Selasa, 18 Ogos 2009

Meng"ICE"kan Tok Guru Nik Aziz!




P1040449 Sebagaimana usaha kuasa imperialis menggunakan strategi ICE dalam menghancurkan musuh mereka, nampaknya UMNO juga sedang menjalankan strategi yang sama ke atas Tok Guru Nik Aziz.

Strategi ICE - Isolation, Character Assasination dan Elimination semakin hari semakin terserlah.

Iraq dulu d ICEkan. Pakistan juga ada usaha d ICE kan. Dalam kes Iraq, pimpinannya d asingkan dari rejim Arab lain. Iraq kejam, Iraq punya WMD. Kemudian d ulang tayang label dan fitnah d segenap media. Untuk membentuk opini umum. Melahirkan sokongan umum sebelum serangan membunuh d lancarkan.

Begitu juga kes Tok Guru Nik Aziz. D asingkan Tok Guru Nik Aziz dari pimpinan PAS lain. Kemudian d cerca, tohmah dan fitnah dengan pelbagai label. Seolah, Tok Guru menjadi liabiliti pada PAS dan Pakatan Rakyat. Dan seterusnya "d lenyapkan" dari lanskap politik!

Melihat kepada ulasan Tulang Besi, Zul Sulong dan juga serangan peribadi Utusan ke atas Mursyidul Am PAS menzahirkan usaha sedang d jalankan untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz. TPM dan UMNO Kelantan juga tak kurang gatalnya menyerang Tok Guru (d Kelantan, kabarnya exco kanan Dato' Husam Musa juga sedang rancak d rancang kejatuhannya secara aktif bersama Tok Guru Nik Aziz).

Sebabnya? D ketahui umum, Tok Guru Nik Aziz dan Husam menentang secara terbuka kerjasama dengan UMNO yang semakin hari semakin d tolak rakyat!

Bak kata Zul Sulong, jatuhnya Tok Guru jatuhlah ikon Pakatan


oleh dperantauan.com



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi