Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.
Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.
Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.
Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010.
Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya.
Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya ujar Anwar.
Mengulas isu judi dengan lebih lanjut, Anwar berkata pendirian Pakatan Rakyat berhubung gejala judi amat jelas. Semua agamawan dan tokoh masyarakat bersetuju bahawa judi meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Bagi Pakatan Rakyat, asas kepada pembentukan negara yang stabil bermula dari ikatan keluarga yang kuat, sihat dan berfungsi.
Anwar berkata nilai-nilai negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran telah membutakan hati nurani pemimpin BN, hingga mereka sanggup meruntuhkan asas pembentukan negara.
Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan