Beberapa hari lepas akhbar negara mengejutkan 1 Malaysia dengan laporan Tuan Guru Nik Aziz mengenai ahli umno tidak akan masuk syurga.Lantas Tuan Guru Nik Aziz menjawab tohmahan itu. Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain. Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya
Hari ini Muhyidin pula keluarkan kenyataan bahawa Politik dan agama tidak boleh disatukan. (rujuk Utusan Malaysia 20-Ogos-2009
Aku yang membacanya mengucap dan beristighfar. Mengapa harus keluar kenyataan sebegini dari mulut seorang yang mengaku diri mereka Islam?. Seandainya kenyataan ini dikeluarkan dari seorang yang bukan Islam, umum umat Islam boleh terima kerana tahu mereka tak faham tentang Islam.Muhyidin harus faham dan kaji apa yang nak dikatakan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan terhadap Islam oleh mereka yang cuba ingin memahami Islam atau yang telah lama menganuti agama Islam.
Muhyidin begitu cetek fahaman tentang Islam. Kenyataan ini seolah Islam dipinggirkan walhal maksud Islam itu sendiri adalah Cara Hidup.
Cara Hidup bererti kehidupan yang merangkumi politik,sosial dan ekonomi Sah Muhyidin cuba menolak Cara Hidup yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat manusia didunia ini. Apa yang penting bagi Muhyidin dan Umno umumnya adalah kuasa pemerintahan yang mengetepikan soal Islam itu sendiri. Maka memang ada benarlah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz mengatakan bahawa ajaran umno tidak akan bawa ke syurga. Jelas dan nyata disini.
Dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;
"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau. Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri"
Apa yang aku harapkan Majlis Agama Islam Malaysia, Majlis Fatwa atau Persatuan Ulama Malaysia tidak mendiamkan diri apabila Islam dikelirukan oleh umat islam sendiri Maka jadilah umno sebuah parti yang menolak Islam atau lebih tepat lagi amalan sekular seperti mana yang diamalkan di Turki
Kurangnya pegangan agama oleh pemimpin umno terus menerus membawa ahli dan penyokongnya kearah manusia yang fasik
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan’ ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan