Sabtu, 8 Ogos 2009

2 anggota unit amal perlu bantuan

















PULAU PINANG
, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak..

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang,
BANK ISLAM No. 07016010059732

untuk keterangan lanjut sila hubungi
Ustaz Yani 019-4500660



Selepas menyertai Himpunan Mansuh ISA, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi telah bergegas ke Hospital Sg. Buloh untuk menziarah 2 orang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang dikatakan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Ustaz Nasarudin yang diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa terharu melihat keadaan kedua-dua anggota Unit Amal tersebut. 2 orang anggota Unit Amal tersebut, Abdul Wahab dan Abdul Razak adalah mangsa kemalangan yang didapati parah dalam kemalangan tersebut.

Menurut doktor, mereka berdua akan menjalani pembedahan bagi menghindarkan lumpuh separuh tubuh. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa kesal terhadap pemandu bas ekspres terbabit kerana melarikan diri setelah mendapati bas yang dipandunya terbalik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi