai pun 0.5 bilion.

Negeri pula dipecahkan kepada PBT, yang masing-masing ada tugasan untuk menjana kewangan.
Mana-mana PBT yang boleh capai sasaran, akan dinaikkan taraf kepada "Majlis Perbandaran".

Maka berlumbalah PBT merekayasa sistem parkir yang memperkayakan mereka.

Di kawasan luar bandar pun ada parkir berkupon, agar mereka boleh berbangga dinaiktarafkan daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Itu yang mereka mahu.

Maka sumber alam yang melimpah ruah ini harus disyukuri dengan menggunakan seluruh sumber yang ada dengan efisyen.

Sistem Persekutuan -> Negeri -> PBT yang cacamerba ini harus diperbaiki.

Sekiranya Allah kurniakan Minyak di Merlimau , belum tentu penduduk boleh parkir percuma, sekolah percuma.

Yang kaya ialah Persekutuan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi