Isnin, 9 November 2009

Dasar diskriminasi Kelantan diteruskan

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Kerajaan Persekutuan memberi wang ihsan dalam bentuk pembangunan kepada Kelantan sebagai dasar diskriminasi dan merampas hak Kerajaan Negeri mendapatkan royalti minyak.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, wang ihsan itu diberikan setelah Pakatan Rakyat (PR) mendesak Persekutuan berlaku adil dan memberi royalti minyak kepada Kelantan.


”Keengganan memberi wang royalti minyak itu bertujuan merosakkan prestasi pentadbiran Kerajaan Kelantan,” katanya dalam kenyataannya kepada Sinar Harian, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan wang ihsan itu di Dewan Rakyat Rabu lalu berkata, wang ihsan itu diberi kepada Kelantan tahun depan berlandaskan pertimbangan yang sama seperti Terengganu.

Najib berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan bagi membasmi kemiskinan di Kelantan dengan mengambil kira jumlah pengeluaran dan penjualan daripada medan petroleum yang beroperasi di perairan negeri itu.

Khai Loon turut meminta Najib supaya tidak mengelirukan rakyat berhubung royalti minyak serta wang ihsan dan menyelar tindakan Barisan Nasional (BN) yang sering pinggirkan Kelantan yang diterajui Pas.

Menurutnya, BN perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kelantan yang juga antara negeri termiskin, bagi memastikan konsep 'Satu Malaysia' yang diutarakan Perdana Menteri menjadi kenyataan.

AMK meminta Najib menerima cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menubuhkan Suruhanjaya Peruntukan Malaysia yang berfungsi bagi mengagihkan peruntukan negara kepada semua negeri dengan adil, tanpa mengambil kira faktor politik.

Sumber Sinar Harian


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi