Pertembungan pendapat dan fikiran oleh rakyat Malaysia dalam beberapa isu kebelakangan ini terutamanya isu rotan ke atas Kartika dan isu arak di Selangor agak menarik.
UMNO/BN gembira melihat bagaimana cara PR mengatasi masalah yang diwarisi dari UMNO ini. Walaupun kata sepakat oleh pucuk pimpinan PR menampakkan umpama hal arak di Selangor ini seumpama selesai, tetapi sebenarnya ia memerlukan pengkajian dan perbincangan yang lebih mendalam. Ada kelompok sekular yang mendesak supaya kelompok yang berpegang kepada Islam supaya tidak mencampuri politik. Begitu juga pandangan kelompok Islam yang agak Liberal, mereka juga mendesak kelompok yang Islamik ini supaya ,memikirkan semula langkah dan tindakan mereka. Di dalam kelompok Islamik ini juga terdapat beberapa pecahan pendapat, dal hal ini perlu diperjelaskan.
Dr Hassan Ali pada mulanya mahu hukuman dilaksanakan terhadap mereka, Pegawai masjid juga diberi kuasa untuk menangkap tanpa waran para peminum arak, yang menjual arak juga akan ditangkap (aku masih kurang jelas bagaimana ianya akan dilaksanakan, bagaimana dengan pekerja 7-Eleven, Giant, Hotel-hotel dan sebagainya) selepas itu Dr Hassan ada menjelaskan yang dakwah dan pendidikan juga harus diterangkan secara mendalam kepada orang Islam. Dalam hal ini aku berpendapat Dr Hassan melakukan sedikit silap langkah, sepatutnya Dr Hassan harus menekankan konsep dakwah dan pendidikan dahulu, barulah hukuman. Langkah perlu disusun berhati-hati untuk mengelakkan salah faham dari pihak lain. Islam adalah agama yang mendidik, yang penuh dengan sifat kasih dan sayang, setelah dididik dengan baik namun masih tetap melanggar hukum agama, barulahlah soal hukuman dibangkitkan.
Perlu diingat, 50 tahun merdeka, UMNO memang lemah dalam memberi kefahaman tentang Islam kepada semua rakyat, inilah halangan yang perlu diatasi oleh PAS. PAS perlu lebih giat berdakwah kepada rakyat, PAS perlu berdakwah dan beri pendidikan kepada semua rakyat, baik yang Islam ataupun tidak, supaya masyarakat di Malaysia ini saling memahami dan jelas dengan perbezaan dan persamaan.
Dalam isu rotan Kartika, pemimpin UMNO nampaknya menjawab tanpa berfikir, kononnya kita merdeka dah 52 tahun, tapi jawapan dari pemimpin-pemimpin BN menampakkan umpama kita baru merdeka 3 tahun, atau masih lagi belum merdeka. Dalam kes Kartika ini, penjelasan Tuan Guru Haji Hadi adalah yang paling jelas, TGHH menekankan konsep pendidikan dahulu dan jangan gopoh dalam melaksanakan hukuman, bagi aku kerana beliau jelas dengan keadaan di Malaysia, lagipun hukuman rotan ke atas Kartika tidak memenuhi syarat syariah Islam.
Dalam hal ini PAS dan semua pertubuhan Islam dan ulama perlu melaksanakan syura, Perbincangan mesti dilakukan sebelum bertindak melakukan sesuatu, janganlah bercakap dengan berfikir seorang diri tanpa bersyura terlebih dahulu, kerana ada hal-hal yang kita terlepas pandang tapi orang lain nampak. Jika kita benar-benar bertindak mengikut lunas Islam, InsyaAllah kita pasti berjaya, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh Alam, tak kira kepada yang Islam atau tidak, liberal atau sekular.
Sedikit sebanyak kita juga harus berterima kasih kepada kes arak di Selangor dan kes Kartika kerana daripadanya kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi kepincangan undang-undang Islam di Malaysia dan memberikan kita pengajaran yang berharga untuk menghadapi kes yang lebih rumit lagi, kerana pada langkah pertama kita selepas merdeka lagi, kerajaan persekutuan pimpinan UMNO/BN telah tersalah langkah dan membawa kepada kepincangan, dan tugas PAS ialah untuk membetulkan semua langkah selama 52 tahun itu supaya kembali mengikut Islam, moga PAS berjaya dalam perjuangan.
Negara Islam tidak akan tertegak tanpa masyarakat/komuniti Islam, masyarakat/komuniti Islam tidak akan tertegak tanpa keluarga Islam, keluarga Islam tidak akan tertegak tanpa individu Islam, dan manakan datang individu Islam tanpa pendidikan dan dakwah.
Maaf atas segala kekurangan dan kecetekkan ilmu yang ada padaku
Tentera Hijau Dari Gunung
-MEGArevoluTion-
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
5 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan