Selasa, 11 Ogos 2009

bala selesema babi

sehingga penulisan ini ditulis angka kematian telah mencecah 32 orang..hari demi hari ada jer berita kematian ..rakyat malaysia bagaikan menunggu masa menerima virus ini..wabak ini disifatkan adalah bala allah apabila maksiat dilakukan secara terang-terangan .

satu hadis riwayat ibnu majah dan al bazzaz yg bermaksud "sekiranya berlaku suatu perbuatan keji di suatu tempat (negeri) yg dilakulan secara terang-terangan maka allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yg kaum sebelumnya tidak pernah mengenali penyakit itu".

selaian itu ada beberapa ayat quran telah memeberi amaran tentang isu ini...
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).surah al-ahqaaf ayat 27

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam

surah al-an'am ayat 42-45

satu hadis ummu salamah bermaksud "aku mendengar rasullullah bersabda ;"apabila kemaksiatan dilakukan secara terang-terangan dikalangan umat manusia maka allah akan menurunkan bala besar keatas mereka secara menyeluruh ".kemudian aku bertanya lagi;ya rasullullah ,apakah ketika itu tu=iada umatmu yang baik ?RASULLULLAH MENJAWAB ,ya memang ada ."AKU BERTANYA LAGI ;"apa yang terjadi pada mereka ?"jawab baginda ;"mereka juga akan terkena apa yg manusia kena.kalau mereka mati ketika itu allah akan meredhai mereka ."hadis riwayat ah-mad bin hanbal (sahih)

oleh itu ,selesema babi h1n1 adalah peringatan dari allah yg sepatutunya dipandang serius kerana ia merupakan kemirkaan allah yg bukan sahaja di dunia ini menerima siksaan bahkan selepas mati pun kita akan menanggung azab..




3 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

Allahuakbar...!!! Nak kata mcmana.. Memang Allah dah janji mcm tu.. kita jer yg selalu terlupa.. Sama-sama la kena tanggung..

BUJANG SUSAH berkata...

mohon copy

Briged Akhdor LR2 berkata...

silakan ..copy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi