Sekarang umno tampak jelas semakin ketagih nak "attack" tgna .Betapa panasnya hati melihat tgna diserang disegenap medium media pencacai umno..kebiasaannya taktik media akan memutar belitkan ucapan tgna dan akhirnya orang2 jahil , tidak mengerti perkembangan politik dan penyokong umno pasti akan menelan bulat2 apa yg media pengampu ini sampaikan dan seterusnya berhujah berpandukan maklumat ini..termasuklah mufti perak yg dah diumnokan ..
masihkan ingat kisah kafir mengkafir yang ditalakan keatas tghh ketika itu..sampai kini masih dijadikan modal oleh sesetengah pencinta umno..sebab ketika itu tghh merupakan ikon baru dalam pentas PAS ..dan setiap ceramah beliau mendapat sambutan hangat sehingga org2 muda ramai menyertai pas ketika itu dan ust2 yg lari dari pas pada zaman dr.asri pun mula tertarik dengan pas dan kembali menyokong pas selain itu sokongan trhadap pas semakin meningkat..ketokohan beliau amat dicemburui oleh umno..jadi media umno dan jenteranya memulakan langkah dengan mencipta isu kafir-mengkafir dan tghh telah ditohmah dan dicerca dengan pelbagai rupa..
Di setiap masa umno akan menerjah dan menyerang sesiapa yang lantang dan mempunyai pengaruh yang besar di pihak lawannya..dan dijadikan kambing hitam untuk menutup najis -najis yang telah dibuat oleh umno..
Dan kini mangsanya adalah tgna..sememangnya sejarah telah membuktikan umno akan melakukan apa saja demi survival politik mereka..selagi umno memerintah selagi itu pelbagai cara akan digunakan untuk menjatuhkan lawannya biarpun dengan cara yang jelas bertentangan dengan syariat islam ..
Hakikatnya beginilah sunnah berjuang..rintangan pasti ada di setiap zaman keatas pejuang-pejuang islam ...tghh ,tgna ,allahyarham dr burhanuddin al-helmy,allahyarham dr.zulkifli allahyarham ust fadzil noor dan ramai lagi... sememangnya mempunyai kewibawaan tersendiri dalam memimpin jemaah..mereka adalah satu antara berjuta bagaikan mutiara yang sentiasa menyinari perjuangan islam ..
4 ulasan:
Kita sepatut lebih hati-hati bila membaca laporan dari media KERAjaan ni,jangan sampai kita juga jadi alat turut sama menyebarkan fitnah.Saya tengok dah ada bloger pakatan yang copy berita ini kat blog dia.Masaalah jugak tu.
betul 2 .. jangan kita pulak masuk jerat media pencacai umno nie..umno nie selagi wujud berbagai kerosakan dia dah buat dari dulu sampai sekarang
Menegur pemimpin x salah.. yg salahnya menegur tanpa mendengar sendiri cerita sebenar.. akibatnya jerat leher sendiri.. Ramai bloggers pro pakatan kata, "jgn percaya media UMNGOK", tapi ramai juga di antaranya buat ulasan berdasarkan media penipu tu jugak. Tak tau la nak kata bodoh atau apa.. kita tahu yg media tu penipu . tapi kita percaya jugak.
Selamat menyambut ramadan Al-mubarak.. wassalam.
TGNA diserang dari segala sudut,beginilah lumrah akhir zaman...
Catat Ulasan