Selasa, 4 Mei 2010

Dah Rancang Lama Dah.....

Lokasi Ceramah: Di suatu tempat dalam daerah Sibu.

Gua sebagai mewakili Kera...jaan Barisan Najis dengan ini menegaskan bahawa peruntukan yang diberikan kepada penduduk Sibu sememangnya "telah lama dirancang" oleh BN, ianya tiada kena mengena dengan PRK pada bulan ini.

Bezanya cuma Kera...jaan BN tidak mengumumkannya kerana tiada PRK, apabila ada PRK baru boleh di umumkan kepada rakyat... jika rakyat mengharapkan Kera..jaan untuk mengumumkan semua peruntukan kepada setiap kawasan amatlah mustahil kerana terlalu banyak kawasan Parlimen dan DUN, letih la... kalau nak umum satu persatu, dan ianya memerlukan belanja yang banyak. Harap rakyat maklum akan kesulitan ini.

Jadi untuk tidak membebankan Kera...jaan dan kewangan, nasihat gua pada lu orang semua... doa-doakan supaya kami YB-YB kawasan lu orang cepat mati... supaya mudah bagi BN untuk mengumumkan peruntukan di kawasan lu orang semua.

Di bawah ini adalah peruntukan awal bagi Sibu, dan banyak lagi yang gua bakal umumkan dalam tempoh terdekat ini. Harap bersabar... kerana kita akan umumkan satu persatu.... (sambil tersenyum bangga)

Hadirin semuanya bertepuk tangan gembira sambil mengunyah gula-gula free BN

Peruntukan kepada Surau:
RM 35 ribu x 10 = RM350,000.00

Peruntukan kepada Sekolah Agama:
RM40 ribu x 8 = RM320,000.00

Peruntukan kepada SRK St Mary:
Geran RM1,000,000 (perghhhh.... Jutaan sahaja....) sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi