Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir hari ini memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.
Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.
Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.
Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa "Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN'. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.
Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.
Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas' kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong' pula.
Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan. Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.
Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pas mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir untuk PAS dan rakyat.
oleh ustaz idris ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 ulasan:
Teringat cerita P.Ramle:
dialog ketika Haji bakhil pura-pura demam sebab taknak bagi derma.
Labi:Labu dah pecah lobang pak aji
Hj.Bakhil:Celaka punya labu,sekali aku lasing baru dia tahu
Hahaaa..
Muhyidin dah pecah lobang dato' Najib..
bila kalah nampaklah kebodohan sebenar pemimpin umngok ni..
sepatutnya klau dah anggap anak emas..kalah atau menang itu belakang kira..anak emas tetap anak emas..
tetapi bila kalah lain la pulak jadinya..
disini kita dapat taHU SIKAP SEBENAR PEMIMPIN UMNO YANG TIDAK IKHLAS.
Bila kalah dikatakan rakyat tolek pembangunan..maka seperti biasa kawasan akan tersisih dari pandangan 'bapa emas'??
Ingatkah bahawa rakyat dah muak dgn janji kosong..yg tak berkesudahan bila ada saja pilihanraya kecil..
Yg jelas ada yg kaya dalam sekelip mata semasa menjadi wakil rakyat atau ketua cawangan atau ketua kawasan..
dunia2..
Catat Ulasan