Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .
Tindakan UMNO ini boleh la diumpamakan"nyamuk di udara boleh nampak ,gajah di depan mata haram mandang "(entah betul ker idak aku hentam jer)..sesuailah dengan perumpaan ini kerana siapa kah punca satu malaysia di "take beer" kan..cuba fikirkan wahai org umno..jika hukum islam digunapakai masalah ini tidak akan berlaku..satu lagi yg perlu ubn tahu penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.
DAP hina ISLAM ..Slogan ini sajakah yg mampu umno lakukan ?tapi undang2 penjajah yang dipertuhankan itu bukankah juga menghina islam itu sendiri..sedarkah dimana letaknya islam di sisi parti umno..berikan contoh dan tauladan kepada bukan islam iaitu serius dalam mengharamkan yg haram ...
DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam ....
Sekiranya Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).
Jawablah orang umno..sebab bagi kami penyokong pakatan rakyat umno nampak tidak ikhlas dalam memartabatkan islam yng jelas hanyalah untuk menangguk di air keruh demi survival politik umno yg semakin merudum..tepuk dada tanya iman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan