Ahad, 9 Ogos 2009

Surat palsu fitnah Pemuda PAS dan GMI tersebar di Masjid India

Surat palsu bertujuan untuk memfitnah Pemuda PAS dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah tersebar di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman. Surat palsu yang ditujukan kepada peniaga-peniaga di kawasan itu, menggunakan kepala surat Dewan Pemuda PAS Pusat yang palsu.

Isi kandungan surat tersebut antara lain menyatakan kesediaan pihak PAS dan GMI bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami peniaga serta bersedia membuat bayaran ganti rugi.

Surat tersebut juga mempunyai tandatangan palsu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan dan cop palsu Dewan Pemuda PAS. Walaubagaimanapun surat tersebut tersilap meletakkan jawatan Ustaz Nasrudin.


[klik untuk besarkan]


Turut dilampirkan bersama surat itu ialah borang tuntutan taksiran kerugian.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerima surat tersebut daripada seorang peniaga yang menuntut ganti rugi.

Menurut Kamaruzaman surat tersebut telah diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.

Kamaruzaman yang juga timbalan pengerusi bagi Himpunan Mansuhkan ISA telah dihubungi oleh ramai peniaga lain disekitar Masjid India dan Jalan TAR bagi menuntut ganti rugi.

"Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana untuk memohon ganti rugi" kata Kamaruzaman

"Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang menelefon menyatakan kemarahan mereka kepada pihak polis kerana menyembur "water canon" dan menembak gas pemedih mata secara membabi buta" ujar beliau.

Selain itu Kamaruzaman berkata ada peniaga yang tidak puas hati dan bengang dengan tindakan polis mengarahkan premis perniagaan mereka ditutup.

Kamaruzaman memberitahu kepada peniaga supaya menuntut semua ganti rugi tersebut daripada pihak polis, kerana mereka yang menyebabkan kerugian tersebut.

"Sekiranya pihak polis tidak melepaskan gas pemedih mata dan water canon, mengarahkan kedai ditutup serta melakukan keganasan kepada peserta himpunan aman, peniaga tidak akan terjejas. Malah peniaga mungkin akan mendapat keuntungan yang lebih besar kerana kehadiran demonstran dari seluruh pelosok negara" tegas beliau.

http://pemuda.pas.org.my

1 ulasan:

Unknown berkata...

Biasalah fitnah ni dah mainan umno dari dulukini dan selamanya.Tu baru sikit.Dr.Harun Din pernah difitnah ada anak luar nikah dengan seorang artis masa zaman Mahathir dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi