Jumaat, 28 Mei 2010

Iklan hina agama Islam di New York


NEW YORK 27 Mei - Iklan-iklan tertera soalan anti-Islam yang dipasang di lebih 30 buah bas di bandar raya ini menimbulkan kekecohan dan kritikan di kalangan penganut Islam yang menyifatkannya sebagai menghina agama tersebut.

Soalan yang dipaparkan pada iklan itu adalah, 'Mahu meninggalkan Islam?', 'Fatwa di atas kepala anda?', 'Adakah keluarga mengancam anda?'.

Iklan tersebut merujuk kepada sebuah laman web dipanggil RefugefromIslam.com, yang menawarkan maklumat kepada mana-mana penganut Islam yang mahu meninggalkan agama itu tetapi segelintir umat Islam menyifatkan iklan itu sebagai agenda anti-Islam.

Pamela Geller, yang mengetuai organisasi dikenali sebagai Stop Islamization of America berkata, iklan tersebut dibuat bertujuan menyediakan sumber kepada penganut Islam yang takut meninggalkan kepercayaan mereka.

"Ia bukan satu tindakan menyakiti penganut Islam, ia adalah kebebasan beragama.

"Ia juga tidak menyasarkan golongan yang mengamalkan Islam. Iklan itu tidak mengatakan 'tinggalkan' tetapi 'meninggalkan' disusuli tanda soal." katanya.

Geller berkata, iklan itu dibeli pada harga AS$8,000 (RM28,000), yang mendapat sumbangan daripada pembaca blognya, Atlas Shrugs dan laman-laman web lain.

Iklan yang sama turut dipasang di beberapa buah bas di Miami dan menurut Gellar, pembelian iklan sedang dirancang untuk bandar-bandar lain.

Jurucakap Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) Kevin Ortiz berkata, iklan Geller telah diteliti dan tidak mencabul garis panduan agensinya.

Katanya, semua iklan yang dipasang telah menjalani proses saringan. - AP

1 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Mereka telah takut dengan pertambahan umat Islam di Amerika, maka pelbagai cara di lakukan untuk menentang kebangkitan Islam di Amerika.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi